Contoh Project Based Learning-BM

Kumpulan 1

TOPIK PEMBELAJARAN: KATA KERJA TRANSITIF DAN TAK TRANSITIF

TAJUK PROJEK: MEMBUAT BUKU CERITA

SASARAN: MURID TAHUN 6

TEMPOH: 2 MINGGU

AHLI KUMPULAN 1: NIK NAJWANI BINTI NIK MOHAMED

: ANIZAH BINTI SAIDIN

: NOOR SYAFIKAH BINTI ABD RAHMAN

MEMULAKAN PROJEK:

  • Guru menjelaskan berkenaan konsep kata kerja transitif dan tak transitif kepada murid.
  • Guru membimbing murid untuk memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber. Sebagai contoh:

MEMBANGUNKAN PROJEK:

  • Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid.
  • Guru menunjukkan contoh buku cerita kepada murid.
  • Guru menetapkan tema buku cerita yang akan dihasilkan oleh murid iaitu Alam Sekitar.
  • Guru membimbing murid mengenal pasti dan menggunakan kata kerja yang sesuai untuk menghasilkan buku cerita tersebut.
  • Murid dikehendaki menyiapkan buku cerita tersebut dalam masa seminggu.

MENAMATKAN PROJEK:

  • Guru menganjurkan Pertandingan Bercerita berdasarkan buku cerita yang telah dihasilkan oleh murid.
  • Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil bagi menyertai Pertandingan Bercerita.
  • Guru akan memilih pemenang bagi pertandingan tersebut.

DOKUMENTASI PROJEK:

  • Buku cerita yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan akan digabungkan dalam bentuk folio.
  • Rakaman akan dibuat oleh murid semasa Pertandingan Bercerita berlangsung dan akan didokumentasikan dalam bentuk VCD.

Kumpulan 2

 

MATAPELAJARAN : SEJARAH

TOPIK PEMBELAJARAN : TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH

TAJUK PROJEK : JOM KENALI TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI MELAKA

SASARAN : MURID TAHUN 4 (30 ORANG)

 

 

FASA 1 : PERMULAAN PROJEK

  1. Guru membimbing murid-murid mengenali tempat-tempat bersejarah di Melaka.
  2. Maklumat diperoleh daripada :
  • Sumber internet

(http://www.melakacom.net/malay/tempat_menarik/Historical_Places.htm)

  • Perpustakaan
  • Sumber manusia (guru/ibu bapa/rakan)
  1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan berikut :

Kumpulan 1 : menghasilkan 3 buah buku skrap.

Kumpulan 2 :  menghasilkan 5 buah sajak.

Kumpulan 3 : mengumpul gambar-gambar sepanjang proses lawatan.

FASA 2 : PEMBANGUNAN PROJEK

  1. Guru membawa murid melawat ke tempat-tempat bersejarah di Melaka.
  2. Murid-murid perlu mengumpulkan maklumat dengan menggunakan alat atau cara yang bersesuaian untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

FASA 3 : MENAMATKAN PROJEK

  1. Murid mengadakan karnival mini tentang tempat-tempat bersejarah di Melaka.
  2. Setiap kumpulan perlu mempamerkan hasil tugasan pada pameran tersebut.

Kumpulan 1 : membentangkan 3 buah buku skrap.

Kumpulan 2 : mendeklamasikan 5 buah sajak.

Kumpulan 3 : membentangkan gambar-gambar ketika proses lawatan.

FASA 4 : DOKUMENTASI PROJEK

  1. Pembukuan hasil karya murid yang telah dihasilkan ke dalam bentuk folio dan juga fail.

Disediakan oleh :

  1. NURHIDAYATI BINTI MOHAMED NOR
  2. WAN NUR AFIFAH BINTI WAN AHMAD AZUAN
  3. SITI NORFHATIHAH BT MOHD SOBRI

Kumpulan 3

Project Based Learning – Bahasa Melayu (SK)

Projek ‘Gaya Hidup Sihat’

Mata pelajaran        : Pendidikan Kesihatan (gaya hidup sihat)

Tajuk                         : Amalkan Gaya Hidup Sihat

Sasaran                    : Semua warga sekolah

Kumpulan 3             : Ellsie Vieann Alphonsos

: Nadiana binti Jairin

: Noramira binti Amir

 

Pelaksanaan Projek Gaya Hidup Sihat:

Fasa 1 – Memulakan Projek

  1. Guru membimbing murid membuat kaji selidik tentang kepentingan gaya hidup sihat serta cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat.

 

  1. Maklumat dikumpul melalui pelbagai sumber seperti internet, perpustakaan dan orang sumber.

 

Fasa 2 – Membangunkan Projek

  1. Guru membawa murid ke gymnasium yang terdekat untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berzumba, yoga dan senamrobik.

 

  1. Guru mengadakan ceramah di sekolah tentang pemilihan makanan yang sihat dengan menjemput pegawai kesihatan daerah yang berkenaan.

Fasa 3 – Menamatkan Projek

  1. Murid membuat pertandingan zumba atau senamrobik dengan memberikan tema lagu yang bersesuaian.

 

  1. Murid melaksanakan karrnival “Gaya Hidup Sihat” terbuka yang mengandungi pameran, jualan makanan dan pertandingan-pertandingan seperti memasak dan sebagainya.

 

 

  1. Mengadakan hari “Jom Sihat” yang menawarkan pemeriksaan percuma kepada seluruh warga sekolah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

Fasa 4 – Dokumentasi Projek

  1. Guru membimbing murid mengumpul maklumat dan bahan bukti bergambar tentang projek yang telah dilaksanakan.

 

  1. Hasil pelaksanaan projek telah dibukukan dalam bentuk folio dan buku skrap serta dalam bentuk media iaitu melalui video

 

 

Rujukan Internet:

Mahasiswa UUM. (2010). http://kesihatansemua.blogspot.my/2010/09/gaya-hidup-sihat-gaya-hidup-sihat.html [26 April 2017].

 

Kumpulan 4

NAMA PROJEK : MENGENALI DAN MENCINTAI MALAYSIA

SASARAN            : MURID TAHUN 4

TEMPOH              : 4 MINGGU

NAMA AHLI KUMPULAN :

  1. MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN MOHD IDRIS
  2. MUHAMMAD BUQHARI BIN FAUZI

FASA SATU, PERMULAAN PROJEK (minggu pertama) :

  • Guru membimbing murid-murid untuk mengetahui sejarah kemerdekaan Negara Malaysia.
  • Guru menyatakan kepada murid tentang kepentingan semangat patriotisma kepada murid-murid.
  • Maklumat dikumpul daripada pelbagai sumber daripada buku dan internet. Contohnya:

http://1011h6p1.blogspot.my/2010/08/sejarah-ringkas-kemerdekaan.html

http://jati-dseas.um.edu.my/filebank/published_article/3161/023-034%20Ku%20Hasnita%20&%20Haizam%20-%20Pendidikan%20Patriotism-JATI%20VOL%2016,%202011-%20new.pdf

FASA DUA, MEMBANGUNKAN PROJEK ( minggu kedua):

  • Guru membawa lawatan sambil belajar bersama murid ke tempat-tempat bersejarah.
  • Tempat yang dilawati:

-Muzium Negara

-Tugu Negara

-Arkib Negara

-Stadium Merdeka

  • Murid diminta mencatat sejarah kronologi kemerdekaan Negara dan tempat bersejarah bagi kemerdekaan Negara.
  • Murid diminta menyatakan perasaan pejuang kemerdekaan yang sanggup berkorban demi kebebasan Negara.
  • Murid mencari kepentingan semangat patriotisma melalui lawatan ke Muzium Negara dan Arkib Negara.

FASA TIGA, MENAMATKAN PROJEK (minggu ketiga):

  • Guru menganjurkan ‘Hari Patriotik’ di sekolah untuk menilai tahap pemahaman murid tentang sejarah kemerdekaan Negara dan kepentingan semangat patriotisma dalam diri.
  • Murid perlu menyertai pertandingan ‘sketsa kemerdekaan’ yang dijalankan sempena ‘Hari Patriotik’ di sekolah.

 

FASA EMPAT, DOKUMENTASI PROJEK (minggu keempat):

  • Murid mengumpulkan maklumat dan bahan bukti bergambar untuk menghasilkan folio atau buku skrap yang menarik.

Kumpulan 5

Topik pembelajaran : Budaya kaum di Malaysia

Tajuk projek       : Jom kenali kuih tradisional mengikut kaum di Malaysia.

Sasaran           : Murid tahun 6

 

LANGKAH – LANGKAH PELAKSANAAN

 

MEMULAKAN PROJEK

  1. Guru membimbing murid membuat kaji selidik tentang jenis kuih mengikut kaum di Malaysia, cara pembuatan dan simbolik pembuatan kuih.

 

  1. Maklumat dikumpul melalui pelbagai sumber seperti internet, bacaan buku dan sumber manusia.

 

MEMBANGUNKAN PROJEK

  1. Guru membimbing murid membuat lawatan ke kilang membuat kuih, membuat temuramah dengan orang sumber dan mengumpul maklumat melalui paparan video hasil carian di internet.

 

  1. Murid membuat catatan, rakaman dan video tentang kuih tradisional mengikut kaum di Malaysia. Bahan ini menjadi bukti pembelajaran di dalam kelas.

 

MENAMATKAN PROJEK

  1. Guru membimbing murid menguruskan maklumat yang diperolehi dalam pelbagai dimensi mengikut kreativiti masing-masing.

 

  1. Murid dilatih menghasilkan karya kreatif seperti resepi masakan dan penulisan.

 

  1. Kemuncak daripada itu ialah mengadakan karnival “Jom kenali kuih tradisional mengikut kaum di Malaysia” berbentuk pasar ria, pameran, dan pertandingan menghasilkan kuih tradisional mengikut kaum di Malaysia.

 

DOKUMENTASI PROJEK

  1. Fasa ini melibatkan urusan mengumpul maklumat dan bahan bukti bergambar, berjadual dan sebagainya.

 

  1. Disusun mengikut sub tema membentuk folio dan buku skrap.

 

Kumpulan 6

Tajuk : Susur Budaya Kuih Tradisional Melayu

Projek : Dapur Panas

Sasaran : Murid Tahap 2

Tempoh : 2 Minggu

Fasa :

Memulakan Projek

  1. Guru membimbing murid mencari maklumat tentang kuih tradisional iaitu bahan yang digunakan, cara pembuatan dan harga di pasaran.
  2. Maklumat dikumpul melalui internet, buku, majalah dan sumber manusia.

 

Membangunkan Projek

  1. Guru dan murid membuat lawatan ke tempat perusahaan kuih tradisional Melayu.
  2. Guru menganjurkan karnival susur budaya kuih tradisional Melayu di sekolah :

– pameran

– sajak

– pertandingan membuat kuih tradisional Melayu

– forum

 

Menamatkan Projek

  1. Guru membimbing murid menguruskan maklumat yang diperolehi mengikut kreativiti masing-masing.
  2. Murid dihasilkan karya kreatif bersumberkan maklumat dan bahan daripada kuih tradisional seperti resepi baharu, lukisan kraf tangan, sajak dan sebagainya.

 

Dokumentasi Projek

  1. Mengumpul maklumat dan bukti bergambar, berjadual dan sebagainya.
  2. Disusun mengikut sub tema membentuk folio dan buku skrap.

 

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *