Contoh Isi Jawapan

1a. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Guru menilai keperluan-keperluan  pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan  strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti  yang sesuai untuk pelajar.Pengajaran juga sebagai proses  interaktif , melibatkan classroom talk yang berlaku antara guru dan murid semasa aktiviti dilaksanakan.

Manakala pembelajaran adalah merujuk kepada perubahan tingkah laku yang kekal, hasil daripada amalan  atau pelbagai jenis pengalaman. Hal ini bermaksud pembelajaran  sudah berlaku  apabila murid-murid  mampu melakukan  sesuatu yang baharu berbanding dengan sebekumnya.

Contoh Soalan

EDUP3033-Murid dan Pembelajaran

Bahagian A (60 markah)

Jawab semua soalan

1.    Pengajaran yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran yang bermakna.  Guru perlu memainkan peranan penting untuk membantu murid memperolehi pengetahuan.

a. Nyatakan pengertian pengajaran dan pembelajaran.

[ 5 markah ]

b. Tunjukkan cara guru mempertingkatkan persepsi murid dalam proses pembelajaran.

[ 10 markah ]

 

2. Setiap murid adalah unik dan berbeza.Perbezaan murid mempengaruhi gaya dan proses pembelajaran mereka.

a. Nyatakan empat langkah gaya pembelajaran Model Kolb (1984) dalam pembelajaran murid.

[ 5 markah ]

b. Kemukakan cara-cara bagaimana guru dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira pembelajaran murid.

[ 10 markah]

 

3. Teori pembelajaran Konstruktivis menyatakan  bahawa murid membina pengetahuan baharu berdasarkan pengalaman sebenar melalui interaksi dengan orang lain.

a. Huraikan konsep zon perkembangan proksimal

[ 5 markah ]

b. Princikan cara guru melaksanakan  strategi berpuisatkan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

[ 10 markah ]

4. Guru harus menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk merapatkan jurang pembelajaran dalam kalangan murid seperti pembelajaran secara berkumpulan atau pembelajaran secara individu.

a. Jelaskan prinsip-prinsip  pembelajaran koperatif.

[5 markah]

b. Huraikan kelebihan pembelajaran  masteri  sebagai strategi  pengajaran dan pembelajaran  yang berpusatkan murid.

[10 markah]

Bahagian B (40 markah)

Jawab dua soalan

 

1.   Anda mengajar mata pelajaran bahasa Melayu kelas Tahun 3. Murid kelas tersebut lemah dan hampir semua mata pelajaran.Empat orang murid kelas tersebut tidak dapat menguasai kemahiran asas , enam orang daripada mereka sentiasa ponteng sekolah. Kebanyakan murid kelihatan tidak berminat dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Mereka tidak memberi perhatian dan tumpuan semasa anda mengajar.

Berdasarkan seniario di atas, tunjukkan implikasi  Teori Pembelajaran Sosial  Albert Bandura  terhadap pengajaran dan pembelajaran  murid-murid kelas tersebut.

[20 markah ]

 

2. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan pendidikan masa lampau.Tujuan pengajaran abad ke-21 adalah untuk melahirkan murid yang mahir falam komunikasi, produktif, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan mahir penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Berdasarkan pernyataan di atas cadangkan bagaimana guru boleh melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi?

[ 20 markah ]

3. Seorang guru yang berkesan ialah guru yang dapat meransang minat, motivasi, potensi dan sikap positif terhadap pembelajaran di kalangan murid.

Beri pendapat anda, bagaimana guru boleh memotivasi murid-muridnya supaya dapat belajar dengan berkesan berdasarkan perspektif Humanistik?

[ 20 markah ]

 

 

 

 

 

Implikasi Motivasi terhadap PnP

Keberkesanan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran dari perspektif  Behavioris, Kognitif, dan Humanistik banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh guru dan suasana dalam bilik darjah.

Peranan Guru

Pencapaian murid dalam pendidikan banyak bergantung kepada motivasi di dalam diri murid dan usaha guru untuk memudahkan penerimaan ilmu semasa proses PnP . Guru yang bermotivasi tinggi sentiasa mengharapkan muridnya berjaya . Guru menjadi pembantu murid dalam memperbaiki diri dan menyelesaikan tugasan murid melalui bimbingan dan kriotikan. Suasana begini memberi peluang kepada murid memperbaiki konsep kendiri dan mempertingkatkan tahap aspirasi serta motivasi dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Guru perlu lebih memberikan perhatian kepada murid yang bermasalah dan berprestasi rendah dengan memberi peluang dan masa untuk mereka menjawab soalan di samping mencari ruang untuk memuji mereka walaupun pada pencapaian yang minima.

Guru sebagai pemimpin dalam bilik darjahperlu menggunbakan lebihan masa untuk memahami keperluan murid dengan mendalami bidang psikologi kanak-kanak dan remaja. Hal ini bagi memberikan bimbingan peribadi dan penilaiansecara telus kepada murid. Guru juga dituntut untuk mempertingkatkan kemahiran potensi diri seperti menguasai pedagogi yang menyeronokkan dengan menerapkan elemen-elemen seni muzik, seni visual, pegerakan kreatif, menyedia dan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik serta bermakna. Hal ini akan memberi inspirasi kepada murid untuk menjadi insan yang berjaya dan berguna pada masa hadaapan.

Guru jyga dituntut agar bersifat penyayang antara semua ahli untuk memenuhi  keperluan kasih sayang . Guru perlu memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid dan memberi motivasi serta peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam proses pembelajaran.  Di samping itu, guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan murid dengan tujuan meningkatkan keupayaan mereka , meningkatkan peluang dalam memenuhi keperluanpenyuburan diri murid iaitu memperolehi ilmu pengetahuan, menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi , dan menikmati kepuasa pencapaian diri dari aspek fisiologi, psikol;ogi, emosi dan intelek.

Suasana dalam bilik darjah

Bilik darjah yang kondusif dari perspektif fizikal, sosial dan psikologi secara tidakl langsung dapat memotivasikan murid untuk rajin datang ke sekolah, menyayangi guru dan menyayangi rakan sekelas serta meransang minat untuk terus belajar. Keberkesanan aktiviti dalam bilik darjah juga sangat bergantung kepada heraki keperluan manusia yang dapat dipenuhi dan keperluan asasa murid yang telah dipenuhi.

Suasana bilik darjah yang kondusif adalah dengan mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, gembeira, harmonis dan selamat serta semua murid berpeluang melibatkan diri secara aktif . Justeru penyediaan bilik darjah abad ke-21yang dicadangkan oleh pihak kementerian seperti susun atur kerusi dan meja secara berkelompok, menyediakan ruang parking lot untuk menyatakan persoalan, memberikan respons secara terus kepada pengajaran guru dengan menggunakan  kad traffict light , dengan kelengkapan pelbagai media berteknologi seperti smart board, sebenarnya memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi diri dan memotivasi diri dalam pembelajaran.

Kesediaan guru mentransformasikan  kaedah pengajarannya dapat mengembangkan lima kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid bagi memantapkan diri mereka menghadapi cabaran pada masa kini dan pada masa hadapan. Murid akan termotivasi untuk menguasai ilmu kemahiran peneguhan peribadi, iaitu kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif, berkebolehan bekerja  secara koperatif dan kolaboratif , berkomunikasi dengan jelas, menyerlahkan kreativiti  dalam hasil tugasan dan memperteguh amalan pelbagai budaya dalam hubungan interpersonal.

Justeru, motivasi dalam pembelajaran dianggap sebagai penggerak utama kepada murid dalam menjana tingkah laku positif terhadap tanggung jawab belajar, menstruktur pemikiran secara jelas, memahami emosi kendiri dan emosi orang lain , membentuk krangka hala tuju  dan meneroka minatserta kecenderungan murid untuk mencapai matlamat pembelajaran jangka pendek dan jangka panjang.

 

Contoh Project Based Learning-BM

Kumpulan 1

TOPIK PEMBELAJARAN: KATA KERJA TRANSITIF DAN TAK TRANSITIF

TAJUK PROJEK: MEMBUAT BUKU CERITA

SASARAN: MURID TAHUN 6

TEMPOH: 2 MINGGU

AHLI KUMPULAN 1: NIK NAJWANI BINTI NIK MOHAMED

: ANIZAH BINTI SAIDIN

: NOOR SYAFIKAH BINTI ABD RAHMAN

MEMULAKAN PROJEK:

  • Guru menjelaskan berkenaan konsep kata kerja transitif dan tak transitif kepada murid.
  • Guru membimbing murid untuk memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber. Sebagai contoh:

MEMBANGUNKAN PROJEK:

  • Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid.
  • Guru menunjukkan contoh buku cerita kepada murid.
  • Guru menetapkan tema buku cerita yang akan dihasilkan oleh murid iaitu Alam Sekitar.
  • Guru membimbing murid mengenal pasti dan menggunakan kata kerja yang sesuai untuk menghasilkan buku cerita tersebut.
  • Murid dikehendaki menyiapkan buku cerita tersebut dalam masa seminggu.

MENAMATKAN PROJEK:

  • Guru menganjurkan Pertandingan Bercerita berdasarkan buku cerita yang telah dihasilkan oleh murid.
  • Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil bagi menyertai Pertandingan Bercerita.
  • Guru akan memilih pemenang bagi pertandingan tersebut.

DOKUMENTASI PROJEK:

  • Buku cerita yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan akan digabungkan dalam bentuk folio.
  • Rakaman akan dibuat oleh murid semasa Pertandingan Bercerita berlangsung dan akan didokumentasikan dalam bentuk VCD.

Kumpulan 2

 

MATAPELAJARAN : SEJARAH

TOPIK PEMBELAJARAN : TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH

TAJUK PROJEK : JOM KENALI TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI MELAKA

SASARAN : MURID TAHUN 4 (30 ORANG)

 

 

FASA 1 : PERMULAAN PROJEK

  1. Guru membimbing murid-murid mengenali tempat-tempat bersejarah di Melaka.
  2. Maklumat diperoleh daripada :
  • Sumber internet

(http://www.melakacom.net/malay/tempat_menarik/Historical_Places.htm)

  • Perpustakaan
  • Sumber manusia (guru/ibu bapa/rakan)
  1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan berikut :

Kumpulan 1 : menghasilkan 3 buah buku skrap.

Kumpulan 2 :  menghasilkan 5 buah sajak.

Kumpulan 3 : mengumpul gambar-gambar sepanjang proses lawatan.

FASA 2 : PEMBANGUNAN PROJEK

  1. Guru membawa murid melawat ke tempat-tempat bersejarah di Melaka.
  2. Murid-murid perlu mengumpulkan maklumat dengan menggunakan alat atau cara yang bersesuaian untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

FASA 3 : MENAMATKAN PROJEK

  1. Murid mengadakan karnival mini tentang tempat-tempat bersejarah di Melaka.
  2. Setiap kumpulan perlu mempamerkan hasil tugasan pada pameran tersebut.

Kumpulan 1 : membentangkan 3 buah buku skrap.

Kumpulan 2 : mendeklamasikan 5 buah sajak.

Kumpulan 3 : membentangkan gambar-gambar ketika proses lawatan.

FASA 4 : DOKUMENTASI PROJEK

  1. Pembukuan hasil karya murid yang telah dihasilkan ke dalam bentuk folio dan juga fail.

Disediakan oleh :

  1. NURHIDAYATI BINTI MOHAMED NOR
  2. WAN NUR AFIFAH BINTI WAN AHMAD AZUAN
  3. SITI NORFHATIHAH BT MOHD SOBRI

Kumpulan 3

Project Based Learning – Bahasa Melayu (SK)

Projek ‘Gaya Hidup Sihat’

Mata pelajaran        : Pendidikan Kesihatan (gaya hidup sihat)

Tajuk                         : Amalkan Gaya Hidup Sihat

Sasaran                    : Semua warga sekolah

Kumpulan 3             : Ellsie Vieann Alphonsos

: Nadiana binti Jairin

: Noramira binti Amir

 

Pelaksanaan Projek Gaya Hidup Sihat:

Fasa 1 – Memulakan Projek

  1. Guru membimbing murid membuat kaji selidik tentang kepentingan gaya hidup sihat serta cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat.

 

  1. Maklumat dikumpul melalui pelbagai sumber seperti internet, perpustakaan dan orang sumber.

 

Fasa 2 – Membangunkan Projek

  1. Guru membawa murid ke gymnasium yang terdekat untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berzumba, yoga dan senamrobik.

 

  1. Guru mengadakan ceramah di sekolah tentang pemilihan makanan yang sihat dengan menjemput pegawai kesihatan daerah yang berkenaan.

Fasa 3 – Menamatkan Projek

  1. Murid membuat pertandingan zumba atau senamrobik dengan memberikan tema lagu yang bersesuaian.

 

  1. Murid melaksanakan karrnival “Gaya Hidup Sihat” terbuka yang mengandungi pameran, jualan makanan dan pertandingan-pertandingan seperti memasak dan sebagainya.

 

 

  1. Mengadakan hari “Jom Sihat” yang menawarkan pemeriksaan percuma kepada seluruh warga sekolah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

Fasa 4 – Dokumentasi Projek

  1. Guru membimbing murid mengumpul maklumat dan bahan bukti bergambar tentang projek yang telah dilaksanakan.

 

  1. Hasil pelaksanaan projek telah dibukukan dalam bentuk folio dan buku skrap serta dalam bentuk media iaitu melalui video

 

 

Rujukan Internet:

Mahasiswa UUM. (2010). http://kesihatansemua.blogspot.my/2010/09/gaya-hidup-sihat-gaya-hidup-sihat.html [26 April 2017].

 

Kumpulan 4

NAMA PROJEK : MENGENALI DAN MENCINTAI MALAYSIA

SASARAN            : MURID TAHUN 4

TEMPOH              : 4 MINGGU

NAMA AHLI KUMPULAN :

  1. MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN MOHD IDRIS
  2. MUHAMMAD BUQHARI BIN FAUZI

FASA SATU, PERMULAAN PROJEK (minggu pertama) :

  • Guru membimbing murid-murid untuk mengetahui sejarah kemerdekaan Negara Malaysia.
  • Guru menyatakan kepada murid tentang kepentingan semangat patriotisma kepada murid-murid.
  • Maklumat dikumpul daripada pelbagai sumber daripada buku dan internet. Contohnya:

http://1011h6p1.blogspot.my/2010/08/sejarah-ringkas-kemerdekaan.html

http://jati-dseas.um.edu.my/filebank/published_article/3161/023-034%20Ku%20Hasnita%20&%20Haizam%20-%20Pendidikan%20Patriotism-JATI%20VOL%2016,%202011-%20new.pdf

FASA DUA, MEMBANGUNKAN PROJEK ( minggu kedua):

  • Guru membawa lawatan sambil belajar bersama murid ke tempat-tempat bersejarah.
  • Tempat yang dilawati:

-Muzium Negara

-Tugu Negara

-Arkib Negara

-Stadium Merdeka

  • Murid diminta mencatat sejarah kronologi kemerdekaan Negara dan tempat bersejarah bagi kemerdekaan Negara.
  • Murid diminta menyatakan perasaan pejuang kemerdekaan yang sanggup berkorban demi kebebasan Negara.
  • Murid mencari kepentingan semangat patriotisma melalui lawatan ke Muzium Negara dan Arkib Negara.

FASA TIGA, MENAMATKAN PROJEK (minggu ketiga):

  • Guru menganjurkan ‘Hari Patriotik’ di sekolah untuk menilai tahap pemahaman murid tentang sejarah kemerdekaan Negara dan kepentingan semangat patriotisma dalam diri.
  • Murid perlu menyertai pertandingan ‘sketsa kemerdekaan’ yang dijalankan sempena ‘Hari Patriotik’ di sekolah.

 

FASA EMPAT, DOKUMENTASI PROJEK (minggu keempat):

  • Murid mengumpulkan maklumat dan bahan bukti bergambar untuk menghasilkan folio atau buku skrap yang menarik.

Kumpulan 5

Topik pembelajaran : Budaya kaum di Malaysia

Tajuk projek       : Jom kenali kuih tradisional mengikut kaum di Malaysia.

Sasaran           : Murid tahun 6

 

LANGKAH – LANGKAH PELAKSANAAN

 

MEMULAKAN PROJEK

  1. Guru membimbing murid membuat kaji selidik tentang jenis kuih mengikut kaum di Malaysia, cara pembuatan dan simbolik pembuatan kuih.

 

  1. Maklumat dikumpul melalui pelbagai sumber seperti internet, bacaan buku dan sumber manusia.

 

MEMBANGUNKAN PROJEK

  1. Guru membimbing murid membuat lawatan ke kilang membuat kuih, membuat temuramah dengan orang sumber dan mengumpul maklumat melalui paparan video hasil carian di internet.

 

  1. Murid membuat catatan, rakaman dan video tentang kuih tradisional mengikut kaum di Malaysia. Bahan ini menjadi bukti pembelajaran di dalam kelas.

 

MENAMATKAN PROJEK

  1. Guru membimbing murid menguruskan maklumat yang diperolehi dalam pelbagai dimensi mengikut kreativiti masing-masing.

 

  1. Murid dilatih menghasilkan karya kreatif seperti resepi masakan dan penulisan.

 

  1. Kemuncak daripada itu ialah mengadakan karnival “Jom kenali kuih tradisional mengikut kaum di Malaysia” berbentuk pasar ria, pameran, dan pertandingan menghasilkan kuih tradisional mengikut kaum di Malaysia.

 

DOKUMENTASI PROJEK

  1. Fasa ini melibatkan urusan mengumpul maklumat dan bahan bukti bergambar, berjadual dan sebagainya.

 

  1. Disusun mengikut sub tema membentuk folio dan buku skrap.

 

Kumpulan 6

Tajuk : Susur Budaya Kuih Tradisional Melayu

Projek : Dapur Panas

Sasaran : Murid Tahap 2

Tempoh : 2 Minggu

Fasa :

Memulakan Projek

  1. Guru membimbing murid mencari maklumat tentang kuih tradisional iaitu bahan yang digunakan, cara pembuatan dan harga di pasaran.
  2. Maklumat dikumpul melalui internet, buku, majalah dan sumber manusia.

 

Membangunkan Projek

  1. Guru dan murid membuat lawatan ke tempat perusahaan kuih tradisional Melayu.
  2. Guru menganjurkan karnival susur budaya kuih tradisional Melayu di sekolah :

– pameran

– sajak

– pertandingan membuat kuih tradisional Melayu

– forum

 

Menamatkan Projek

  1. Guru membimbing murid menguruskan maklumat yang diperolehi mengikut kreativiti masing-masing.
  2. Murid dihasilkan karya kreatif bersumberkan maklumat dan bahan daripada kuih tradisional seperti resepi baharu, lukisan kraf tangan, sajak dan sebagainya.

 

Dokumentasi Projek

  1. Mengumpul maklumat dan bukti bergambar, berjadual dan sebagainya.
  2. Disusun mengikut sub tema membentuk folio dan buku skrap.

 

 

 

 

 

 

Contoh Project Based Learning-PA

 

Kumpulan 1

TOPIK PEMBELAJARAN  :               ADAB TERHADAP HAIWAN

TAJUK PROJEK                   :               MARI MENCINTAI HAIWAN

SASARAN                            :               MURID TAHUN 6

 

LANGKAH –LANGKAH PELAKSANAAN

  • Memulakan Projek

 

  • Guru membimbing murid-murid untuk mengenal haiwan-haiwan yang harus dibunuh dan yang tidak boleh dibunuh.

 

Contoh haiwan yang harus dibunuh: berbahaya à ular, lipan

perosak à tikus, lipas

Contoh haiwan yang tidak boleh dibunuh : peliharaan à kucing, hamster

 

  • Maklumat dikumpul daripada pelbagai sumber seperti internet dan buku.

 

  • Membangunkan Projek

 

  • Guru membuat lawatan ke zoo.
  • Guru menyuruh murid menyenaraikan haiwan yang harus dibunuh dan tidak boleh dibunuh.

 

 

  • Menamatkan Projek

 

  • Guru memberitahu kepada murid-murid adab terhadap haiwan yang harus dibunuh dan tidak boleh dibunuh.

 

Adab terhadap haiwan yang harus dibunuh (jika mendapat ancaman) :

  • Tidak menyeksa haiwan à membunuh menggunakan alat yang tajam
  • Membunuh secara terus bukan perlahan-lahan

 

Adab terhadap haiwan yang tidak boleh dibunuh :

  • Memberi makan dan minum secukupnya
  • Tidak dikurung di dalam sangkar secara bersendirian
  • Mengadakan gallery walk  yang bertemakan “Marilah Mencintai Haiwan” dengan mengundang para guru dan murid-murid lain di sekolah.

 

  • memaparkan gambar-gambar haiwan yang harus dibunuh dan tidak boleh dibunuh beserta adab-adabnya.

 

 

  • Dokumentasi Projek

 

  • Murid mengumpul semua maklumat dan gambar dan menyusun mengikut subtema.
  • Membuat buku skrap yang lengkap dan menarik.

 

Kumpulan 2

PROJEK MASTER CHEF

TAJUJK: TAHARAH

SASARAN: MURID TAHAP 2

TEMPOH: 1 MINGGU

 

FASA LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PROJEK
Fasa 1: Memulakan projek -Guru membimbing murid membuat kaji selidik tentang kepentingan menjaga kebersihan serta  cara menghasilkan makanan dengan bersih dan  halal

-Maklumat dikumpul melalui sumber bahan bacaan di internet (www.odhaberhaksehat.org/2015/menjaga-kebersihan-makanan/) , perpustakaan dan sumber manusia (pekerja kantin sekolah, guru)

Fasa2: Membangunkan projek -Guru membimbing murid membuat lawatan ke 2 buah kilang pemprosesan makanan iaitu kilang keropok lekor

­-Semasa lawatan , murid membuat banding beza dan menilai tahap kebersihan antara 2 buah kilang tersebut serta memerhatikan cara menghasilkan keropok lekor dengan bersih dan halal

-Murid diminta membuat catatan dan rakaman gambar dan video tentang cara pemprosesan keropok lekor

Fasa3: Menamatkan projek -Guru menganjurkan pertandingan “Master Chef” untuk menilai tahap pemahaman murid tentang cara menghasilkan makanan dengan cara yang bersih, halal dan selamat
Fasa4: Dokumentasi projek -Murid mengumpulkan maklumat dan bahan bukti bergambar, berjadual dan seumpamanya untuk membentuk folio atau buku skrap yang lengkap dan menarik

 

 

NAMA AHLI KUMPULAN:

1.ALIAA BINTI ABD GHANI
2. NUR SUHADAH BINTI MOHAMAD
3. UMMI NAZURAH BINTI AZAHA

 

Kumpulan 3

PROJEK  “MOH KITE RERAMEY BELAJOR KHAT!!!”

                        (JOM KITA BELAJAR KHAT BERAMAI-RAMAI)

 

SASARAN                                            : TAHUN 4 (30 ORANG)

TEMPOH                                              : SATU BULAN (4 MINGGU)

NAMA AHLI KUMPULAN              :  Muhammad Daud bin Nurdin Muhammad

Muhammad Amin Arif bin Mohd Amin

Muhammad ‘Izwan bin Zainul Abidin

 

PERMULAAN PROJEK MINGGU 1

Guru membimbing murid tentang sejarah dan pengenalan tentang asas khat. Maklumat diperolehi daripada pelbagai sumber:

  • Media elektronik: contohnya, video tentang sejarah awal penulisan khat. (www.youtube.com/sejarah-khat-dunia)
  • Tokoh: Ustaz Hafiz
  • Buku ilmiah: Khat & Jawi Mutiara Kesenian Islam Sejagat

PEMBANGUNAN PROJEK MINGGU 2

  • Guru membimbing murid untuk melaksanakan dan mengajar teknik penulisan khat.
  • Guru membawa para pelajar ke pusat khat. (PUSAT KESENIAN ISLAM, KUALA LUMPUR)
  • Membuat rakaman video tentang lawatan program (cara penulisan, pameran, contoh-contoh khat lama)

 

MENAMATKAN PROJEK MINGGU 3

  • Pelajar menghasilkan karya khat.
  • Adakan bengkel pemulihan penulisan khat.
  • Pameran karya pelajar yang telah dihasilkan di dewan sekolah untuk pelajar tahun 4 yang lain. (30 karya)

DOKUMENTASI PROJEK MINGGU 4

  • Pembukuan hasil karya pelajar yang telah dihasilkan di dalam bentuk folio dan juga fail.

 

 

Kumpulan 4

TAJUK PILIHAN : JOM SOLAT

MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM

SKOP BIDANG : IBADAH

SASARAN : SEMUA MURID TAHUN 4

BILANGAN HARI : 3

 

Fasa Langkah-langkahpelaksanaanprojek

 

Fasa 1 : Memulakanprojek –          Murid mengenalpastitatacarasolatdarisegibacaandanpergerakandalamsolat.

–          Murid mengumpulmaklumatmelaluibukuIndahnyaHidupBersyariat, ensiklopedia‘Solat’, internetdarihttp://ghojer.blogspot.my/2014/02/tata-cara-sholat-fardhu-5-waktu-lengkap.htmldan video ‘TatacaraSolatDenganTertib’

–          Murid membuatperbezaanantarasolatwajibdansolatsunatjenazah.

Fasa 2 : Membangunkanprojek –          Guru membimbing murid denganmembuatlawatanke masjid untukmelihattatacarasolat yang betul.

–          Murid membuatrakaman video orang solatsunatdansolatwajibsepanjanglawatanberlangsung.

–          Murid membuatcatatanberdasarkanrakamantersebut.

–          Murid membuatkuizberkaitandengantatacarasolat.

 

Fasa 3 : Menamatkanprojek –          Murid membuatpameran, pertandinganBacaan al-Fatihahdanexplorace.

–          Pameran yang dilaksanakanberkaitanpergerakansolat, diadakan di dewan sekolahdanterbukakepadasemua murid dan guru.

–          PertandinganBacaan al-Fatihah yang betulkhususuntuk murid.

–          Explorace yang diadakantentangrukunsolatmengikutenamstesen yang telahditetapkandanterbukakepadasemua murid.

Fasa 4 : Dokumentasiprojek –          Guru membimbing murid mengumpulmaklumatdanbahanbuktibergambartentangprojek ‘JomSolat’.

–          Guru membimbing murid membuat album projek ‘JomSolat’.

 

NAMA KUMPULAN : FAWAZ

NAMA AHLI : MUHAMMAD FARIS BIN ROSDI

NURIN NAJWA IRDINA BINTI HAMSHAH

ZAKIRAH BINTI MOHD SAUPI

Kumpulan 5

TAJWID ITU MUDAH

 

SASARAN                               : SemuapelajarTahun 5

TEMPOH                                : SatuMinggu

NAMA AHLI KUMPULAN     : 1. Mohammad Nazmi Bin Ismail

  1. AfifahBintiAbdKahar
  2. NurulSyazwaniBintiAzhar

 

MEMULAKAN PROJEK         : Guru membimbing murid mencarimaklumatmengenaihukumtajwid

dalam Surah Al-Fatihahdan Al-Masad.

: Maklumatdikumpulmelaluipelbagaisumber:

  • Internet danbuku – Murid akanmemindahkanmaklumatdalambentukpetaminda.
  • Sumbermanusia – Murid akanberjumpadenganustazdanustazah. Kemudian, murid akanmerakambacaan surah yang dibaca, contohnyabacaansecaradengung.

 

MEMBANGUNKAN PROJEK : Guru membimbingmurid membuatlawatankePusatAkademiCelik Al-

Quran bersamaUstazZambri. Lawatanberlangsungselamasatuhari.

: Murid diajarmengenaihukumtajwidmengikutsukatanpembelajaran.

: Setelahmempelajarihukumtajwid, murid menjalaniamalibacaan Al-

Quran bersamaUstazZamri.

 

MENAMATKAN PROJEK       : Guru menganjurkanPertandinganTilawah Al-Quran yang mewajibkan

setiapkelasuntukmenghantarsekurang-kurangnyadua orang wakil,

seoranglelakidanseorangperempuan.

 

DOKUMENTASI PROJEK        : Mengumpulkanmaklumatdanbahanbuktisepertigambardan video

semasalawatandanharipertandingansertapetaminda yang dihasilkan

oleh murid-murid semasamengumpulmaklumat. Kesemuabahanbukti

inidikumpulkandalamsatu folio.

 

 

 

Motivasi Pembelajaran Dalam Pelbagai Perspektif

Perspektif Behavior

Dari segi perspektif Behavior, motivasi mendorong perubahan tingkah laku akibatinteraksi pengalaman seseorang dengan persekitaran. Prionsip yang diamalkan adalah memberi motivasi  kepada murid dalam bentuk  ganjaraan atau dendaan luaran. Menurut Skinner, motivasi ekstrinsik  dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

  1. Ganjaran: satu objek atau peristiwa yang diberi  kepada murid hasil  daripada manifestasi  sesuatu tinfgkah laku yang diingini. Contoh:  Guru memberi token ekonomi berbentuk bintang kepada murid-murid yang berjaya menyelesaikan masalah pembelajaran  dengan betul dalam masa yang diperuntukan. Murid akan mengumpulkan bintang  atau mata ganjaran  bagi meraih ganjaran yang lebih besar.
  2. Insentif; sesuatu objek atau peristiwa  yang menggalakkan tingkah laku  positif atau menghindarkan tingkah laku yang tidak diingini. Contoh: guru membgeri janji  atau jaminan kepada murid  yang berjaya mengumpulkan  sejumlah token  ekonomi yang ditetapkan.

Apabila motivasi berdasarkan pendekatan Behavior di dalam bilik darjah adalah mengamalkan  pemberian pengukukuhan secara konsisten dan sesuatu tingkah laku positif yang diperhatikan. Murid diberi ganjaran seperti perhatian, kasih sayang, kata-kata pujian, hak-hak istimewa atau wang sekiranya mereka memperolehi pencapaian cemerlang dalam aktiviti yang disertai. Pemberian ganjaran adalah berdasarkan pencapaian yang sebenar dan kerana berlakunya peningkatan kompentensi, nammun hal ini bukan sahaja untuk tujuan mengawal disiplin dalam bilik darjah sahaja. Contohnya murid yang membuat latihan dengan mendapat semua jawapan yang betulakan diberi bintang. Prinsip memberi ganjaran dan peneguhan  dapat mengekalkan  tingkah laku yang dikehendaki berbanduing mendenda murid  yang bertingkah laku negatif.

Beberapa kaedah lain yang bolegh memotivasikan murid dari perspektif Behavioris adalah seperti berikut:

  1. Guru mengiktiraf fan memberi peneguhan kepada kejayaan murid serta membantu murid menimbang nilai dan manfaat peribadi terhadap pembelajaran.
  2. Insentif positif dalam pembelajaran diberikan dalam bentuk menghadiahi bintang, memberi skor dan gred yang baik berdasarkan hasil kerja murid yang memuaskan.
  3. Mempamer hasil kerja murid pada papan buletin.
  4. Menganugerahkan sijil pencapaian
  5. Memberi peluang kepada murid untuk mel;akukan aktiviti yang digemari seperti membenarklan  murid bermain game yang diminati.
  6. Memberi peluang kepada murid untuk mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah secara percuima.

Apabila guru ingin menggunakan peneguhan ekstrinsik dalam mengawal tingkah lakumurid-muridnya, maka guru harus memastikan bahawa peneguhan tersebut sememangnya perlu dan sesuai , iaitu apabila tel;ah dikenalpasti bahawa murid berkenaan tidak mempunyai keinginan intrinsik untuk menguasai kemahiran akademik atau tiingkah laku yang baik. Peneguhan ekstrinsik yang berterusan akan meningkatkan kemahiran dan kompentensi murid  bertambah baik sehingga murid mula beranggapan  bahawa aktiviti tersebut memang sesuai untuk mereka. Oleh hal yang demikian, guru harus konsisten memberi ganjaran kepada sesuatu tingkah laku  yang diharapkan kerana secara tidak langsung usaha ini akan membentuk kebiasaan dalam diri murid untuk bertindak dengan cara yang diharapkan.

 

Perspektif Kognitif

Ahli teori Kognitif seperti MaxWertheimer (1880-19430 Johd Piaget melihat pembelajaran sebagai satu fenomena mental dalaman dan bukan perubahan tingkah laku luaran. Hal ini bermakna, apa-apa yang dipelajari berkemungkinan dapat ditunjukkan melalui perubahan tingkah laku .

Andaian mereka tentang cara manusi belajar adalah seperti berikut:

  1. Pembelajaran adalah satu proses dalamanseseorang yang mungkin menghasilkan perubahan tingkah laku atau sebaliknya.
  2. Proses-proses kognitif akan mempengaruhi hasil terhadap sesuatu yang dipelajari.
  3. Seseorang dapat membuat andaian dan kesimpulan tentang proses kognitif seseorang dengan memperhatikan cara manusia bertindak balas.
  4. Manusia boleh memilih tentang apa-apa yang merekaakan proses dan pelajari.
  5. Proses pembelajaran adalah rumitdan unik kepada sesetengah manusia.

Implementasi motivasi dari perspektif Kognitif dengan penekanan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh dara manusia berfikir tentang diri mereka dan persekitaran. Bentuk tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang diterangkan berdasarkan empat pengaruh  yang berikut iaitu:

  1. Keperluan untuk membina sesuatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten.
  2. Harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan jayanya.
  3. Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan seseorang sama ada menghasilkan kejayaan atau kegagalan.
  4. Kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.

Dari perspektif Kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahusecara intrinsik, bermotivasi, dan suka meneroka untuk menyelesaikan masalah serta membantuk tingkah laku bagi menyesuaikan diri. Justeru kaedah untuk memotivasikan murid dalam konteks  PnP ialah guru harus meransang naluri ingin tahu murid dan menyokong kebolehan murid untuk berjaya.

Terdapat dua jenis teori Kognitif iaitu

2. Teori Atribusi Weiner

Teori Atribusi Weiner merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi motivasi akademi, Weiner m,enegaskan bahawa murid aikan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Penekanan tertumpu  kepada persepsi murid yang mempengaruhi  cara mereka mentafsirkan kejayaan atau kegagalan hasil usaha sendiri dan turut mempengaruhi kecenderungan murid untuk mengulangi tingkah laku yang sama.

Menurut Weiner, atribut atau kualiti karakter  seseorang wujud  dalam tiga dimensi iaitu:

  1. Lokus; Lokasi sesuatu penyebab berada.
  2. Satbiliti : penyebab boleh berubnah atau tidak berubah.
  3. Kawalan : Sejauhmana murid bertanggung jawab atas kejayaan atau kegagalan mereka dalam mengawal situasi pembelajaran yang dilalui.

Terdapat empat faktor yang mempengaruhi motivasi dalam pendidiklan  berasaskan perspektif  kognitif iaitu:

  1. Kebolehan
  2. Usaha dengan lokusnyaada dalam diri murid
  3. Nasib
  4. Aras kesukaran sesuatu tugansnan dengan lokusnya di luar kawalan murid

Dalam peroses PnP, peranan guru diperlukan untuk meningkatkan motivasi murid.

Antaranya:

  1. Guru perlu membantu murid untuk percaya bahawa mereka ialah kompenten. Kegagalan hanya berlaku sekai sekala atau mungkin disebabkan oleh nasib dan usaha yang tidak mencukupi.Justeru perkara ini tidak akan berlaku  pada masa hadapan.
  2. Guru menggalakkan murid untuk berusaha  dan melipatgandakan usaha jika berjaya.
  3. Guru memastikan murid berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Guru perlu melakukan sesuatu agar murid tidak gagal beruilang kali supaya murid berasa tidak kompenten.
  4. Guru membantu murid untuk memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa kepada kejayaan atau kegagalan.
  5. Guru meransang konsep kendiri murid dan memfokus usaha sebagai faktor kejayaan.

 

2. Teori Ekspektasi x Nilai

Menurut Victor  H, Vroom, ” kita biasanya dimotivasi untuk melaklukan sesuatu berdasarkan apa-apa yang kita anggap sebagai impak ke aatas tindakan kita. Kita akan mengkaji ganjaran yang timbul hasil daripada tindakan yang kita ambil. Seterusnya kita bertindak mengikut cara yang akan membawa kejayaan dan pemberian  ganjaran yang paling besar ”

Teori Ekspektasi x Nilai menjelaskan bahawa motivasi adalah gabungan antara dua elemen penting , iaitu nilai dan ekspetasi. Dengan perkataan lain, motivasi merupakan fungsi ekspetasi seseorang untuk mencapai matlamat dan nilai yang diletakkan pada matlamat tersebut. Motivasi adalah hasil harapan dan nilai. Jika keduia-dua elemen ini sifar, maka tidak akan wujud motivasi ke arah pencapaian matlamat. Oleh itu guru perlu memastikah bahawa tugasan yang diberikan kepada murid mampu dikuasai dan dikembang sehingga membolehkan murid mencapai kejayaan.

Dua konsep penting dalam teori motivasi oleh Victor adalah seperti berikut:

  1. Nilai tugasan yang dipersepsikan atau dipersoalkan. Nilai ini berdasarkan kepercayaan kognitif peribadi setiap individu termasuk matlamat, nilai, dan minat.
  2. Ekspektasi , iaitu kepercayaan tentang kompetensi  peribadi dan kebolehan individu terhadap tugasan.

Berdasarkan teori Ekspektasi x Nilai , seseorang guru perlu

  • Meransang murid untuk menghargai nilaipendidikan sebagai satu cara untuk meningkatkan taraaf hidup murid.
  • Memberi semangat berkenaan nilai pendidikan dengan membawa model yang telah berjaya untuk dikongsi kejayaan.
  • Memberi penekanan kepada murid bahawa model yang berjaya kini ialah murid yang tidak cemerlang pada masa dahulu.
  • Memastikan tugasan penguasaan dan perkembangan yang membolehkan murid memperolehi kejayaan.

 

Perspektif  Humanistik

Perspektif Humanistik menekankan bahawa manusia menginginkan kebebasan peribadi dalam membuat pilihan dan memiliki kegigihan kendiri yang mendorong untuk melakukan tingkah laku tertentu ke arah penyempurnaan kendiri. Pada dasarnya perspektif Humanistik menyakini9 bahawa manusia dilahirkan dengan kecenderungan semulajadi dan ada keperluan untuk berusaha mencapai potensi yang optimum.Kesedaran ini menunjukkan bahawa semua manusia mempunyai keinginan dalaman untuk mencapai segala yang mereka inginkan.

Manusia dimotovasi untuk memuaskan diri dalam mencapai keperluan-keperluan daripada keperluan asas sehingga krhierki  keperluan kesempurnaan  diri. Abraham Maslow (1908-1970) merupakan salah seorang pelopor yang membuat kajian mengenai peranan keperluan dalam menentukan motivasi. Menurut Hierarki Keperluan Maslow, keperluan merupakan desakan  yang memotivasikan seseorang untuk bertindak terhadap sesuatu matlamat sama ada untuk memenuhi  keperluan fisiologi, psikologi, emosi atau intelek. Perspektif Humanistik juga meninjau tentang ciri-ciri peribadi seseorang seperti kompetensi kendiri, harga diri, kegigihan  kendiri, penmcapaian kendiri, dan autonomi serta memberi penekanan terhadap individu yang mengawal secara dalaman tentang proses hidup.

Dalam konteks pembelajaran, matlamat pendekatan Humanistik adalah untuk meransang pengalaman murid supaya mereka dapat bertindak lebih terbuka terhadap pembelajaran berbanding persekitaran. Justeru murid dapat mengawal diri sendiri dan tidak dipengaruhi oleh desakan luaran. Strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan motivasi secara pendekatan Humanistik  Humanistik dalam bilik darjah adalah seperti berikut:

  1. Mengamalkan penerimaan positif nurid tanpa syarat seperti mengasingkan tingkah laku murid daripada kebolehan dan bakat mereka.
  2. Mewujudkan bilik darjah yamh selamat dan tersusun supaya murid-murid-murid percaya bahawa mereka dapat belajar.
  3. Memberi pertimbangan kepada pengalaman pengajaran dan pembelajaran daripada perspektif murid-murid.
  4. Membantu murid mencapai kejayaan  terutama dalam tugasan yang mencabar.
  5. Memberi murid makenisme konkrit supaya mereka dapat melihat kemajuan masing-masing dari masa ke semasa.
  6. Mengurangkan persaingan dan mengelakkan wujudnya situasi-situasi murid dinai secara kurang adil dalam kalangan rakan sebaya.
  7. Menggalakkan murid mencari makna dalam pembelajaran secara aktif.
  8. Menggalakkan murid menentukan matlamatnya sendiri.

Ahli-ahli teori Humanistik menyatakan bahawa akrab antara guru dan ibu bapa dengan murid bpenting kerana keadaan ini akan mewujudkan motivasi instrinsik yang tinggi . Pengeliatan dan sokongan yang tinggi dari persekitaran akan meningkatkan kompentensi , tanggungjawab dan pencapaian murid. Secara tidak langsung, murid bermotivasi untuk melaksanakan tugas atau aktiviti yang diberi sehingga mencapai kepuasan. Keperluan untuk menguasai kompentensi telah mendorong murid untuk melibatkan diri dan meneroka  satu bidang secara efektif supaya berjaya menguasai pelbagai aspek kehidupan  dengan berkesan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motivasi dan Pembelajaran

Apabila berhadapan dengan masalah, hidup bagaikan tiada indahnya. Oleh itu kita perlu menyelesaikan masalah. Untuk menyelesaikan maslah tersebut, kita perlu bangkit dan menyelesaikannya.  Sudah pasti ada satu dorongan yang mendesak  dari luar dan dari dalam sendiri.  Robbin  and Judge (2007) mendefinisikan  motivasi  sebagai proses yang menjelaskan  intensiti, araha dan usaha yang tekun untuk mencapai  sesuatu tujuan. Oleh itu proses memotivasikan seseorang  seperti satu kuasa yang menggerakkan manusia untuk berjaya mencapai matlam,at tertentu dalam hidup. Motivasi menjadi penggerak untuk berfikir dan kemudian bertindak dengan cara yang sesuai. Individu yang bermotivasi sentiasa positif, meransang,mengarah dan mengekekalkan  tingkah laku sehingga matlamatnya tercapai.

 

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran , motivasi dianggap sebagai suatu unsur penting untuk membolehkan murid melibatkan diri secara aktif di samping menjadikan proses pembelajaran dapat berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamaruddin Hj. Hussin, 1993).  Jika ada murid yang gagal menyiapkan tugasan kerana bosan untuk belajar, maka murid perlui diberi motivasi dengan kaedah tertentu supaya tingkah laku dapat kembali positif untuk bnelajar. Motivasi dan pembelajaran dalam bilik darjah sentiasa seiring bagi memastikan proses PnP  yang dirancang dilaksanakan dirancang dilaksanakan dengan jayanya.

 

Jenis-Jenis Motivasi

Secara amnya terdapat dua jenis motivasi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu teknik motivasi intrinsik dan teknik motivasi ekstrinsik.

 

Motivasi Intrinsik

Motivasi intrinsik ialah  dorongan dan minat yang terdapat  dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira  ganjarannya. Teknik motivasi intrinsik  berkait rapat dengan sifat semula jadi seseorang murid dengan unsur sedia ada  dalam pembelajaran.  Murid yang belajar tanpa diarah atai dikerah untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti pembelajaran dikatakan mempunyaio motivasi intrinsik yang kuat.  Mereka lazimnya dapat menyiapkan aktiviti pembelajaran tanpa bergantung  pada faktor luaran atau persekitaran . Sebaliknya mereka akan menggunakan semua elemen  yang ada dipersekitaran untuk menyokong aktiviti pembelajan sehingga berjaya mencapai kehendak tugasan yang ditetapkan. Hasil kajian lalu membuktikan bahawa murid yang bermotibasi intrinsik lebih barjaya  berbanding murid yang bermotivasi  ekstrinsik. Olej itu, motivasi intrinsik merupakan ganjaran semulajadi yang berasal daripada gerakan  dalaman individu itu sendiri.

Cara yang sesuai untuk memotivasikan murid  secara intrinsik adalah seperti berikut:

  1. Rangsangkan murid untuk mencari pengetahuan.
  2. Gunakan strategi-strategi seperti kejutan, keraguan, kekeliruan, dan konflik untuk mengekekalkan  naluri ingin tahun.
  3. Gunakan pelbagai medium persembahan seperti persembahan TMK, domontrasi dan main peranan.
  4. Minta murid menentukan matlamat sendiri.
  5. Teknik permainan dan simulasi.

Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik tercipta daripada faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Punca motivasi wujud daripada persekitaran (Woolfolk,2006). Motivasi ekstrinsik ditakrifkan sebagai penggerak dari luar yang mendoorong seseorang untuk melakukan sesuatu kerana ingin ganjaran nyata yang disediakan. Pernakah anda membeli sesuatu barang yang sebenarnya anda tidak memerlukan barang tersebut, namun anda membelinya  kerana teruja untuk mendapatkan ganjaran  sampingan yang ditawarkan?

Dalam konteks pembelajaran, motivasi ekstrinsik merupakan galakan atau tarikan  yang diwujudkan daripada persekitaran luar pembelajaran. Situasi ini membawa maksud motivasi ekstrinsik  berkait dengan unsur luaran yang tidak semula jadi dengan pembelajaran. Ganjaran seperti pujian, hadiah, markah, gred, wang dan penghargaan  diberikan kepada mereka yang berjaya melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti dengan cemerlang di samping pencapaian prestasi yang membrangsangkan.

Dalam keadaan tertentu, motivasi ekstrinsik merupakan bentuk motivasi yang paling sesuai untuk pencapaian akademik atau tingkah laku yang produktif. Contohnya dalam mengalihkan murid ke arah kejayaan pembelajaran dan tingkah laku positif di dalam bilik darjah.  Namun begitu, motivasi ekstrinsik mengetepikan kebolehan murid untuk menyelesaikan tugas yang diberi berdasarkan  kesanggupan dan kerelaan masing-masing. Manakala ganjaran dan dendaan pula diogunakan seolah-olaj untuk mengawal motivasi murid untuk belajarn.