Tugasan Kerja Kursus

 

   

TUGASAN  KERJA KURSUS – PROJEK

 TAHUN AKADEMIK : 2017

 

 

Program: Nama Pelajar:
Kod: EDUP3033 Semester 2 Tahun 1

Ambilan : Jun 2016

Kumpulan : BC, BM, PAKK,PJ, PI, RBT1, RBT2, RBT3

 

Nama Kursus: Murid dan Pembelajaran
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Laporan PBS (10%) 26/02/2017 26/03/2017
2. Penulisan Akademik( 25%) 26/02/2017 26/03/2017
3. Pembentangan (15%) 26/02/2017 26/03/2017

 

Hasil  Pembelajaran Kursus

 

  1. Menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran; dan proses pembelajaran dalam pendidikan. ((C2,LO1)
  2. Menghuraikan kepentingan perbezaan individu dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajran dalam bilik darjah berdasarkan sumber yang relevan. (C4,LO3, LO6, LL1, CTPS3)
  3. Menganalisis teori-teori pembelajaran dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (C4,LO3, CTPS3)
  4. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan, strategi,  dan kaedah pengajaran masa kini dan membuat pembentangan. (C6,LO3, LO4, CS3, CTPS3)
  5. Mencadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar. (C6,LO3, CTPS3)

 

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

 

Objektif Kerja Kursus

  1. Menjelas dan menghuraikan konsep pengajaran  dan pembelajaran  dan proses pembelajaran
  2. Menjelaskan kepentingan perbezaan individu dan implikasi  terhadap pengajaran dan pembelajaran  dalam bilik darjah  berdasarkan sumber rujukan yang relevan.
  3. Mengenalpasti, menganalisis teori-teori pembelajaran dan menghuraikan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran  dalam bilik darjah.
  4. Membuat perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah  pengajaran masa kini dan membuat pembentangan.
  5. Mengenalpasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar.

 

TUGASAN 1 : PENULISAN LAPORAN PBS (10 %)

Setiap individu adalah unik dan berbeza. Perbezaan individu dalam aspek fizikal, kognitif, emosi dan latar belakang murid secara tidak langsung mempengaruhi Gaya Pembelajaran.

1.  Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ,pilih dua orang murid dan buatkan satu jadual yang menunjukkan perbezaan individu murid tersebut melalui Profail Pelajar

2.  Berdasarkan profail dua orang murid yang dipilih, jelaskan kepentingan dan implikasi  gaya pembelajaran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran  agar lebih efektif dan efisien.

 

TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK (25 %)

Aminah ialah murid  Tahun 5. Dia sering kali mengganggu murid-murid lain di dalam kelas.Ini menyebabkan murid-murid lain tidak dapat  menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.

Anda dikehendaki memilih teori-teori pembelajaran yang sesuai dan analisis  sejauh manakah teori tersebut dapat membantu guru untuk menyelesaikan masalah tersebut serta huraikan implikasi teori yang dipilih  terhadap pengajaran dan pembelajaran.

.

TUGASAN 3 : PEMBENTANGAN (15 %)

 

Mengikut  Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner, potensi manusia boleh dianalisis dan dikategorikan kepada  lapan  jenis kecerdasan. Teori ini juga menerangkan perbezaan individu dari aspek gaya berfikir.

Jelaskan bagaimana anda dapat merancang aktiviti  menggunakan pendekatan, strategi dan kadedah melalui Teori Pelbagai Kecerdasan bagi menghasilkan  satu kaedah pengajaran masa kini.

 

ARAHAN PELAKSANAAN TUGASAN

Tugasan 1

  1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
  2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

2.1  Fon Arial

2.2  Saiz huruf –11

2.3  Langkau 1.5 baris

2.4  Rujukan mengikut format APA (American Psychology Association)

  1. Jadual Profail Pelajar tidak melebihi 1 muka surat dan esei untuk Tugasan 1 ini tidak melebihi 500 patah perkataan.
  2. Jumlah muka surat ialah 2-3 mukasurat (tidak termasuk lampiran).
  3. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
  4. Amalan plagiat adalah dilarang sama sekali.

 

Tugasan 2

  1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
  2. Panjang penulisan akademik tidak melebihi 800 patah perkataan.
  3. Tugasan perlu bertaip.
  4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

4.1  Fon Arial

4.2  Saiz huruf – 11

4.3  Langkau 1.5 baris

4.4  Rujukan mengikut format APA (American Psychology Association)

  1. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
  2. Penulisan akademk harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.

 

 

Tugasan 3

  1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
  2. Setiap individu dikehendaki membentang hasil Tugasan 3, dengan menggunakan Microsoft Power Point.
  3. Masa pembentangan tidak melebihi 30 minit.
  4. Pembentangan dinilai mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
  5. Hasil pembentangan perlu dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan..

 

Prosedur

  1. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.
  2. Rujukan mengikut format American Psychological Association (APA) yang terkini.
  3. Muka keseluruhan tugasan merangkumi
  4. Nama Pelajar
  5. Angka Giliran.
  6. Kad Pengenalan
  7. Kumpulan/Unit
  8. Kod dan Nama Kursus
  9. Tajuk tugasan
  10. Nama Pensyarah Akademik
  11. Tarikh hantar

 

Klikdi bawah untuk Soalan Tugasan

Soalan Tugasan EDUP3033

 

 

Pengenalan

Murid dan Pembelajaran

Murid dan Pembelajaran  ialah mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar Progeam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) yang sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seluruh  negara berdasarkan kehendak  RMK terkini.

Tajuk-tajuk disusun merangkumi aspek pengurusan murid, pengurusan bilik darjah, dan persekitaran pembelajaran serta pengurusan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pedagogi masa kini. Semua tajuk merangkumi kehendak RMK termasuk teori-teori pembelajaran, pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti masa kini.  Penekanan juga kepada  aktiviti pedagogi masa kini.

Berikut adalah antar atajuk-tajuk yang dipelajari dalam subjek ini.

 

1. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

  • Konsep Pengajaran
  • Konsep Pembelajaran

2. Proses Pembelajaran

  • Kesediaan belajar
  • Persepsi dan Penanggapan
  • Ingatan dan Lupaan
  • Pemindahan Pembelajaran
  • Implikasi proses pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran

3. Perbezaan Individu dan Pembelajaran

  • Definisi perbezaan individu
  • Teori kecerdasan
  • Perbezaan Individu dan Pembelajaran
  • Gaya pembelajaran
  • Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran

 

4. Teori-Teori Pembelajaran

  • Teori-Teori Pembelajaran
  • Teori Pembelajaran Behavioris
  • Teori Pembelajaran Kognitif
  • Teori Pembelajaran Konstruktivisme
  • Teori Pembelajaran Sosial
  • Teori Pembelajaran Humanistik

 

5. Aplikasi Teori-teori Pembelajaran

  • Aplikasi  Teori Pembelajaran  Behavioris terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
  • Aplikasi  Teori Pembelajaran  Kognitif terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
  • Aplikasi  Teori Pembelajaran  Konstruktivisme  terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
  • Aplikasi  Teori Pembelajaran  Sosial  terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
  • Aplikasi  Teori Pembelajaran  Humanistik  terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
  • Murid Berkeperluan Khas

6. Model-Model Pengajaran

  • Model-model pengajaran
  • Model Pengurusan Maklumat
  • Model Behavioral
  • Model Personal
  • Implikasi Model-model Penghajaran terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

 

7. Pendekatan,  Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran

  • Pendekatam. Kaedah, Teknik, dan Strategi
  • Definisi, Jenis , dan Prinsip-prinsip Pendekatan
  • Strategi Pengajaran
  • Kaedan, dan Teknik Pengajaran
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi Pemilihan Kaedah dan Teknik Pengajaran
  • Modifikasi Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas

 

8. Pedagogi Masa Kini

  • Kerangka Kemahiran Pedagogi
  • Ciri-Ciri Pedagogi Masa Kini
  • Kaedah dan Teknik Pengajaran Masa Kini
  • Implikasi Pedagogi Masa Kini Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

 

9. Motivasi dan Pembelajaran

  • Jenis-jenis  Motivasi
  • Motivasi Pembelajaran  dalam Pelbagai Perspektif