Kesediaan Belajar, Persepsi dan Penanggapan

PROSES PEMBELAJARAN

KESEDIAAN BELAJAR, PERSEPSI DAN PENANGGAPAN

Pengenalan

Pengajaran adalah suatu aktiviti yang dapat mengubah tingkah laku, sikap, atau kepercayaan murid-murid terhadap sesuatu perkara yang dipelajarinya. Hal ini berlaku apabila berlakunya proses pembelajaran maka terhasilnya pengajaran dalam diri seseorang itu. Oleh yang demikian tanpa pembelajaran, pengajaran tidak akan dapat diwujudkan dan segala pengajaran haruslah tertumpu kepada kepada pembelajaran murid-murid.Terdapat banyak faktor yang telah dikenalpasti yang dapat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan efektif. Antara faktor-faktor utama ialah kesediaan belajar, pengamatan atau persepsi dan penanggapan. Oleh yang demikian, faktor-faktor tersebut dapat menentukan kejayaan atau kegagalan murid-murid dalam mengalami proses pembelajaran kerana proses pembelajaran adalah suatu proses yang sistematik dan tersusun.

Kesediaan Belajar

Menurut kamus Dewan, istilah ‘kesediaan’ bermaksud kesanggupan atau kerelaan manakala istilah ‘belajar’ bermaksud menuntut ilmu pengetahuan. Oleh itu, dapatlah ditakrifkan ‘kesediaan belajar’ sebagai keadaan status diri individu yang sudi menerima maklumat atau ilmu pengetahuan dari persekitaran dengan berfikiran terbuka. Kesediaan belajar merupakan faktor yang sangat penting untuk memastikan setiap isi kandungan pelajaran difahami oleh murid-murid. Menurut Bruner (1966), kesediaan belajar adalah merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada mana-mana peringkat perkembangan. Hal ini adalah kerana, kesediaan belajar dapat diwujudkan melalui perkembangan individu dari segi emosi, intelek, psikomotor dan kematangan murid. Contoh, kanak-kanak berfikir secara konkrit pada peringkat perkembangan mereka dan pemikiran konkrit ini digunakan sebagai persediaan untuk mempelajari cara pembelajaran abstrak. Oleh yang demikian, persediaan ini dapat membantu pelajar untuk memahami pelajaran yang baru berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.

Jenis-Jenis Kesediaan Belajar

Kesediaan pelajar ini merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang berbeza antara setiap murid. Kesediaan belajar dari aspek kognitif bermaksud kesediaan mental seseorang untuk memahami, memikir dan menaakul dalam keadaan pembelajaran yang baru. Kognitif adalah satu proses mental mengubah input sensori kepada bentuk yang lebih bermakna dengan merekod, menyimpan dan menggunakan semula maklumat yang sedia ada. Hal ini jelas kita lihat apabila seseorang individu menggunakan maklumat yang sedia ada dalam persekitarannya dan mengaplikasikan ingatannya dalam membuat keputusan. Contohnya, murid-murid sekolah rendah bersedia untuk belajar operasi konkrit apabila mereka masuk ke sekolah menengah dan bersedia untuk belajar operasi yang kompleks. Maksudnya, seseorang pelajar telah bersedia dari segi kognitifnya apabila pencapaian ilmiahnya setimpal dengan usaha dan latihan yang diperlukannya.

Kesediaan afektif pula adalah dari segi keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran. Hal ini dapat ditunjukkan melalui perlakuan iaitu sikap kesedaran, minat, prihatin dan bertanggungjawab murid tersebut dalam kesungguhannya melaksanakan aktiviti pembelajaran yang diberi oleh guru. Contohnya, Nazri meminati subjek Sains kerana menyukai aktiviti eksperimen. Oleh itu, melalui kesediaan afektif ini, murid-murid dapat meningkatkan pembelajaran, minat, dan juga persaingan yang sihat dalam kalangan mereka sekali gus dapat memotivasikan murid-murid dengan menganggap pembelajaran adalah suatu bidang yang menyeronokkan dan memberikan suatu kepuasan kepada diri mereka. Mengikut hukum Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan tindakan, maka tindakan itu dapat memberikan kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan jika dia terpaksa melakukannya maka pembelajaran yang terhasil menjadi tidak sempurna. Oleh yang demikian, kesediaan belajar merupakan persiapan-persiapan yang perlu ada sebelum individu itu bertindak iaitu belajar.

Kesediaan psikomotor pula ialah merangkumi penggunaan keperluan kemahiran dan penyelarasan tulang dan otot aktiviti fizikal. Kesediaan psikomotor pula bermaksud kesediaan seseorang yang mempunyai potensi dan bersedia untuk melakukan tindakan fizikal dalam suatu proses pembelajaran yang baru. Namun demikian, harus diambil kira bahawa kesediaan psikomotor ini adalah berbeza dalam kalangan murid-murid walaupun mempunyai umur yang sama. Hal ini adalah kerana, kesediaan psikomotor ini adalah berkait rapat dengan latihan yang memerlukan kemahiran yang betul dan latihan yang berterusan. Contoh, subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik dalam permainan alat muzik piano. Oleh yang demikian, murid-murid dapat memperbaiki psikomotor mereka dengan latihan yang berterusan sebagai persediaan psikomotor mereka.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar iaitu baka. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dari segi kebolehan, minat dan kawalan emosi. Contoh, jika ibu bapa seseorang anak itu pandai maka, anak-anaknya akan mengikut kebolehan yang dimiliki oleh kedua ibu bapanya. Disamping itu, faktor persekitaran, contohnya jika persekitaran murid itu terdiri dari masyarakat yang suka membaca, murid tersebut akan terikut-ikut untuk membaca buku. Kedua-dua faktor ini mempunyai kecenderungan dalam perkembangan murid dalam proses mempelajari sesuatu yang baru. Selanjutnya, kedua-dua faktor tersebut menentukan kematangan dan pengalaman murid-murid. Oleh yang demikian, kesediaan pelajar adalah hasil daripada sejauh mana matangnya seorang murid itu dan berapa berapa banyak pengalaman yang ada dapat membantunya bersedia dalam pengajaran dan pembelajarannya semasa di dalam bilik darjah.

Seterusnya, kematangan juga adalah merupakan salah satu faktor dalam kesediaan belajar dan ianya dibahagikan kepada tiga iaitu kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial dan kematangan emosi. Ketiga-tiga jenis kematangan ini sebenarnya memang sudah sedia ada dalam diri setiap murid.

Setiap manusia yang normal akan menjalani corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam lima peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Pada peringkat bayi, perkembangan fizikal adalah cepat dan ianya sama dengan peringkat remaja. Perubahan otot, ketinggian dan saiz murid akan menjalani perubahan untuk menunjukkan kematangan fizikal pelajar. Pada peringkat dewasa pula, kematangan begitu bermakna kerana seseorang itu boleh melakukan apa sahaja kebolehan dan kekuatan yang telah diperolehinya pada peringkat perkembangan yang lebih awal. Namun, apabila mencapai peringkat tua, kekuatan tenaga mula beransur-ansur hilang. Natijahnya, pada usia ini seseorang itu akan mudah cepat letih, kurang tenaga dan kesihatan akan sentiasa terganggu. Kematangan fizikal akan berakhir dengan sempurna apabila mencapai umur 18 tahun dan pada ketika dan selepas itu individu masih boleh tetap membesar dengan pertambahan berat badan. Hubungan antara kematangan fizikal dalam menentukan kesediaan belajar untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran adalah sangat penting bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran guru. Contohnya, murid tahun 1 tidak boleh memegang raket tenis dengan betul kerana otot-otot mereka belum berkembang dan tidak mampu memegang raket yang berat disebabkan belum mencapai kematangan fizikal lagi.

Kematangan intelek pula ialah perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur seseorang telah meningkat. Oleh itu, kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih abstrak boleh diterima kerana otak telah bersedia untuk menerimanya. Namun, guru harus mempertimbangkan tahap perkembangan intelek murid-murid adalah tidak sama dan guru perlu bijak menyediakan strategi pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran yang lebih sukar atau mengaturkan aktiviti-aktiviti pengayaan yang sukar kerana murid-murid bersedia menerima tahap pembelajaran yang lebih sukar. Contohnya, dalam subjek Matematik guru memberikan aktiviti pengayaan topik pecahan aras tinggi pada murid tahun 6A kerana otak mereka telah bersedia menjawab soalan yang sukar.

Kematangan emosi ialah darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat, keinginan dan kepuasan dan gangguan dalaman terhadap pelajaran. Sehubungan itu, sesuatu rangsangan yang selaras dengan minat dan keinginan dapat membangkitkan emosi positif yang mendorong seseorang murid itu belajar. Misalnya, murid-murid mendapat ransangan emosi ababila guru menggunakan kaedah nyanyian melodi ria dalam menghafal huruf ABC dalam kalangan murid prasekolah. Walaubagaimanapun, guru harus sedar kerana emosi setiap pelajar adalah berbeza dan guru perlu bijak merancang pembelajarannya selaras dengan kesediaan belajar dan keperluan murid-murid.

Kematangan sosial pula ialah kematangan murid-murid untuk berinteraksi antara satu sama lain dan guru memainkan peranan penting untuk memangkin mereka dalam pelajaran. Dalam sebuah bilik darjah sikap dan tingkahlaku murid-murid adalah berbeza kerana ada yang pendiam, periang, aktif, lemah, sederhana dan pandai. Oleh itu bagi menghasilkan kesediaan pembelajaran, guru haruslah memperkembangkan kematangan sosial murid-murid secara positif untuk menggalakkan pembelajaran harmoni. Umpamanya, melaksanakan dalam aktiviti berkumpulan dengan menggabungkan murid yang pendiam dengan murid yang riang dan murid yang lemah digabungkan dengan murid yang pandai. Oleh yang demikian, mereka dapat saling berinteraksi, membuat tugasan dan keputusan secara koperatif dan kolaboratif sekali gus dapat mewujudkan, membantu dan meningkatkan kesediaan belajar kerana wujudnya interaksi yang dapat mematangkan hubungan sosial mereka antara satu sama lain.

Selanjutnya, pengalaman sedia ada yang disusun rapi dapat membantu murid-murid untuk mempunyai kesediaan belajar yang teratur dalam mata pelajaran tertentu. Terdapat setengah ahli teori pembelajaran yang mengatakan bahawa sekiranya bahan pembelajaran disusun dengan sempurna mengikut kesusahan dan perkaitannya, maka semua kanak-kanak dapat mempelajari apa-apa jua idea tentang urutan pembelajaran dan prasyarat tertentu adalah berdasarkan andaian bahawa kemahiran yang asas diperlukan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang tinggi dan lebih kompleks. Contohnya, pelajar tingkatan tiga yang hendak memasuki kelas Sains mesti memenuhi prasyarat keputusan sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Sains dan Matematik. Jika tidak, mereka akan mengalami kesukaran meneruskan pembelajaran yang lebih kompleks kerana mempunyai asas yang sangat lemah.

Selain daripada itu, pengalaman kanak-kanak juga sangat bergantung kepada latar belakang keluarga, kebudayaaan masyarakat dan alam sekelilingnya. Mengikut kajian Rosen (1958), keluarga yang berasal daripada kelas menengah ialah keluarga yang banyak memberikan sumbangan dalm kesediaan belajar anak-anak mereka. Contohnya mereka telah diasuh, diajar dan diberi peneguhan supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Mengikut prinsip Pavlov kanak-kanak menjadikan peneguhan daripada ibu bapa seperti berbentuk ganjaran untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Peranan Guru  Dalam Mewujudkan Kesediaan Belajar

Guru memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid-murid. Terdapat beberapa inisiatif untuk membantu kesediaan belajar ialah guru haruslah kreatif mempelbagaikan kaedah pengajaran misalnya kerja secara berkumpulan, berpasangan dan individu supaya berlaku bimbingan rakan sebaya yang mana murid-murid yang kurang bersedia akan dibantu oleh murid yang bersedia. Selain itu guru haruslah mengggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kesediaan murid-murid untuk belajar menurut Reiser dan Gagne (1983) supaya ia merangsang minat murid-murid dalam mata pelajaran tertentu. Contohnya menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk audio dan visual interaktif. Disamping itu strategi pengajaran guru, contohnya penerangan, demonstrasi, sumbang saran dan sebagainya hendaklah bersesuaian dengan tahap kognitif, emosi dan fizikal murid-murid.

Selain itu, membuat pemeringkatan isi kandungan pelajaran. Mengikut pembelajaran Gagne, mesti ada pembelajaran prasyarat sebelum pembelajaran yang seterusnya. Justeru, pengajaran kemahiran asas adalah perlu disampaikan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang lebih tinggi dan lebih kompleks untuk menangani masalah kesediaan murid-murid yang pelbagai. Contohnya mengukuhkan asas murid-murid tahun satu dengan membaca, mengeja dan membunyikan perkataan sebelum diminta membuat ayat mudah.

Aktiviti pemulihan dan pengayaan juga adalah satu cara yang boleh dilakukan oleh guru. Contohnya, mengasingkan pelajar yang cerdik dan kurang cerdik untuk meningkatkan kesediaan belajar mereka. Murid yang cerdik diberi penekanan akademik yang lebih banyak supaya peluang mereka untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi banyak manakala murid yang kurang cerdik diberi galakan untuk melengkapkan sesuatu tugasan mengikut kesedian belajar dan kesediaan emosi mereka.

 

PENGAMATAN

Istilah ‘pengamatan’ menurut kamus Dewan ialah ‘penelitian’. Secara spesifiknya maksudnya adalah sama dengan persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, pandangan atau tanggapan. Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah ataupun kulit. Ransangan yang dikesan akan menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui sistem saraf. Kemudian, otak akan berusaha mentafsir maklumat yang diterima berdasarkan kepada pengalaman yang berkaitan, mengintrepretasi dan membentuk gambaran, bayangan, makna atau konsep rangsangan tersebut. Contoh, melalui deria mata, ransangan kilat dari awan tebal masuk ke mata seseorang dan membentuk imej di retina yang terletak di belakang otak dan impuls dihasilkan dan dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak kemudian mentafsir dan menterjemahkan maklumat yang diterima dan kemudian barulah konsep kilat dapat dibentuk. Maka, pengamatan dapat dirumuskan sebagai proses mental atau kognitif di mana otak menerima maklumat daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ deria dan membentuk konsep rangsangan tersebut.

Oleh yang demikian, ahli-ahli psikologi kognitif iaitu Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Pengamatan adalah kompenen yang sangat penting dalam proses pembinaan pengetahuan baru dalam struktur kognitif seseorang. Menurut teori Gestalt, manusia mengamati dengan menerima maklumat melalui deria dan kemudian menyusun semula maklumat tersebut dalam ingatannya mengikut kefahaman mereka sendiri. Contoh, murid diminta oleh guru untuk mengamati objek panjang, licin dan bergerak. Sifat-sifat tersebut diamati melalui deria mata dan dipadankan dengan sifat tersebut iaitu ular.

Oleh yang demikian, walaupun setiap individu mempunyai organ deria yang sama, penerimaan rangsangan mungkin berbeza justeru pengamatan juga turut akan berbeza. Jika seseorang itu kurang sihat maka pengamatannnya akan turut terjejas. Menurut Krech (2002) pengamatan merupakan proses memberikan erti terhadap lingkungan persekitaran individu.

Faktor-Faktor Pengamatan

Terdapat beberapa faktor-faktor pengamatan iaitu peranan guru untuk memastikan murid-murid terlibat dengan sepenuhnya dan mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini boleh dilakukan dengan menggunakan strategi-strategi dan pendekatan yang berbeza seperti kuiz, perbincangan, inkuiri penemuan, eksperimen dan banyak lagi yang menumpukan kepada pengamatan supaya mereka dapat meningkatkan kefahaman murid-murid dalam pelajaran.

Selain itu, kebolehan pengamatan juga adalah bergantung kepada minat, kebolehan kognitif dan pengalaman murid-murid itu sendiri ke atas sesuatu objek atau subjek. Contohnya, pengamatan seorang murid apabila melihat gambar seorang budak perempuan dengan lelaki tua dan beruban. Murid itu mengamati dan mentafsirkan bahawa lelaki tua dan beruban itu merupakan datuk kepada budak perempuan itu. Oleh yang demikian, pengamatan dan pentafsiran itu adalah dipengaruhi oleh pengalaman yang lampau.

Selain itu, keadaan sasaran pada objek yang diamati yang contohnya pergerakan, bunyi, saiz, latar belakang dan kedekatan atau kejauhan objek tersebut akan menentukan ketepatan mengamati seseorang murid.

Contohnya, hubungan latar hadapan dengan hubungan latar belakang yang wujud secara bersama di dalam sebuah gambar ataru carta juga akan mempengaruhi pengamatan murid-murid. Hal ini kerana, perhubungan latar belakang dan hadapan adalah asas kepada semua bentuk persepsi. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan-perbezaan dalam hubungan latar hadapan dengan hubungan latar belakang ialah pula adalah disebabkan oleh warna, saiz dan kekuatan sesuatu rangsangan.

Susunan objek dan benda-benda maujud dalam persekitaran mereka juga akan mempengaruhi pengamatan murid-murid. Contohnya pengamatan murid-murid terhadap gambarajah, tulisan atau lukisan.
3.2 Kepentingan Pengamatan dalam Pembelajaran
1. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasikan pengalaman.
2. Pengamatan merupakan satu proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisis bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan.
3. Kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan dalam konsep nombor agar dapat memastikan nombor tersebut betul
4. Kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.
5. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
6. Ruth Strang – “ Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- kanak.
7. Janet W. Learner (1971) – Children With Learning Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

PENANGGAPAN

Istilah ‘penanggapan’ dalam kamus dewan bermaksud ‘pencerapan’. Ianya didefinisikan sebagai tanggapan mental sesuatu objek, konsep atau ciri-ciri melalui deria, kesedaran dan kefahaman. Mengikut Solso (2001), konsep merupakan bayangan mental, idea dan proses, manakala pembentukan konsep pula adalah terhasil daripada ketajaman fikiran individu dalam mengklasifikasikan objek-objek atau idea-idea. Dalam proses pembelajaran pembentukan konsep atau penanggapan adalah sangat penting. Ianya memudahkan konsep itu diingat dengan mudah, menganalisis, menghubung dengan situasi yang lain dan mengumpulkan maklumat yang berguna dan dapat menyelesaikan masalah untuk tujuan tertentu. Mengikut Bruner (1967), konsep adalah kategori-kategori mental yang membantu dalam proses mengklasifikasikan objek, peristiwa atau idea-idea berasaskan ciri-ciri khasnya. Ianya melibatkan murid-murid membanding beza dan mengkategorikan ciri-ciri untuk sesuatu konsep. Contohnya, murid dapat mengklasifikasikan sifat-sifat khusus haiwan bertulang belakang dan yang tidak bertulang belakang.

Faktor-Faktor Penanggapan

Terdapat beberapa faktor yang membentuk penanggapan iaitu pengalaman akan membantu seseorang murid itu membentuk konsep. Satu rangsangan atau pengalaman yang dialami akan dikodkan dengan lebih mudah. Umpamanya, seorang anak nelayan dapan mengkategorikan ciri-ciri ikan tempatan dengan mudah.

Selain itu, melalui imaginasi yang merupakan kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu walaupun objek yang tidak berada di depan mata namun oleh kerana daya imaginasi yang tinggi akan memudahkan seseorang murid dapat memahami dan mentafsirkan konsep yang abstrak. Contohnya, murid menonton dokumentari kemajuan yang dicapai oleh manusia abad ke-20, mereka dapat membayangkan kemajuan yang bakal dicapai oleh manusia pada abad ke-21.

Disamping itu, penguasaan bahasa juga adalah sangat penting kerana dalam pembentukan konsep perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat, penggunaan ayat dan struktur ayat yang baik sahaja yang dapat menggambarkan sesuatu konsep dengan tepat. Mengikut Teori Pelbagai Kecerdasan, Gardener (1983) berpendapat bahawa orang yang mempunyai kecerdasan ini menggunakan bahasa secara berkesan sama ada lisan ataupun tulisan dalam mentafsirkan konsep. Kemudian, konsep itu haruslah disertai dengan kejelasan fakta yang sahih supaya pengajaran dan pembelajaran seorang guru itu berkesan contohnya bunga mempunyai warna yang pelbagai dan tangkai yang terletak dihujungnya. Kemudian, disertai dengan contoh-contoh yang mudah supaya murid dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru.

Selain itu kecerdasan mental menurut Piaget (1950) yang merujuk kepada mental untuk mengubah persekitarannya supaya memenuhi kehendaknya. Ia melibatkan pemikiran yang peringkat tinggi seperti menganalisis, mensintesis pengalaman baru dan lama, membuat penilaian dan sebagainya. Oleh itu, kecerdasan murid-murid memudahkan penanggapan sesuatu konsep contohnya, murid tahun 1 menganalisis perbezaan bentuk yang terdapat antara burung dan ayam.

Oleh yang demikian, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengamatan dan penanggapan merupakan dua perkara yang mempunyai hubung kait yang dapat meningkatkan tahap kognitif murid-murid. Tanpa kedua-dua perkara tersebut, murid begitu sukar untuk memahami konsep dan isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Cara-cara Meningkatkan Pengamatan dan Penagggapan

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan pengamatan dan penanggapan iaitu guru haruslah memulakan pengajaran yang konkrit kepada abstrak iaitu dalam erti kata lain yang mudah kepada susah supaya murid dapat menerima pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Contohnya, murid tahun 1 diminta oleh guru dalam akitiviti pelajaran untuk melihat objek air dan guru meminta mereka untuk menyenaraikan kegunaan air dalam kehidupan seharian.

Selain itu, menerangkan suatu konsep dengan jelas dan tidak mengelirukan murid-murid. Sebagaimana yang diketahui konsep besar tidak sama nilai yang sebenarnya. Contoh, duit syiling lima puluh sen lebih besar dan berat daripada duit kertas satu ringgit namun wang kertas satu ringgit itu lebih bernilai daripada wang syiling tersebut. Oleh yang demikian, konsep ini perlu diperjelaskan kepada kanak-kanak yang berusia 4 tahun.

Selanjutnya, guru perlu menerangkan sesuatu maklumat dengan betul. Demikian juga maklumat yang diterima atau yang dikemukakan oleh pelajar. Maklumat tersebut perlu ditapis dan dianalisis terlebih dahulu agar ia tidak menjadi kenyataan yang kabur dan hasil pengajaran dan pembelajaran oleh murid adalah tidak terpesong daripada kebenarannya. Contohnya, guru menjelaskan haiwan amfibia mempunyai kulit yang lembab seperti katak.

Selain itu, guru perlu menjelaskan sesuatu perkataan dengan tepat. Contohnya dalam bahasa melayu terdapat beberapa perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi berbeza bunyi dan maksudnya. Contohnya perkataan ‘rendang’ iaitu sejenis makanan dan perkataan ‘rendang’ menunjukkan sifat pokok. Hal ini penting supaya murid mengetahui istilah yang sama namun mempunyai maksud dan bunyi yang berbeza.

Peranan ibu bapa dan guru seboleh-bolehnya mempelbagaikan kaedah mengajar, mendidik dan membimbing anak-anak supaya mereka dapat memahami sesuatu tajuk yang dipelajari dengan mudah. Contohnya, dalam subjek Matematik, terdapat pelbagai cara atau langkah untuk mendapatkan jawapan yang sama dan betul bergantung kepada tahap kebolehan kognitif mereka.

Rumusan

Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid-murid iaitu kesediaan belajar, pengamatan dan penanggapan haruslah diambilkira   oleh guru sebelum memperkenalkan topik pembelajaran yang baru. Setiap murid mempunyai latar belakang kesediaan pembelajaran, pengamatan dan penanggapan yang berlainan dan membawa pengalaman dan tahap kematangan yang unik ke dalam bilik darjah. Sekiranya apa yang diajar oleh guru tidak serasi dengan tahap kematangan dan pengalaman serta kesediaan murid-murid, proses pembelajaran akan terjejas dan terbantut.

Walaupun terdapat perbezaan antara pengamatan dan penanggapan namun ianya mempunyai hubungan dalam membentuk pemahaman kognitif dalam diri murid-murid. Hal ini kerana, proses penanggapan berlaku apabila berlakunya proses pengamatan untuk mendapat maklumat dan makna. Kemudian minda akan membentuk penanggapan konsep hasil daripada pengamatan yang merujuk kepada skema atau struktur kognitif yang sedia ada di dalam otak.

Oleh itu, peranan guru adalah sangat penting untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, pengamatan dan penanggapan murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat membina keyakinan murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

 

 

 

 

Ingatan dan Lupaan

Proses pembelajaran (Ingatan dan lupaan)

Ingatan

Ingatan dalam penjelasan psikologi

  1. Ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpankannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya apabila diperlukan. Contohnya, menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya.
  2. Menurut Fein (1978), beliau mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya.
  3. Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa hadapan.

Proses Ingatan (Teori Gagne)

  1. Menurut Teori Gagne, ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.
  2. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek, kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan seterusnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
  3. Di dalam stor ingatan jangka pendek, maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna dalam rangka yang lebih mudah diingati, iaitu dalam bentuk gambar mental atau simbol bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima.
  4. Maklumat yang dikodkan akan disimpan dalam masa 15-30 saat sahaja dan kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit atau selama-lamanya.
  5. Menurut Gagne, maklumat- maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.

3 Komponen Ingatan (Atkinson dan Shiffrin)

Atkinson dan Shiffrin (1971) mengklasifikasikan ingatan kepada tiga komponen utama, iaitu stor ingatan sensori, ingatan jangka pendek, dan ingatan jangka panjang. Mengikut mereka, ingatan sensori boleh menerima kuantiti maklumat yang banyak, tetapi hanya dapat disimpan dalam masa yang singkat. Sebahagian kecil maklumat yang diamati akan disalurkan kepada ingatan jangka pendek, yang dapat menyimpan maklumat secara automatik tanpa latihan mengingat dalam tempoh 20-30 saat sahaja. Untuk menyimpan maklumat ini, ingatan jangka pendek hendaklah dilatih berulang-ulang untuk mengingat, enkod dan memindahkannya kepada ingatan jangka panjang, yang mana dapat disimpan dalam tempoh yang lebih lama, kadang-kadang beberapa tahun atau sepanjang hayatnya bergantung kepada jenis atau nilai maklumat terhadap individu berkenaan.

  1. Ingatan sensori juga dikenali sebagai ingatan deria kerana ia berfungsi sebagai rakaman deria. Masa proses ingatan sensori ini adalah sangat singkat, biasanya berlaku beberapa saat sahaja. Ini adalah kerana ransangan yang diterima sampai ke bahagian organ deria tidak akan kekal lama, tetapi dihantar terus ke stor ingatan jangka pendek dengan serta merta. Sekiranya maklumat yang diterima dianggap kurang penting, contohnya benda-benda yang dilihat sepintas sahaja semasa dalam perjalanan, rakaman derianya bersama dengan ingatan jangka pendek akan hilang imejnya, dalam masa beberapa saat sebagai lupaan.
  2. Ingatan jangka pendek berfungsi menerima maklumat dari ingatan sensori untuk diproses untuk sementara waktu sahaja, iaitu dalam 15-30 saat sahaja. Ia menggunakan tempoh yang singkat ini untuk memerhati maklumat yang berguna, mengekodkannya dalam satu sistem yang mudah diingat, kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang. Maklumat yang tidak diberi perhatian, biasanya dianggap kurang penting ataupun kurang berguna akan lenyap dalam proses lupaan. Contohnya, dalam segala aktiviti penyampaian isi pelajaran guru yang diterima oleh ingatan sensori pelajar, bukan semuanya akan diberi perhatian dalam ingatan jangka pendek, dan maklumat ini tidak akan diproses tetapi lenyap dalam proses lupaan. Kadangkala, maklumat tidak belum sempat dihantar ke ingatan jangka panajng, tetapi dipanggil semula dengan serta-merta, misalnya menjawab soalan guru sebaik sahaja selepas pengajarannya.
  3. Ingatan jangka panjang berfungsi menerima dan proses maklumat yang telah diekodkan secara kasar dari ingatan jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama, mungkin di antara beberapa minit hingga bertahun-tahun. Maka maklumat yang diterima akan diproses semula dan dipindahkan kepada satu sistem yang lebih mudah, lebih sistematik dan lebih sempurna, seperti dalam sistem fail yang dibahagikan mengikut jenis dan kategori supaya mudah disimpan dan mudah dikeluarkan.

4 jenis ingatan jangka panjang

Terdapat empat jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan sematik, ingatan episodik, ingatan prosedural dan ingatan perdana.

  1. Ingatan sematik ialah ingatan di mana maklumat berbentuk fakta yang dikuasai sepanjang hayat daripada interaksi manusia dengan persekitarannya. Ia merangkumi segala fakta dan pengalaman yang dialami oleh seseorang. Sebagai contoh, maklumat yang berkaitan dengan persekolahan, pekerjaan, pembacaan, penontonan filem dan dari pengalaman-pengalaman lain.
  2. Ingatan episodik di mana ia merujuk kepada semua maklumat yang telah diperolehi daripada pengalaman lampau seperti tarikh, tempat, tahun yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa khas, sama ada yang manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan oleh seseorang individu. Contohnya, penglibatan seseorang dalam kemalangan, hari jadi ke-21, hari konvokesyen seseorang dan sebagainya.
  3. Ingatan prosedural. Ia melibatkan langkah-langkah dan prosedur-prosedur amalan seharian. Sebagai contoh, ia melibatkan langkah-langkah yang terlibat dalam membuat kuih, memandu kereta ke tempat kerja, mandi dan lain-lain. Ingatan ini boleh mengalami proses lupaan kalau ia tidak digunakan secara kerap.
  4. Ingatan perdana di mana ia melibatkan segala maklumat amalan seharian yang sudah menjadi sebati dan automatik untuk seseorang. Beberapa contoh ingatan perdana ialah nombor rumah, nombor telefon polis atau ambulan, nama ahli keluarga, nombor kad pengenalan dan kad ATM dan sebagainya. Satu masalah dalam proses ingatan ialah kegagalan dalam proses endkoding akan menghalang maklumat ini daripada memasuki ingatan jangka panjang. Kadang-kadang, maklumat dalam peringkat ini dilupai bila ia tidak sampai ke ingatan jangka panjang.

Faktor-faktor mempengaruhi ingatan

Faktor bahan pembelajaran. Kategori ini merangkumi empat aspek, iaitu panjang bahan, kesukaran bahan, kedudukan bahan dan bahan bermakna.

  1. Panjang bahan pembelajaran di mana menurut kajian H.Ebbinghaus, beliau mendapati pembelajaran suku kata yang tidak bermakna dan tidak melebihi 7 bilangannya, biasanya boleh mengingatnya selepas membaca sekali. Sekiranya ditambah sehingga 12 suku kata, maka diperlukan membaca 17 kali sebelum boleh mengingatnya, dan jika ditambah 16 suku kata lagi, ia memerlukan membacanya sebanyak 30 kali baru boleh mengingatnya.
  2. Faktor kesukaran bahan pembelajaran, menurut Kruegar (1946), dalam kajiannya, mendapati bahan pembelajaran yang terlalu mudah, kemajuan dalam peringkat awal bergerak dengan sangat cepat, tetapi cepat berundur dalam masa yang singkat. Ini adalah kerana bahan pembelajaran yang kurang mencabar, minat pembelajaran tidak dapat ditimbulkan, oleh itu ingatannya tidak akan kekal lama. Bagi bahan pembelajaran yang terlalu sukar, tidak ada kemajuan langsung kerana kekurangan keupayaan untuk mempelajarinya. Bagi bahan pembelajaran yang mempunyai kesukaran yang berpatutan, ianya kesukarannya boleh diatasi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kemajuannya boleh dikekalkan secara terus-menerus.
  3. Kedudukan bahan pembelajaran menurut Kingsley (1957), dalam kajian ingatan terhadap set-set suku kata dan perkataan tunggal yang disenaraikan mengikut susunan secara tertib, mendapati suku kata dan perkataan yang terletak di tempat awal dan tempat akhir adalah lebih mudah diingat daripada yang terletak di tempat pertengahan, khasnya bagi ingatan set suku kata yang tidak bermakna. Terdapat banyak contoh harian yang kita boleh huraikan fenomena ini. Contohnya, kita lebih mudah mengingati peristiwa yang berlaku dalam hari persekolahan pertama dan terakhir daripada peristiwa-peristiwa di antara mereka. Begitu juga, kita lebih mudah mengingat peristiwa yang berlaku dalam hari Tahun Baru dan hari akhir tahun daripada peristiwa-peristiwa berlaku di antara perayaan-perayaan yang lain sepanjang tahun.
  4. Bahan pembelajaran yang bermakna. Menurut kajian Kingsley menunjukkan pembelajaran perkataan-perkataan yang bermakna adalah lebih mudah daripada set suku kata yang tidak bermakna. Dengan perkataan lain, pembelajaran bahan yang bermakna adalah lebih mudah diingati daripada pembelajaran bahan yang tidak bermakna.

Manakala kategori yang kedua ialah kaedah pembelajaran. Ia merupakan cara pembelajaran yang digunakan semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan. Cara pembelajaran ini merangkumi dua aspek utama iaitu

  1. Masa belajar secara bahagian adalah lebih berkesan daripada masa belajar secara sekali gus. Di dalam kajian Done dan Hilgard (1937), calon ujian dibahagikan kepada empat kumpulan seperti berikut; kumpulan A belajar satu minit, rehat satu minit; kumpulan B belajar dua minit, rehat tiga minit; kumpulan C belajar satu minit, rehat sebelas minit dan kumpulan D belajar tiga minit, rehat satu minit. Hasil kajian menunjukkan cara pembelajaran kumpulan C adalah terbaik, diikuti dengan kumpulan B, kumpulan A dan akhir sekali kumpulan D. Ini bermakna cara pembelajaran secara bahagian diikuti dengan masa rehat yang cukup adalah lebih mudah diingat kembali daripada cara pembelajaran yang menggunakan masa lebih daripada masa rehat.
  2. Pembelajaran berlebihan (over-learning) pula merupakan faktor yang penting untuk pembelajaran yang berkesan. Di dalam tempoh latihan, sekiranya telah berjaya menguasai semua langkah pembelajaran, bolehlah dikatakan telah mencapai seratus peratus pembelajarannya. Contohnya, menghafaz sebuah puisi yang lengkap memerlukan lima kali membacanya, barulah disebut sebagai pencapaian seratus peratus pembelajaran. Sungguhpun telah berjaya mencapai seratus peratus pembelajaran, pembelajaran setakat ini adalah amat mudah dilupai. Justeru itu, untuk mengekalkan ingatan, selepas mencapai seratus peratus pembelajaran, perlu membacanya beberapa kali.

Kategori yang ketiga ialah faktor peribadi. Antara faktor peribadi seperti umur, jantina, kebolehan, motif, emosi, kesihatan, personaliti dan sebagainya, juga mempengaruhi ingatan selepas pembelajaran.

  1. Pertama, faktor umur iaitu ramai orang percaya bahawa peringkat pembelajaran yang terkuat ialah pada waktu kanak-kanak, khasnya kanak- berumur 8-9 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian telah menunjukkan peringkat pembelajaran yang terkuat sebenarnya ialah di antara umur 8-20 tahun. Di dalam kajian Thorndike (1928), calon-calon ujian dari umur 8 hingga 70 tahun adalah dipilih untuk mengkaji pembelajaran bahasa esperanto, iaitu satu bahasa internasional yang dicipta oleh Dr. Zamenlof pada tahun 1887. Hasil kajian beliau menunjukkan kemajuan terbaik ialah peringkat umur 8-20 tahun. Selepas 20 tahun, kemajuannya dilambatkan dan mencapai puncaknya dalam umur 25 tahun. Selepas umur 35 tahun, kebolehan belajar mula menurun, dan apabila sampai umur 42 tahun, ia telah diturun sebanyak 22 peratus daripada peringkat kemuncaknya.
  2. Kedua, faktor jantina iaitu kebolehan pembelajaran dan daya ingatan di antara lelaki dan perempuan tidak banyak perbezaan. Keupayaan kemahiran teknik, seperti bermain alat muzik, menjahit, menulis, melukis dan sebagainya, di antara lelaki dan perempuan adalah hampir sama. Di dalam pembelajaran bahasa, kebolehan perempuan dan lelaki tidak banyak bezanya.
  3. Ketiga, perkaitan motivasi dengan pembelajaran iaitu ramai ahli psikologi percaya motivasi berkait rapat dengan pembelajaran. Di dalam sekolah, ganjaran lebih diutamakan sebagai motivasi untuk mendorong pembelajaran, kerana banyak kajian telah membuktikan pemberian ganjaran adalah lebih berkesan daripada mengenakan hukuman. Ini adalah kerana ganjaran menggalakkan tingkah laku yang diingini diteraskan, manakala hukuman menghalang tingkah laku yang diingini diteruskan, manakala hukuman menghalang tingkah laku diteruskan, malah ia tidak pula menunjukkan atau membawa tingkah laku ke arah yang positif. Oleh itu, kesan motivasi ganjaran merupakan positif, sedangkan kesan motivasi hukuman adalah negatif. Terdapat sesetengah aktiviti pembelajaran yang sama perkaitannya dengan motivasi adalah diwujudkan secara semulajadi dan tanpa memerlukan sebarang ganjaran. Contohnya, kanak-kanak yang melibatkan diri dalam permainan bola atau alat muzik, tidak perlu menggunakan ganjaran atau hukuman untuk mengawal mereka. Ini adalah kerana mereka mendapat kepuasan daripada aktiviti tersebut. Secara ringkasnya, sekiranya pelajar sendiri melibatkan diri dalam situasi pembelajaran, dan daripada aktiviti pembelajaran memperoleh kejayaan atau pencapaian yang memuaskan, maka motivasi untuk pembelajaran akan berlaku dan dikekalkan dalam ingatan.
  4. Keempat, emosi di mana ia merupakan perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis utama iaitu seronok (gembira) atau kurang seronok (sedih), dan cemas (risau) atau tenang. Kebiasaannya manusia lebih boleh ingat peristiwa atau pengalaman yang seronok dan mempunyai kecenderungan agar sengaja melupai peristiwa atau pengalaman yang sedih atau kurang seronok.

Lupaan

Lupaan dalam Penjelasan Psikologi

Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala maklumat yang telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan. Menurut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.

7 Jenis Lupaan

  1. Lupaan keusangan. Pertama, lupaan keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang dilupai akibat jarang digunakan. Ini bermaksud kod-kod maklumat yang disimpan tidak aktif dan tidak dipanggil semula.
  2. Lupaan kegagalan di mana individu-individu gagal untuk memanggil semula maklumat yang spesifik. Setiap kali manusia mempelajari maklumat baru, otak akan mewujudkan satu tanda halus ingatan untuk maklumat tersebut. Jika maklumat ini tidak dilatih dan dipanggil balik, ia akan lama kelamaan hilang begitu sahaja.
  3. Lupaan penggantian di mana ia berlaku apabila maklumat baru menggantikan segala ingatan yang lama. Sebagai contoh, pembelajaran rumus matematik yang dapat dikira secara pendek akan menggantikan pembelajaran rumus matematik sama yang lebih panjang dan yang mengelirukan.
  4. Lupaan gangguan. Lupaan gangguan ialah lupaan yang berlaku akibat gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru atau pembelajaran lama. 2 jenis lupaan gangguan iaitu gangguan retroaktif dan proaktif. Gangguan retroaktif adalah gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama. Justeru itu maklumat pembelajaran lama dilupakan. Ia berlaku apabila bahan pembelajaran yang lama tidak difahami dengan baik atau belum mencapai tahap pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, pembelajaran yang baru akan mengganggu pembelajaran yang lama. Gangguan proaktif pula ialah pembelajaran lama yang kekal dan mantap dalam fikiran mengganggu pembelajaran baru. Ini bermakna seseorang itu mungkin enggan untuk menerima pembelajaran baru.
  5. Lupaan desakan, di mana ia berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau sesuatu peristiwa yang menyakitkan. Oleh itu, individu akan sengaja menolaknya ke otak sebagai mekanisme helah bela diri.
  6. Lupaan kebimbangan dan ketakutan. Lupaan ini berlaku dalam keadaan yang tertekan seperti individu yang bimbang atau semasa murid-murid berada di dalam dewan peperiksaan. Lupaan ini berlaku apabila murid-murid tidak dapat mengingati nota-nota penting dan proses ini dikenali sebagai “mental block”.
  7. Lupakan ledakan maklumat. Maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari dan yang tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga boleh menyebabkan proses lupaan. Fikiran murid-murid buntu dan menyebabkan mereka panik dan melupai fakta-fakta yang penting.
  8. Kegagalan untuk menyimpan. Maklumat penting dilupakan apabila tidak sampai ke dalam ingatan jangka panjang. Kegagalan dalam proses enkoding menghalang maklumat daripada memasuki ingatan jangka panjang.

Faktor yang Menyebabkan Lupaan

  1. Faktor minat di mana, kebanyakan perkara yang tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yang telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah.
  2. Perasaan takut dan bimbang. Pelajar yang berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru. Guru yang garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar untuk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.
  3. Peredaran masa. Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yang dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yang lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan. Faktor keempat, keusangan di mana persekitaran yang berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yang berkaitan dengan dirinya. Maklumat lama yang disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yang baru. Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat. Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi.
  4. Pengalaman yang pahit. Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi. Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya.
  5. Masa yang tidak cukup untuk mengingat. Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta.
  6. Aras keyakinan. Aras keyakinan yang tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yang rendah memudahkan proses lupaan. Contohnya, guru yang berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
  7. Kekurangan kejelasan kepada ingatan. Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah. Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Oleh itu, konsep-konsep yang diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kelicinan kepada ingatan. Faktor kesembilan, gangguan proaktif dan gangguan retroaktif. Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru. Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru.
  8. Banyak maklumat yang perlu diingati. Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu diingati. Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta atau isi pembelajaran yang perlu diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan.

Cara untuk Mengelakkan Lupaan

  1. Guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan dengan kehidupan murid-murid.
  2. Guru meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara iaiti daripada senag kepada susah, maujud kepada abstrak, dekat kepada jauh dan kecil kepada besar.
  3. Memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua hala, pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran menarik dan berkesan.
  4. Menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik, kimia dan fizik di sebelah pagi, manakala subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.
  5. Menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang.
  6. Guru membimbing pelajar bagaimana cara belajar dengan betul atau Kemahiran Meta-kognitif iaitu dengan teknik membuat rumusan atau ringkasan nota, teknik pengurusan masa, membuat peta minda atau peta kosep dan sebagainya.
  7. Guru perlu menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan mengajar satu sesi pengajaran dengan maklumat atau isi pelajaran yang terlalu padat.
  8. Guru haruslah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna. Di mana guru menekankan kepada isi-isi pengajaran yang sangat penting.
  9. Guru menggunakan bahan bantu mengajar secara visual. Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan pengajaran visual.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ciri-Ciri Pedagogi Masa Kini

Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru masa kini? Kebanyakan guru yang ditemui menyatakan bahawa ada cabaran yang datang daripada murid-murid dan bidang tugas guru  dalam kerjaya pendidikan di sekolah. Masih ada  murid-murid yang tidak menguasai 3M (membaca, menulis, dan mengira0, murid melanggar disiplin sekolah, benci sekolah dan benci pengetua dan peraturan sekolah.Murid tidak minat belajar dan tidak mahu berusaha untuk belajar, kurang jati diri, dan kurang keyakinan diri, murid lemah dan bersikap negatif kepada tugasan belajar.KPM  menyedari masalah ini dan masih berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh hal yang demikian, transformasi pedagogimasa kini perlu dilakukan dalam menjurus kepada mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan meningkatkan keberhasilan melahirkan murid yang cemerlang secara holistik.

Objektif pendidikan abad ke-21 adalah untuk:

  1. Memberikan kesedaran kepada guru tentang kepentingan mindset yang positif.
  2. Menggalakkan perkembangan yang menyeluruh dalam diri individu dengan menyimbangkan aktiviti yang serasi dengan minda.
  3. Meningkatkan kreativiti guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran.
  4. Membolehkan guru mengaplikasikan idea pedagogi pengajaran  dan pembelajaran secara kreatif.Merangka pelan tindakan bagi menerapkan idea pedagogi pengajaran dan pembelajaran secara kreatif.

Transformasi dalam penyampaian pendidikan abad ini menuntut pengurusan sekolah dan guru-guru melakukan perubahan dalam empat bidang iaitu:

  1. Persiapan kepimpinan
  2. Persiapan guru
  3. Persekitaran sekolah
  4. Persekitaran bilik darjah

Setiap guru digesa untuk menguasai kemahirn pedagogi yang merangkumpi kemahiran pembelajaran dan inovasi (learning and innovation skills ) , kemahiran maklumat, media, dan teknologi  (information, media dan technology skills) , dan kemahiran hidup dan kerjaya (life and career skills). Persediaan untuk mengubah landskap pendidikan ke arah mengutamakan penghasilan  atau Outcome Based Education (OBE). Elemen tambahan yang perlu dikuasai oleg guru seperti berikut:

  • Kreativiti dan ionovasi
  • Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
  • Komunikasi dan kolaborasi
  • Literasi maklumat
  • Literasi media
  • Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
  • Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri
  • Berinisiatif  dan mempunyai haluan
  • Kemahiran sosial  dan antara budaya
  • Produktiviti dan akauntabiliti
  • Kepimpinan dan tanggungjawab

Kemahiran guru yang disenaraikan di atas boleh dikuasai dengan mudah jika guru-guru memiliki ciri-ciri yang memenuhi  Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ciri-ciri abad ini adalah seperti berikut:

  • Menguasai subjek (kandungan kurikumum)
  • Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)
  • Memahami perkembangan murid-muriddan menyayangi mereka
  • Memahami psikologi pembelajaran
  • Menerapkan elemen seni dalam pendidikan
  • Memiliki kemahiran kaunseling
  • Menggunakan teknologi terkini

Dengan menguasai teknologi terkini, guru lebih perihatinm kepada tugasdan keperluan murid sehingga dapat merancang dan melaksanakan pengajaran yang efektif dan berkesan.Menyediakan murid yang mampu menghadapi cabaran masa depan negara melalui pendidikan adalah menekankaninovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid dilibatkan secara maksimum dengan aktiviti disokong dengan teknologi serta melalui penilaian yang mengukur kemahiran berfikir aras tinggi. Pengalaman murid ini perlu untuk membekalkan sumber manusia yang berkualiti tinggi  agar dapat menjayakan k-ekonomi dalam persaingan pasaran global. Ciri-ciri murid masa kini merangkumi:

  • Berupaya membuat hubungkait
  • Yakin berkomunikasi
  • Dahagakan ilmu
  • Menjana idea
  • Bijak menyoal
  • mengambil risiko
  • Ingin tahu
  • Fleksibel
  • Tidak putus asa
  • Berfikiaran kritis
  • Berani mencuba
  • Membuat inisiatif
  • Membuat perubahan
  • Berkeperibadian tinggi
  • Mendengar dan membuat fefeleksi
  • Mampu berfikir sendiri
  • Mampu bekerja dengan orang lain
  • Berintegriti
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama

Kesumpulan yang boleh dibuat adalah pedagogi masa kini diibaratkan mahaguru yang melatih para doktor dan jurutera dengan menekankan 90 % kepada penguasaan ilmu yang mendalam dan menguasai kemahiran bidangnya.  Para guru mesti mempunyai persenoliti dan kualiti yang terbilang, berakauntabiliti kepada negara, dan mahir memindahkan pengalaman klinikal untuk membina sikap serta kepercayaan  yang betul kepada generasi  yang akan datang.

1. Komunikasi dan Kolaborasi

Komunikasi ialah perhubungan. Kolaborasi bermaksud bekerja bersama-sama. Komunikasi yang baik membolehkan jalinan kerjasama untuk menjayakan sesuatu projek atau tugasan bagi mencapai matlamat yang sama. Tujuan berkomunikasi adalah untuk menyampaikan berita, mesej dan maklumat kepada pendengar. Dalam konteks pendidikan, komunikasi diertikan sebagai satu proses penyampaian dan pertukaran maklumat antara individu kepada individu yang lain secara lisan atau bertulis atau bahasa badan. Komunikasi dalan P&P boleh berlaku secara bersemuka atau atas talian dengan menggunakan pelbagai media termasuk media digital yang membolehkan semua ahli berhubung tanpa had, masa dan lokasi. Kemahiran berkomunikasi melibatkan kemahiran  pengucapan lisan, bertulis, dan mendengar serta menaakul.

Ciri-ciri komunikasi yang baik adalah menyampai dan menerima maklumat dengan jelas, padat, dan berfokus dan dapat menyesuaikan serta menyampaikan mesej kepada individu lain dengan sopan, mesra, dan hormat. Komunikasi yang berkesan dapat diukur apabila mesej yang disampaikan dapat difahami dengan mudah, tepat, dan jelas oleh penerima. Keupayaan guru yang dapat berkomunikasi dengan baik membantu mereka menyesuaikan diri dengan pelbagai pihak seperti pihak pengurusan atasan, rakan sejawat, murid, ibu bapa dan orang awam.Hal ini demikian kerana komunikasi memainkan peranan yang penting uintuk mengeratkan hubungan dengan pelanggan atau sasaran pendengar dan hal ini memberi impak yang positif.

Ciri-ciri pedagogi masa kini:

  • Kemahiran komunikasi dalam Bahasa Melayu dan Baha Inggeris dan lain-lain bahasa.
  • Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas.
  • Kebolehan membuat pembentangan secara lancar, yakin dan sesuai dengan tahap pendengar.
  • Kebolehan berunding untuk mencapai persetujuan.
  • Kebolehan berkomunikasi dengan peserta  yang berlainan budaya.
  • Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi individu lain.
  • Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

 

2. Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi bermaksud kebolehan membaca, menulis serta menggunakan TMK sebagai media untuk berinteraksi. Murid masa kini berada gelombang teknologi maklumat yang hebat, maka setiaop murid perlu celik komputer dan pelbagai media.komukikasi yang lain. Hal demikian kerana teknologi media maklumat telah menjadi alat standard dalam dunia pendidikan. Memandangkan aplikasi TMK terbukti berupaya meningkatklan mutu pembelajaran, maka kemahiran penggunaan TMK perlu dipindahkan kepada murid secara bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan dengan menggunakan TMK jika teknologi ini digunakan dengan berfaedah kerana jutaan ilmu dihimpunkan dalam talian.

Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningklatkan penguasaan murid dalam pembelajaran.  Hal demikian kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan maklumat hampir 30 buah ensiklopedia yang telab dan mudah untuk murid mengakses maklumat sendiri. Hampir semua sekolah di Malaysia dapat dihubungkan melalu web menerusi aplikasi internet. Hal ini bermakna hamopir semua murid di Malaysia terlibat dengan global classroom yang memberi peluang kepada mereka untuk membina hubungan dan berkongsi tentang apa-apa sahaja dengan murid di sekilah lain.

Likma ciri terbaik apabila membina komunikasi secara interaktif melalui TMK adalah sifat mobilitinya seperti menggunakan telefon pintar, sifat penyambungan (connectivity) sseperti Wi-Fi, sifaty rangkaian sosial seperti Facebook dan Twwiter, engin pencarian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Youtube dan Wikipedia. Pendekatan pengajarann masa kini banyak berasaskan projek terutama mata pelajara Sains dan Sejarah. Murid digalakkan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber di luar bilik darjah secara bersemuka dan mendapatkan maklumat  daripada media internet.

3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai, dan membuat penaakulan, dan membuat refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya mencipta sesuatu. Bagi mencapai hasrat ini, murid haruis berfikir pada aras pemprosesan kognitif yang lebih tinggi dalam proses P&P. Kualiti pembelajaran masa kini mahukan murid menguasai kemahiran berfikir seperti mana yang termaktub dalam aspirasi kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) .

Menjelang tahun 2016, struktur pentaksiran KBAT dalam sistem pendidikan di Malaysia akan membentuk:

  • 80% daripada soalan UPSR
  • 80% daripada soalan penilaian Tingkatan Tiga
  • 75% daripada soalan peperiksaaan SPM
  • 50% daripada soalan mata pelajaran elektif SPM

 

4. Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran apabila guru menyediakan projek untuk dilaksanakan  oleh murid. Guru akan memberi arahan dan penjelasan tentang projek.yang agak komplek serta mencabar untuk dilaksanakan.Murid pula dikehendaki melaksanakan projeksecara hands-on dan minds-on serta melakukan aktiviti kajian. Pembelajaran berasaskan projek adalah berfokus kepada tugasan amali, serta sistematik dan terancang.

Pembelajaran  melibatkan kutipan data dan analisis data serta menyediakan satu laporan yang betul. Aktiviti projek dapat dilaksanakan secara individu atau dalam kumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran formal. Murid dikenalpasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dipaparkan dalam bentuk laporan dan perlu dibentangkan.

Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek

  1. Projek dijalankan secara individu.
  2. Penilaian dijalankan pada setiap proses sehingga pada tahap yang telah siap.
  3. Praktikalnya mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
  4. Interaksi guru dengan murid berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
  5. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan secara lengkap.
  6. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, pelapuran hasil dan refleksi kendiri.
  7. Projek harus sesuai dengan murid dan juga kurikulum.
  8. Projek dipilih berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman, dan kebolehan murid.

Kepentingan  pembelajaran berasaskan projek

  1. Mengwujudkan komunikasi positif di kalangan pelajar.
  2. Menarik minat dan memotivasikan murid yang kurang menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. Membantu murid dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
  4. Membantu murid dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
  5. Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema, dan isu-isu komuniti.
  6. Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matylamat.
  7. Memenuhi keperluan murid yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Strategi pelaksanaan

  1. Memberi tugasan berdasarkan kurikulum.
  2. Tugasan mengambil kira kemampuan dan keupayaan murid.
  3. Melibatkan  semua murid.
  4. Menyediakan jadual kerja.
  5. Memastikan jumlah ahli dalam kumpulan kecil supaya mudah dikendal;ikan.
  6. Penilaian projek perlu diadakan. Penilaian ini perlu mengambil kira daya usaha setiap murid dalam kumpulan.
  7. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang projek dilaksanakan.
  8. Pelaksanaan projek seharusnya dilaksanakan secara berperingkat.
  9. Penentuan  Jadual Penentu Tugasan dan panduan memberi markah.
  10. Pembentangan, penyelerasan dan pemurnian projek.
  11. Murid  dikehendaki membuat refleksi sepanjang pelaksanaan projek.

Pembelajaran berasaskan projek membolehkan murid berfikir secara kritis dan kreatif terhadap penyelesaian masalah. Pendekatan ini menggalakkan murid untuk menyoal secara terperinci, peningkatan perasaan ingin tahu, membuat pilihan, memberi pandangan, melibatkan audiens secara terbuka, membina kemahiran membuat refleksi. Proses yang dilalui untuk menjayakan sesuatu projek membolehkan murid untuk menguasai isi dan kemahiran-kemahiran yang disaran dalam pedagogi masa kini.

 

5. Penyelesaian Masalah

Setiap manusia mempunyai masalah tersendiri dalam hidup. Kemahiran  menyelesaikan maslah merupakan satu keperluan untuk menguruskan masalah yang timbul. Dalam kontek pendidikan masa kini, kaedah penyelesaian masalah merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan murid berfikir secara aktif. Murid dapat menjana idea yang kritis dan kreatif untuk membentuk beberapa penyelesaian masalah secara sistematik dan tersusun, praktikal dan berkesan.

Peringkat-peringkat penyelesaian masalah adalah seperti berikut:

  1. Mengenal pasti masalah
  2. Mencarai maklumat dengan masalah yang diberi
  3. Membuat hipotesis atau ramalan
  4. Menguji hipotesis
  5. Membuat penilaian
  6. Membuat rumusan berdasarkan masalah yang telah diselesaikan

Kaedah penyelesaian masalah melibatkan muridbergerak secara aktif dalamkumpulan-kumpulan kecil dan menyelesaikan masalahyang diberi secara berhati-hati (Glen & Wilkie, 2000). Semasa murid melalui proses ini, mereka dapat mengerakkan minda secara aktif dengan meransang pemikiran kritis. Kaedah ini dapat menyediakan peluang untuk murid mengaplikasikan konsep.prinsip, dan teori yang telah dipelajari walaupun dalam mod pembelajaran jarak jauhatau atas talian.

 

6. Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian murid dengan kehidupan sebenar dirancang mengikut konteks persekitaran murid. Aktiviti merancang dan menindahkan isi pelajaran kepada murid berdasarkan kurikulum semasa, iaitu KSSR dan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Para guru disaran berhati-hati dan kreatif serta memahami latar belakang muridnya semasa memilih aktiviti pembelajaran. Guru perlu cekap menggabungkan isi pelajaran berasaskan kurikulum stansard semasa dengan pengalaman hidup murid di dalam pesekitaran sekolah dan persekitaran kehidupan sebenar mereka. Pendekatan ini membantu murid memahami isi pelajaran dengan jelas dan mudah.

Ciri-ciri pembelajaran kontekstual:

  1. Pembelajaran dilaksanakan secara konkrit  iaitu secara praktik yang melibatkan aktiviti hand-on dan minds-on.
  2. Pelbagai kemudahan pembelajaran perlu disediakan seperti persekitaran bilik darjah yang selesa, makmalyang lengkap dan teratur serta alat bantu belajar yang sesuan dengan pengalaman sedia ada murid.
  3. Aktiviti pembelajaran banyak mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial serta budaya murid.

 

 

 

Kerangka Kemahiran Pedagogi

Perbezaan komponen utama pembelajaran abad ke-20  dengan abad ke-21

Kaedah pembelajaran abad ke-21 dipimpin oleh guru yang memberikan arahan langsung kepada murid. Aras ilmu adalah pada tahap pengetahuan. Murid belajar untuk menguasai kandungan sukatan pelajaran dan sekardar menguasai kemahiran asas. Pembelajaran berasaskan teori mengikut kurikulum yang telah ditetapkan. Kaedah murid belajar secara individudalam peperiksaan bilik darjah.

Pentaksiran pula lebih berbentuk sumatif dan pembelajaran pula lebih kepada memenuhi keperluan sekolah. Rumusannya pembelajaran abad ke-20 dikatakan tiada keseimbangan untuk memperkembangkan emosi murid secara optimum. Pembelajaran abad ke-21 dirangka berdasarkan strategi pemusatan murid yang menekankan kaedah kolaboratif, belajar secara berkumpulan dalam persekitaran yang lebih luas, dan melibatkan pelbagai komuniti.Murid dilatih untuk menguasai pelbagai kemahiran secara praktikal melalui proses pemikiran aras tinggi. Kurikulummencakupi  kemahiran untuk hidup secara personal dan bersosial. Konsep belajar adalah untuk kehidupan, maka sistem pentaksirannya lebih relevan berbentuk formatif yang dapat mengukur penguasaan ilmu dan kemahiran berhubung bidang-bidang yang diperlukan  untuk kerjaya masa kini dan akan datang. Justera, pembelajaran abad ke-21 menuju  ke arah melahirkan modal insan yang seimbang.

Rajah: Standard kemahiran  abad ke-21

(Sumber: Kementerian Pendidikan)

Kurikulum  pembelajaran abad ke-21 bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik  supaya relevan dan koheren dengan senserio pembangunan dan kemajuan teknologi agar modal insan yang dihasilkan dapat menangani cabaran globalisasi, lendakan ilmu dan maklumat yang sesuai dengan budaya serta nilai-nilai semasa.  Justetu kurukulum  yang direncanakan sesuai , menyeluruh dan mampu membekalkan modal insan dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.

Bernaung di bawah empat tema, kemahiran-kemahiran yang dikelasifikasikan  kepada  tiga kategori yang memperlihatkan bidang tumpuan seperti berikut:

Kategori Bidang Tumpuan
Kemahiran pembelajaran dan inovasi
  • Kreativiti dan inovasi
    • Berfikir secara kreatif
    • Bekerja secara kreatifdengan pihak lain.
  • Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalaPemikiran kritikal dan penyelesaian masalah.
    • Pemikiran aras tinggi.
    • Mengimplimentasi inovasi.
  • Komunikasi dan kolaborasi
    • Berkomunikasi dengan jelas
    • Berkolaborasi dengan pihak lain secara bijak.

 

Kemahiran teknologi maklumat, komunikasi, dan media
  • Literasi maklumat
  • Literasi media
  • Literasi TMK
Kemahiran kehidupan dan kerjaya
  • Fleksibiliti dan adaptasi
  • Inisiatif terarah kendiri
  • Sosial dan silang budaya

Dalam usaha melaksanakan pedagogi, para pendidik disaran untuk memastikan murid-muridnya tidak hanya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas sahajatetapi lebih berusaha agar mereka menguasai pelbagai kemahiran lain  seperti berikut:

  1. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
  2. Kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
  3. Kemahiran menikmati keindahan cipraan dan seni/
  4. Kemahiran membuat pilihan dan menbuat keputusan.
  5. Kemahiran mencari, menginterpretasi, dan mengaplikasikan maklumat.
  6. Kemahiran bersosial dan bekerjasama dengan orang lain.
  7. Kemahiran kepimpinan dan pengurusan.

 

Kerangka kemahiran pedagogi masa kini berdasarkan empat tema iaitu:

  1. Kesedaran globar
  2. Kewangan, ekonomi, perniagaan, dan keusahawanan
  3. Literasi sivik
  4. Literasi kesihatan

Kemahiran pembelajaran dan inovasi

Pembelajaran adalah setu proses interaksi antara murid, guru dan sumber belaja dalam satu persekitaran belajar. Proses pembelajaran melibatkan beberapa fasa  iaitu fasa opertama memperolehi ilmu pengetahuan. Contohnya melalui pembelajaran Sains, murid dapat mengetahui bahawa tumbuh-tumbuhan membina makanannya sendiri. Fasa kedua, proses pembelajaran melibatkan penguasaan kemahiran dan tabiat. Contohnya, seseorang masak sayuran hijaudengan berhati-hati untuk mengekalkan nutriennya dan menjadikan sayuran sebagai hidangan yang perlu ada dalam sajian kerana sayur membekalkan  vitamin, kalsium dan meneral untuk tubuh. Fasa ketiga, proses pembelajaran membantuk sikap dan kepercayaan di kalangan murid.Contoh, murid terpaksa untuk memakan sayur kerana sayur-sayuran mampu untuk mencantikkan kulit, menghindar penyakit dan mengekalkan kesihatan tubuh. Oleh hal yang demikian pembelajaran  ialah proses membantu murid agar dapatt bel;ajar dengan baik.

Dalam kentek pendidikan, pembelajaran berlaku apabila wujudnya interaksi guru yang mengajar murid untuk menguasai isi pelajaran sehingg amencapai sesuatu objektifyang ditentukan dari aspek kognitif, dapat mempengaruhi perubahan sikapdari aspek afektif dan berketerampilan dari aspek psikomotor. Pembelajaran yang bermakna sangat bergantung kepada minat dan motivasi murid yang  tinggi terhadap pengajaran  guru sebagai fasilitator yang kreatif.  Hasil pembelajaran dapat diukur melalui proses belajar dengan mudah.

Kemahiran maklumat, media dan teknologi

Teknologi masa kini telah berkembang daripada automasi yang bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesuatu proses menuju ke arah fasilitation, iaitu melengkapkan guru dan murid dengan peralatan pembelajaran yang lebih baik dan berkesan. Evolusi teknologi ini menyumbang kepada transformasi cara guru mengajar dan cara murid belajar. Alat untuk bekerja pada abad ke-21 secara meluas menggunakan media digitalseperti jaringan sosial dan literasi Teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK). Kesedaran kepada teknologi dan aplikasi teknologi hampir keseluruhan aktiviti kehidupan dikenal pasti dapat mengupaya pembangunan daya intetek, sahsiah, dan hubungan sosial seseorang.

Persaingan pada peringkat global dalam perkembangan ilmu dan teknologi menjadi cabaran dalam pedagogi abad ke-21. Dalam kontek pendidikan, TMK merupakan peralatan teknologi komunikasi yang membentuk sistem rangkaian elektronik yang digunakan untuk mencari, mengumpul, dan menyimpan, memproses, menyalur, dan menyampaikan maklumat secara pantas serta tepat. Peranan guru sememangnya penting untuk membimbing murid dalam melayari internet, mencari maklumat melalui laman sesawang, memilih perisian yang sesuai, mengumpul dan mengurus maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kesedaran akan persaingan dan kehendak global.

Konsep pembelajaran di mana-mana institut pendidikan masa kini tidak terhad dalam persekitaran pembelajaran bilik darjah, malah manjangkau waktu dan lokasitanpa had dan fleksibel mengikut kesesuaian guru dan murid. Penggunaan internet sebagai media pembelajaran berasaskan sesawang dilaksanakan dengan menggunakan komputer dan pelbagai alat komunikasi digital kerana konsep pembelajaran ini terbukti sesuai dan memberi impak yang tinggi. Pembelajaran dal;am talian memudahkan pengguna berkongsi maklumat dalam bentuk audio, video, teks, frafik dan animasi. Teknologi ini dapat membina pengetahuan secara mudah dan pantas. Penggunaan e-pembelajaran web 1.o diperluaskan  lagi dengan terciptanya aplikasi web 2.0 yang menyediakan perkhidmatan seperti blog, Facebook, Wikipedia, dan Youtube. Fasa perkembangan teknologi masa kini telah mendesak perubahan dalam pedagogi daripada berpusatkan guru  kepada berpusatkan murid berasaskan teknologi, media dan maklumat. Sudah pasti persekitaran dan suasana pembelajaran turut berubah daripada pembelajaran pasif kepada pembelajaran aktif.

Kemahiran komputer paling asas diperlukanoleh guru masa kini adalah dengan menggunakan perisian  Micrisoft Office, rangkaian dan pangkalan data. Manakala kemahiran komputer secara spesifik ialah dowmload dan upload fail, aturcara web, reka bentuk dan pembinaan pangkalan data, install dan upgrade perisian, bina dan sunting pangkalan data serta pemprosesan maklumat. Oleh hal yang demikian, para guru perlu menguasai kemahiran menggunakan komputer kerana kebanyakan urusan pentadbiran sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran. pengurusan dan pentadbiran di jabatan-jabatan kerajaan mahupun sektor swasta telah menggunakan komputer dengan meluas.

Kemahiran hidup dan kerjaya

Ilmu dan memahiran merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia.  Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan  yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri.  Sesuatu bangsa yang dapat menguasai ilmu pengetahuandan kemahiran terbukti dapat mengurus kehidupan dengan baik.

Untuk menghasilkan modal insan yang seimbangdan menyeluruh dario aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, seseorang memerlukan penguasan kemahiran  kehidupan yang holistik.  Kemahairan-kemahiran tersebut seperti berikut:

  1. Kemahiran ilmu agama
  2. Kemahirn pengurusan kewangan
  3. Kemahairan temu duga
  4. Kemahiran dwi bahasa dan  Bahasa Inggeris
  5. Kemahiran komunikasi
  6. Kemahiran pengurusan masa
  7. Kemahiran kerja berpasukan
  8. Kemahiran kerjaya

Apakah kemahiran yang menjadi keutamaan dalam kerjaya  masa kini?

Kemahiran pengalaman dalam kerjaya berkaitan

Lepasan sekolah dan lepasan pusat pengajian tinggi masa kini pada umumnya menguasai aspek pengetahuan teori tetapi masih berkurangan dalam pengalaman kerja yang berkaitan. Para majikan pula tidak mahu mengambil pekerja yang menjejaskan organisasi atau firma mereka. Majikan hanya akan menggagi pekerja yang mampu memahami arahan kerja yang lebih berkesan, produktif, dapat m,elaksanakan tugas dengan cekap dan amanat serta menjimatkan masa dan kos pembiayaan ketika bekerja.

Kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kemahiran TMK menjadi perhatian para majikansejajar dengan perkembangan ekonomi global. Penggunaan TMK dapat meningkatkan kecekapan pengurusan seperti mengemas kini data dan membuat pelaporan syarikat atau organisasi , operasi dan peningkatan diri.  Perubahan teknologi masa kini memerlukan pekerja yang mampu memperlajari dan memahami keperluan semasa dan akan datang.  Matlamat majikan adalah untuk mendapat pekerja  yang dinamik dan suka menambah ilmu, menggunakan pengetahuan dan kemahiran baru bertujuan memperbaiki proses pengeluaran serta meningkatkan daya saing untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam menyokong kemajuan organisasi pada masa depan.

Kemahiran pembelajaran secara berterusan

Kualiti peribadi seperti pengurusan diri, interaksi sosial, etika kerja, keyakinan diri, keupayaan bekerja secara sistematik, kerja berpasukan dan kualiti kepimpinan sering menjadi kriteria utama dalam proses pemilihan pekerja oleh para majikan. Majikan juga inginkan pekerja yang menguasai kemahiran mengelola  kerja, kemahiran berfikir, mengurus masa,  teliti dalam melaksanakan tanggun jawab,  berdisiplin dan bersungguh-sungguh serta ikhlas. Majikan dapat mengesan kualiti peribadi oleh calon semasa proses temuduga atau sesi suai kenal bersama pekerja.

Kemahiraan penggunaan Bahasa Inggeris, dwi bahasa atau pelbagai bahasa

Kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan pelbagai bahasa telah diangkat sebagai aset kepada seseorang. Pengaruh globalisasi dalam perkembangan ekonomi, pendidikan dan kebanyakan urusan harianmemerlukan kemahiran dalam pelbagai bahasa terutama Bahasa Inggeris kerana  Bahasa Inggeris merupakan bahasa perhubungan antarabangsa. Calon pekerja yang kurang fasih Bahasa Inggeris menghadapi kelemahan dalam komunikasi dan hal ini akan memberikan kesan negatif kepada perkembangan organisasi.  Namun masih terdapat ramai murid dan calon pekerja yang tidak mahir dalam berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Kesannya, mereka sukar untuk melepasi temuduga dan sukar mendapat pekerjaan. Permintaan kepada pekerja yang mahir dalam bahasa lain seperti bahasa Cina, bahasa Jepun dan lain-lain menjadi bonus kepada seseorang individu kerana dapat menyokong majikan dan organisasi menjalin hubungan pada peringkat  antarabangsa.

 

Pedagogi Masa Kini

Apa itu  pedagogi masa kini?

Konsep “masa kini” merujuk kepada abad ke-21. iaitu sepanjang tahun 2001 hingga 2100. Abad 21 dikenali sebagai  knowledgw age atau –ekonomi  yang menekankan kepentingan maklumat, kreativiti dan inovasi bagi memenuhi permintaan perkhidmatan baharu kepada masyarakat dalam negara  dan global. Pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK), globalisasi, liberalisasi, dan persaingan hebat dengan negara lain telah mendesak Malaysia  untuk membangunkan satu sistem ekonomi  yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Negara-negara yang dapat menguasai TMK  dan mempunyai kemudahan jaringan internet dianggap mempunyai kelebihan dan sebaliknya negara-negara yang mengabaikan penguasaan kemahiran dan aplikasi TMK akan ketinggalan dalam persaingan  pada peringkat global.

Perubahan dan kemunculan bentuk ekonomi baru sangat berkait rapat secara langsung dengan perubahan sektor pendidikan yang bertanggungjawab untuk melahirkan masyarakat saintifik dan progresif, berpengetahuan tinggi, dan berpandangan jauh, berkemahiran dalam pelbagai bidangserta pengkhususan kepada hasil pengeluaran komoditi. Oleh hal yang demikian, pedagogi masa kini didapati lebih mencabarkerana para pendidik dan seluruh institut penmdidikan dituntut untuk melahirkan murid yang kreatif dan inovatif, dapat befikiran  kritis, dan mampu menyelesaikan masalah. Cabarannya adalah untuk menyediakan modal insan yang memiliki kemahiran abad ke-21 supaya dapat melaksanakan tuntutan glonalisasi yang berkembang dengan pantas.Dalam masa yang sama,para pendidik bertanggungjawab mkelaksanakan dasar dan sistem pendidikan  negara yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu satu usaha yang berterusan  ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu melahirkan insan yang seimbang serta harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.

Peranan guru masa kini tidak setakat menjadi pendidik tetapi lebih kepada fasilitator  dan pakar rujuk kepada pelanggannya. Negara sentias amemerlukan guru yang berkualiti, amanah, dan berintegriti dalam menyampaikan mesej kerajaan agar dapat memenuhi  hasrat FPK. Oleh itu guru-guru masa kini sewajarnya  bersedia memantapkan hala tuju masing-masing agar seiring dengan kehendak masyarakat dan negara serta pasaran global. Antara ciri-ciri kualiti diri yang perlu ada pada guru masa kini  adalah seperti berikut:

  1. Faham dan menguasai kandungan kurikulum mata pelajaran yang diajar.
  2. Mahir dan berketrampilan dalam pengurusan pedagogi.
  3. Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka.
  4. Memahami psikologi  dan berkeperluan pembelajaran murid.
  5. Menguasai teknik bimbingan dan kaunseling.
  6. Mengaplikasikan teknologi masa kini.

Budaya kerja guru perlu ditransformasikan ke arah susasana bersasarkan  empat ciri iaitu pembelajaran regulasi kendiri, pembanguna akademikberasaskan bukti,membangunkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menguasai kemahiran abad ke-21. Sehubungan itu, para pendidik perlu menguasai keempat-empat ciri tersebut dan berusaha mengaplikasikan nyadalam bentuk pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan berkesan. Keupayaan guru mengadaptasi elemen ini dijangka dapat membentuk kualiti tahu, sukakan ilmu, pantas berfikir secara kritis, dan kreatifbijak menyoal, dapat membuat hubung kait, cekap menjana idea, yakin berkomunikasi, dapat bekerja dengan orang lain, mendengar dan membuaty perubahan positif, berani mengambil risiko, fleksibel, tidak putus asa, patriotik dan berakhlak terpuji.

Apa itu kemahiran abad ke-21?

Kemahiran abad ke-21 pada peringkat antarabangsan merangkumi empat kategori utama iaitu

  1. Cara pemikiran: berfikir cara kfitis dan kreatif, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan serta belajar untuk belajar.
  2. Cara bekerja: menguasai kemahiran berkomunikasi dan bekerjasama.
  3. Alat untuk bekerja; memaksimumkan literasi TMK.
  4. Kemahiran menangani cabaran abad ke-21: memenuhi tanggungjawab personal dan tanggungjawab sosial.

Sehubungan itu para guru dituntut untuk mengaplikasikan dan menghayati empat kategori utama kemahiran abad ke021 sebagai usaha mencapai ke arah pendidikan bertaraf dunia. Guru perlu mempunyai kaedah berfikir yang kreatif dan kritis, berupaya mengaplikasikan kemahiran aras tinggi , kemahiran  menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, dan penyesuaian dengan menekankan penggunaan otak kiri dan otak kanan dalam kebanyakan urusan. Cara guru yang dikehendaki ialah menitik beratkan aktiviti hand- on,  dan bekerjasama, kemahiran sosial, komunikasi kompleks, kemahiran menyelesaikan masalah yang bukan rutin, pengurusan dan pengembangan diri serta pemikiran bersistem.  Hal ini merupakan kemahiran asas yang diharapkan dapat menyumbang dan memudahkan pembangunan kendiri murid.

 

Pembentangan BM

 

 

Bil Nama Angka Giliran Tarikh Pembentangan Catatan
1 1.1 Erabiatul Asawiiah Aniss binti Juharin  2016292340022  29/03/17

(Rabu)

8.00-8.20 am

1.2 Nursyahira binti Abdul Hamid  2016292340030
2 2.1 Siri Nur Adila bt. Izal  2016292340036 29/03/17

(Rabu)

8.25-8.45 am

2.2 Syahidatul Nabihah binti Abd Kamal  2016292340034
3 3.1 Ellsie Vieann Alphonsos  2016292340021 29/03/17

(Rabu)

8.50-9.10 am

3.2 Nadiana binti Jairin  2016292340025
4 4.1 Nurhidayati binti Mohamed Nor  2016292340031 29/03/17

(Rabu)

9.15-9.35 am

4.2 Wan Nur ‘Afifahbinti Wan Ahmad Azuan  2016292340033
5 5.1 Noor Syafikah binti Abd Rahman  2016292340027 29/03/17

(Rabu)

9.40-10.00 am

 

5.2 Nik Najwani binti Nik Mohamed  2016292340026
6 6.1 Anizah binti Saidin  2016292340020  30/03/17

Khamis

12.00-12.20 am

6.2 Siti Norfhatihah binti Mohd Sobri  2016292340032
7 7.1 Noramira binti Amir  2016292340028 30/03/17

Khamis

12.20-12.40 am

7.2 Nurul Izzati binti Azian  2016292340035
8 8.1 Muhammad Buqhari bin Fauzi  2016292340023 30/03/17

Khamis

12.40-1.00 pm

8.2 Muhammad Khairuddinbin Mohd Idris  2016292340024
8.3 Nur Anisa binti Aznan@Baba  2016292340028

 

 

 

Pembentangan PA

 

 


 Bil  Nama  Angka Giliran  Tarikh Pembentangan  Catatan
 1 1.1 Nur Syuhada binti Mohamad  2016292340058  28/03/17

Selasa

8.00-8.20 am

 1.2 Nurul Syazwani binti Azhar  2016292340061
 2  2.1 Muhammad Izwan bin Zainul Abidin  2016292340057 28/03/17

Selasa

8.25-8.45 am

 2.2 Muhammad Amin Arif bin Mohd Amin  2016292340054
 3  3.1 Nurul Nabilah binti Abdul Razak  2016292340060 28/03/17

Selasa

8.50-9.10 am

 3.2 Nurin Najwa Irdina  binti Hamzhah  2016292340059
 4  4.1 Ummi Nazurah binti Azaha  2016292340063 28/03/17

Selasa

9.15-9.35 am

 4.2 Afifah binti Abdul Kahar  2016292340052
 5  5.1 Aliaa binti Abdul Ghani  2016292340053 28/03/17

Selasa

9.40-10.00 am

 5.2 Siti Nurazyyati binti Md Abas  2016292340062
 6  6.1 Nurul Huda binti Abdul Ghani  2016292340066  30/03/17
Khamis10.00-120.20 am
 6.2 Zakirah binti Mohd Saupi  2016292340064
 7  7.1 Muhammad Daud bin Nurdin  Muhammad  2016292340055  30/03/17
Khamis10.25-120.35 am
 7.2 Muhammad Fariz bin Rosdi  2016292340056
 7.3 Muhammad Nazmi bin Ismail  2016292340065

Tarikh: 28/03/2017 (Selasa)

Bertempat di Makmal 1, IPGKTHO

 

Kumpulan 1

Tajuk Pembentangan

  1. Nur Syuhada binti Mohamad
  2. Nurul Syazwani binti Azhar

Kumpulan 2

Tajuk Pembentangan

  1. Muhammad Izwan bin Zainul Abidin
  2. Muhammad Amin Arif bin Mohd Amin

Kumpulan 3

  1. Nurul Nabilah binti Abdul Razak
  2. Nurin Najwa Irdina  binti Hamzhah

Kumpulan 4

  1. Ummi Nazurah binti Azaha
  2. Afifah binti Abdul Kahar

Kumpulan 5

  1. Aliaa binti Abdul Ghani
  2. Siti Nurazyyati binti Md Abas

 

Tarikh: 30/03/2017 (Khamis)

Bertempat di Makmal 1, IPGKTHO

Kumpulan 6

  1. Nurul Huda binti Abdul Ghani
  2. Zakirah binti Mohd Saupi

Kumpulan 7

  1. Muhammad Daud bin Nurdin  Muhammad
  2. Muhammad Fariz bin Rosdi
  3. Muhammad Nazmi bin Ismail

 

 

Kaedah dan Teknik Pengajaran

Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelola dan menggunakan teknik, isi pelajaran, dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif pengajaran.Teknik pengajaran pula  ialah kemahiran atau caramelaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran.Secara khususnya teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepat penanggapan murid.

 

1. Sumbang saran

Sumbangsaran merupakan aktiviti perbincangan iaitu ahli dalam kumpulan mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap ahli digalakkan memberikan idea dan idea tersebut akan dikaji dengan teliti.Idea yang paling sesuai akan diterima sebagai rumusan perbincangan.Keputusan yang dicapai merupakan  hasil daripada sesi sumbang saran . Sumbang saran bertujuan melatih murid mengemukakan idea atau pandangan yang bernas. Isborn (1963) menyatakan bahawa terdapat dua tujuan sumbang saran iaitu

Jangka panjang: menyelesaikan satu masalah penting.

Jangka penmdek: iaitu mendapatkan sebarapa banyak idea p[enyelesaian yang mungkin tentang sesuatu masalah.

Persekitaran pembelajaran yang aktif adalah penting. Pelaksanaan  persekitaran pembelajaran aktif akan  berlaku dengan mambahagikan murid dalam kumpulan kecil dan murid dapat berinteraksi serta belajar secara harmonis di samping mewujudkan iklim pembelajaran , iaitu perkongsian idea /maklumat. Di samping itu, guru dapat meningkatkan keyakinan  murid untuk mengemukakan pendapat di hadapan orang ramai dan memupuk semangat berkongsi idea serta menerima pendapat orang lain.Hal ini dapat memupuk sifat-sifat sosial dan menggalakkan perkembangan mental murid.

Prinsip-prinsip sumbang saran adalah seperti berikut:

  1. Topik perbincangan harus sesuai dengan minat dan kebolehan murid.Suasana perbincangan harus kondusif dan tidak formal untuk menggalakkan perbincangan.Murid diberi peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat.
  2. Murid dilarang membuat kritikan atau mkenilai idea semasa sumbang saran dilaksanakan.
  3. Semua pendapat/idea dicatat dan huraian daripada pihak lain adalah dibenarkan.
  4. Murid digalakkan untuk mengembangkan satu-satu idea agar melahirkan pandangan yang baru.
  5. Masa untuk mengemukakan idea adalah terkawalsupaya ahlui digalakkan berfikir secara pantas.

Pelaksanaan sumbang saran adalah seperti berikut6:

  1. Melibatkan seluruh kelas tetapi  melibatkan tempuh masa untuk perbincangan adalah pendek.Bilangan murid dalam kumpulan seharusnya kecil.
  2. Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
  3. Tajuk perbincangan dikemukakan dengan jelas oleh ketua kumpulan.
  4. Menentukan satu cara untuk merekod semua idea perbincangan (dalam bentuk grafik /peta minda).
  5. Setiap ahli dalam kumpulan diberi peluang untuk mengemukakan idea secara bergilir.Pada peringkat ini semua idea harus diterima dan cicatatkan.
  6. Ahli digalakkan menambah idea yang dibincangkan.
  7. Ketua kumpulan menggalakkan setiap ahli menyumbang ideadan memberikan peneguhan positif.
  8. Setiap ahli digalakkan untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
  9. Rumusan perbincangan dibuat hasil persetujuan bersama dalam ahli kumpulan.

Kelebihan sumbang saran

  1. Semua murid terlibat dalam memnemukan idea.
  2. Menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan murid.
  3. Pengelibatan murid secara aktif.
  4. Nilai-nilai murdni dapat dipupuk  dan murid saling hprmat memghormati  idea atau pendapat orang lain.

Namuan sumbang saran kurang sesuai untuk murid yang lemah kerana mereka tidak dapat memberi idea.Mereka akan merasa kecewa dan rendah diri jika idea mereka ditolak. Orlich, et. al (2007) menyarankan agar sumbang saran digunakan sebagai satu asas untuk perbincangan yang lain.

 

2. Perbincangan

Perbincangan  ialah satu proses aktif yang melibatkan  guru dan murid. Perbincangan bukan sahaja meransang interaksi antara murid secara bermakna tetapi juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap, dan proses-proses pembelajaran. Di samping itu, kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan mentalmurid supaya dapat menyumbangidea dan pandangan secara sistematik. Orlich, et. al. (2007) berpendapat  bahawa perbincangan merupakan teknik yang dapat meningkatkan kemahiran dan pemikiran murid.

Tujuan perbincangan

  1. Murid dilatih berfikir dengan teliti, berbual dengan gaya yang menarik, mengemukakan pandangan yang jelas, tepat dan logik.
  2. Peluang mengemukakan kemahiran lisan untuk berinteraksi dan berkomunikasi , memupupuk, bekerjasamaserta wujud interaksi sosial yang positif.
  3. Menguasai teknik perbincangan yang betuldan mengukukuhkan kemahiran lisan yang telah dipelajari.

Prinsip dan pelaksanaan perbincangan

  1. Pemilihan topik perbincangan
    • Topik berasaskan pengalaman, kebolehan dan minat murid-murid.
    • Elakkan topik yang berunsur sensetif.
    • Skop topik jelas, khusus dan sesuai dengan peruntukan masa.
  2. Tujuan jelas dan diberitahu kepada muridsebelum perbincangan supaya murid dapat membuiat persediaan dan mencapai matlamat pada sesi akhir perbincangan.
  3. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua (bertindak sebagai pengerusi0 dan pencatat yang dipilih di kalangan murid-murid untuk mengendalikan sesi perbincangan. Peranan boleh bertukar-tukar dari masa kesemasa.
  4. Cara dan peraturan akan diberitahu terlebih dahulu untuk memastikan aktiviti berjalan lancar, teratur dan tidak terpesong daripada tujuannya.
  5. Guru berperanan sebagai fasilitator, iaitu guru akan membimbing  murid dengan kemahiran, memberikan bahan dan peluang kepada  murid.
  6. Guru pula perlu bergerak ke setiap kumpulan bagi mendengar, memerhati dan menggalakkan murid untuk terlibat secara aktif dalam perbincangan.
  7. Murid digalakkan untuk mencatat idea-idea yang disasarkan dari masa kesemasa.
  8. Idea yang dicatatkan dirumus sebagai pertimbangan asas kepada pengerusi untuk membuat ulasan.
  9. Sedikit masa diperuntukan kepada guru atau pengerusi untuk membuat ulasan dan kesimpulan dari hasil perbincangan supaya murid-murid menyedari pencapaian tujuan perbincangan mereka.
  10. Pujian perlu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada murid yang telah menyertai aktiviti perbincangan.

 

3. Bercerita

Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau peristiwa-peristiwa sama ada imiginasi, tradisi, atau kisah benar. Strategi ini dapat meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan . Di samping itu bercerita dapat memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan kemahiranmendengar, dan memotivasikan murid untuk membaca.

Prinsip-prinsip teknik bercerita

  1. Sesuai dengan kebolehan dan minat murid.Topik perlu berkaitan dengan objektif pembelajaran.
  2. Suasana bilik darjah mesti kondusif.
  3. Bahan bantu mengajar dapat digunakan untuk menghidupkan suasana penceritaan.
  4. Bahasa mudah digunakan agar murid dapat memahami pelajaran.
  5. Gerak geri dari isyarat lisan dan tanpa lisan hendaklah sesuai dengan isi cerita.
  6. Aktiviti susulan dijalankan untuk berbincang tentang nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita yang dipilih.

Menurut Niriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (20120, teknik bercerita dapat dilaksanakan melalui beberapa cara iaitu:

  • Guru bercerita keseluruhan dan murid mencatatkan urutan peristiwa.
  • Guru bercerita keseluruhan cerita, dan murid menceritakan semula.
  • Guru menceritakan awal cerita dan  murid meramal kesudahan cerita.Murid membina permulaan ceritadan guru menceritakan bahagian akhir cerita.
  • Murid diminta mendengar  rakaman cerita dan murid menceritakan semula. Guru memberi peluang kepada murid untuk bebas memilih ceritadan bercerita secara lisan.
  • Guru meminta murid membina cerita sendiri berdasarkan bahan ransangan dan menceritakannya.

 

4. Demontrasi

Demontrasi atau tunjuk cara adalah satu kaedah pembelajaran dengan menunjukkan contoh atau membuat uji kaji. Kaedah tunjuk cara adalah satu kaedah yang memerlukan pengelibatan  kedua-dua pihak  iaitu guru dan murid melalui pengajaran yang disampaikan melalui praktikal. Guru dan murid akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama atau berbeza. Kaedah ini melihat kepada keupayaan murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu secara sendiri berbanding dengan perkara yang mereka dengar atau lihat. Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada murid untuk belajar  bukan sahaja secara teori  semata-mata, bahkan dapat melakukan perkara yang dipelajari secara praktikal.

Dalam proses demontrasi atau tunjuk cara, terdapat komunikasi lisan yang langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada murid. Biasanya komunikasi tersebut adalah interaktif kerana guru dan murid sama-sama terlibat dalam pesekitaran pembelajaran kolaboratif. Teknik ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid agar benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari melalui prosedur yang ditunjukkan. Di samping itu, teknik ini membolehkan murid menguasai sesuatu perkara dengan lebih mudah dan dapat meningkatkan ingatan murid terhadap sesuatu perkara.

Demonterasi dapat digunakan seperti berikut:

  1. Menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan.
  2. Menimbulkan minat dalam sesuatu topik.
  3. Menyediakan modul untuk kemahiran mengajar.
  4. Mengubah kadar pembelajaran murid.

Dalam kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru menunjukkan sesuatu pelakuan atau aktiviti sebelum meminta murid melakukanm aktiviti  tersebut secara individu. Bagi aktiviti yang melibatkan ramai murid, demonterasi akan dilakukan dengan menyediakan model-model contoh-contoh pelakuan dan membina jangkaaan-jangkaan. Hal demikian  kerana demonterasi yang baik memerlukan bojektif dan kandungan yang teliti, penerangan yang jelas, tumpuan daripada murid, rumusan, dan aktiviti susulan dalam memperkukuhkan kefahaman murid.

Terdapat  tiga model yang lazim digunakan iaitu model hidup, model simbolik dan model persepsi.

Jenis Model Penerangan
Model hidup Demonterasi pengajar dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonterasi aktiviti yang berkenaan dengan menggunakan bahan maujud atau individu.

Contoh: Demonterasi pengajar dalam pelbagai mata pelajaran xseperti Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni.

Model Simbolik Tunjukcara yang dilakukan bersasarkan langkah-langkah secara bertulis, bergambaratau arahan pengajar.

Contoh: Semasa mengajar Kemahiran Hidup, murid akan melakukan aktiviti memasak bersasarkan langkah-langkah yang ditunjukkan dalam resepi masakan.

Model persepsi Penggunaan video yang menayangkan sesuatu demontyerasi permainan.

Contoh: Menunjuk cara yang betul untuk menggerakkan tangan semasa berlari 100m secara perlahan-lahan menerusi tayangan video.

 

Dalam menjalankan teknik demonterasi dengan berkesan, guru seharusnya merancang demonterasi tersebut dengan teliti termasuk membuat percubaan atau latihan bagi memastikan kel;icinan pelaksanaan demonterasi. Semasa menunjuk cara, guru memastikan semua murid dapat menumpukan  perhatian dan mengajukan soalan-soalan kepada murid. Selain daripada itu, murid diberi peluang untuk mempraktikan apa-apa yang telah dipelajari.Selepas sesi praktis, sesi perbincangan tentang perkara-perkara demonterasi yang penting dilakukan. Kemudian, guru membantu murid membuat rumusan tentang demonterasi yang dijalankan. Guru menyediakan aktiviti susulan untuk memperkukuhkan pemahaman murid (Norati, Boon, Sharifah Fakriah, 2012). Guru meminta murid mengulangi langkah-langkah dan murid akan mempraktikan perkara yang dipelajari.

Kelebihan penggunaan demonterasi

Terdapat beberapa kelebihan penggunaan kelebihan penggunaan demonterasi dalam pengajaran dan pembelajaran:

  1. Memperkenalkan bahan pengajaran barukepada murid melalui pengelihatan dan pendengaran.
  2. Murid dapat menguasai kemahiran baru.
  3. Memotivasikan murid kerana konsep dan prinsip yang ditunjukkan secara illustrasi.

 

5. Simulasi

Simulasi ialag satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal yanmg sengaja diwujudkan dalam situasi yang sebenar.Melalui teknik ini murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu, dan mencatat isi -isi penting. Dalam proses ini murid-murid digalakkan  untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui tekni ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya  dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Di samping itu, teknik ini dapat mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Simulasi dibahagikan kepada dua jenis  iaitu sosiadrama dan main peranan.

Jenis-Jenis Simulasi Langkah-langkah Pelaksanaan
Sosiodrama Berdasarkan suatu cerita yang menggambarkan satu situasi atau isu konflik.

Guru akan menyediakan skrip berdasarkan topik yang dipilih.

Kaedah ini membolehkan murid-murid menyatakan sikap dan peranan, menyusun idea, dan melatih mereka bertindak balas secara spontan.

Watak-watak dalam lakonan akan dianalisis dan rumusan akan dibuat  selepas sesi lakonan.

 

Main peranan Satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip.

Murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian melakonkan situasi tersebut secar spontan.Masa diambil diantara 5-6 minit6. Penilaian prestasi peakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas sesi lakonan.

 

6. Penyelesaian Masalah

Strategi penyelesaian masalah sebenarnya merupakan cara pengajaran yang berdasarkan penyiasatan yang saintifik. Strategi penyelesaian maslaah ini ialah suatu proses inkuiri iaitu murid mencari jawapan untuk soalan yang relevan kepada mereka. Teknik ini berasaskan  falsafah konstruktivisme  iaitu murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Kaedah dan teknik penyelesaian masalah ini memerlukan murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari serta proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah.Aktiviti seperti membimbing murid memahami masalah mengingat semulapengalaman lalu seterusnya memilih strategi yang sesuai untuk menyelesaikannya. Peranan guru dalam teknik ini adalah mewujudkan persekitaran yang membolehkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti kelas atau penerokaan  internet (Orlich, et. al., 2007 dalam Norati , et. al.2012). Antara jenis kaedah penyelesaian masalah sendiri, kaedah inkuiri, kaedah dapatan, sumbang saran , dan Teknik  Theory of Constraint (TOC).

7. Belajar Sambil Bermain

Konsep main dapat dijelaskan sebagai “tingkah laku dinamik, aktif,dan konstruktif telah disebatikan  dalam diri kanak-kanak.Konsep  main merupakan satu keperluan dalam alam kanak-kanak  dari peringkat bayi hingga peringkat remaja” (Brewer, 2001:144).

Kebanyakan individu masih mengingati pengalaman bermain semasa dibangku sekolah . Pengalaman tersebut masih meninggalkan perasaan kegembiraan, kebebasan, dan emosi yang menenangkan jiwa. Sebenarnya dari segi perspektif psikologi, kesemua perasaan ini menimbulkan kesediaan kognitif kepada individu tersebut untuk belajar pada tahap optimum. Oleh itu pendidik seharusnya membawa keseronokan ini ke dalam bilik darjah.

 

 

Strategi Pengajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran dapat didefinisikan sebagai kebijaksanaan memilih, merancang, dan menguruskan kaedah serta teknik pengajaran  untuk menghasilkan pencapaian yang optimum.

Klasifikasi  bagi strategi pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:

  1. Strategi Pemusatan Guru
  2. Strategi Pemusatan Murid
  3. Strategi Pemusatan Bahan/Sumber
  4. Strategi Berasaskan Tugasan/Aktiviti

 

1. Strategi Pemusatan Guru

Dalam strategi ini guru bertindak mengawal  keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran dimonopoli oleh guru. Mengikut Brophy (1978), pendekatan ini merupakan satu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus. Kepimpinan guru bersifat autokratik iaitu komunikasi dan interaksi  antara guru dan murid adalah sehala. Contoh strategi pemusatan guru adalah seperti syarahan, demontrasi dan bercerita.

Ciri ciri strategi pemusatan guru

  1. Guru berperanan utama dalam pengajaran dan pembelajaran.
  2. Komunikasi sehala.
  3. Murid pasif dan mendengar sahaja.
  4. Murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif.
  5. Guru berkuliah.
  6. Mementingkan pencapaian objektif pendidikan gurua.
  7. Kepimpinan bercorak autokratik.
  8. Murid kurang berminat terhadap penerangan guru.
  9. Menekankan ujian sumatif untuk penggredan.
  10. Sifat sosial kurang dipupuk.

Kelebihan strategi pemusatan guru

  1. Menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan  yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid,
  2. Menyampaikan maklumat yang tidak dapat dicapai oleh murid. Contohnya pengalaman guru.
  3. Meningkatkan kemahiran dan minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu topik.Strategi ini digunakan secara langsung untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada kandungan pelajaran yang releban agar murid dapat mengaitkan pengatahuan baru dengan maklumat sedia ada dan pengalaman lalu.

Kelemahan strategi pemusatan guru

  1. Penyalahgunaan strategi iaitu ramai guru gagal untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan guru.
  2. Guru perlu mengakui bahawa keupayaan pengajaran secara terus sebenarnya terbatas dalam membolehkanmurid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikit secara kritikal sekali gus membataskan keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan.
  3. Pengajaran kaedah ini hanya dapat dilihat dan diterima sebagai salah satu strategi  yang digunakan oleh guru ketika mengajar.

 

 

2. Strategi Pemusatan Murid

Strategi pemusatan murid bermaksud murid mengambil ahli sedikit tanggungjawab tentang perkara yang diajar dan kaedah untuk belajar. Strategi pemusatan murid dapat menggalakkan murid bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami kaedah untuk belajar. Kajian menunjukkan bahawa strategi pemusatan murid mempunyai kelebihan untuk memperkembangkanm kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep sikap  yang positif, mewujudkan motivasi dan memperkembangkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosialkumpulan.Kaedah ini dapat dilakukan untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembang kreativiti murid (Noriati, et. al.,2012). Bilik darjah yang berpusatkan murid juga menunjukkan perkembangan kognitif pada peringkat ting  dalam kalangan murid.

Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arah kendiri dan inkuiri penemuan. Contoh kaedah dan teknik pengajaran dalam stretegi pemusatan murid adalah seperti projek, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, dan kumpulan kecil. Aktiviti Know-Want-Learn (K-W-L) adalah satu teknik yang dapat digunakan. K-W-L adalah proses murid untuk mengingat kembali pekara yang mereka ketahui tentang satu-satu tajuk, kemudian menyatakan perkara yang ingin diketahui dan seterusnyai perkara yang telah dipelajari. K-W-L adalah seperti berikut:

  1. K (Know) :  Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?
  2. W(Want) : Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?
  3. L (Learn) : Apa yang saya belajar daripada tajuk ini?

Prinsip pendekatan strategi  pemusatan murid

  1. Dedahkan murid membuat aktiviti pemerhatian. Contoh Sains dan Matematik.
  2. Tunjukan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu unit.
  3. Guru bertindak sebagai fasilitator.
  4. Murid bukan diibaratkan sebagai bekas kosong.
  5. Murid ada gauya pembelajaran tersendiri dan pembelajaran ialah proses aktif dan dinamik.
  6. Murid membina makna masing-masing.

Kebaikan stratagi pemusatan murid

  1. Murid terlibat secara aktif dalam pelajaran.
  2. Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksa oleh guru.
  3. Guru berperanan sebagai pemudah cara.
  4. Menggalakkan daya kreatyiviti murid dan seterusnya membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah.
  5. Pembelajaran berpusatkan murid membolehkan berlakunya pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam  dan luas.

Kelemahan strategi pemusatan murid

  1. Lebih bersifat tumpuan pembelajaran.
  2. Tempuh pembelajaran mengambil masa yang lama.
  3. Sebagai fasilitator, guru berupaya untuk mengawal pembelajaran murid-muridnya dan kemungkinan menimbulkan ketidakselesaan  dalam kalangan murid-murid.
  4. Lebih banyak cabaran akan dihadapi  semasa pelaksanaan untuk membolehkan murid  mencapai objektif  pembelajaran yang telah ditetapkan.

 

3. Strategi Pemusatan Bahan/Sumber

Strategi pemusatan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk melaksanakan pengajarannya. Penekanan diberi kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Strategi pemusatan bahan meliputi cara yang meluas bagi murid yang dibimbing oleh guru sehingga murid belajar secara individu dapat belajar. Penggunaan bahan-bahan harus berasaskan kepada beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan murid, strategi pengajaran. dan kebolehan murid. Kepelbagaian media kaan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental.

Sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk strategi pemusatan bahan adalah seperti berikut:

  • Slaid dan filem jalur
  • Projektor lutsinar
  • Pita rakaman dan televisyen
  • Model-model  3 D seperti glob, rangka manusia
  • Modul terancang
  • Pakej pembelajaran  dengan penggunaan komputer

 

Contoh penggunaan  bahan /sumber sebagai strategi pengajaran adalah seperti berikut6:

  • Komputer: digunakan untuk latih tubi, latihan dan permainan pendidikan
  • Internet; membolehkan murid memfokus kepada isu-isu global.
  • Slaid dan transperansi : memahami sesuatu dengan lebih mudah , cepat dan penanggapan.
  • Gambar, peta, dan carta : menarik minat dan memahami sesuatu dengan lebih jelas.

Ciri-ciri  bagi strategi pemusatan  bahan sumber pembelajaran

  1. Bahan pembelajaran memainkan peranan penting.Pengantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
  2. Komunikasi/interaksi berlaku  antara guru/bahan atau murid / bahan pembelajaran.
  3. Kece3kapan , kemahiran penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran diutamakan.
  4. Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih tentang kemahiran , kefahaman dan berdikari.
  5. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
  6. Peluiang interaksi antara murid. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil.Contohnya uji kaji, projek, perbincangan dan sebagainya.
  7. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran.
  8. Kaedah dan teknik: komputer, bahan cetak, buku, mudul, buku teksbuku rujukan, kamus, pita perakam, carta, peta, graf, spesimen,slaid, video, televisyen, projektor, dan sebagainya.
  9. Demontrasi: murid-murid membuat pemerhatian ke atas demontrasi yang ditunjukkan oleh guru.
  10. Aplikasi: murid-murid mengaplikasikan pengetahuan baharu.
  11. Pengaktifan: murid-murid mengaktifkan pengatahuan/pengalaman baharu.
  12. Integrasi: murid-murid menyepadukan pengetahuan baharu dalam kehidupan.
  13. Pemusatan tugasan: murid-murid mengambil bahagian dalam strategi pengajaran pemusatan tugasan.

 

4. Strategi Berasaskan Tugasan/Aktiviti

Strategi berpusatkan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan murid dalam aktiviti/tugasan  yang memberi peluang kepada murid untuk memilih atau mengaplikasikan apa-apa  yang dipelajari ( dalam proses memberi bimbingan dan strategi-strategi  mempermudahkan tugasan atau bantuan atau scaffolding  yang membolehkan mereka menyempurnakan  aktiviti dengan jayanya).Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. Menurut J. Dewey (1910), melalui aktiviti murid, intelek, rohani, sosial, dan jasmani mereka dapat dikembangkan dan murid akan belajar dengan lebih  berkesan melalui cara yang praktik. Contohnya aktiviti membaca, menulis, bermain, berbincang, dan lain-lain.

  • Antara kriteria yang dipilih dalam pemilihan atau membentu aktiviti adalah seperti berikut:
  • Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada maklumat utama topik yang ingin diajar.
  • Berdasarkan matlamat pengajaran, pelbagai aktiviti dapat disediakan.
  • Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi , bukan aktiviti yang dilaksanakan secara individu.
  • Aktiviti juga harus berkait dengan peristiwa atau isu semasa.
  • Aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau  serta disusuli  jika menginginkan  impak yang berkesan.

Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuannya agar murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti. Murid hendaklah jelas tentang matlamat  yang ingin dicapai.Apabila murid ingin melaksanakan aktiviti, guru memantau kemajuan dan menyediakanbantuan jika perlu. Kesemua tugasan perlu disusuli dengan refleksi atau perbincangan. Guru menyemak dan memberi maklum balas umum tentang prestasidan mengukukuhkan idea-idea utama.

 

Dalam usaha meningkatkan keberkesanan tugasan aktiviti pengajaran dan pembelajaranberdasarkan tugasan aktiviti yang berikut:

  1. Proses penggunaan bahan pengajaran di dalam bilik darjah hendaklah dirancang mengikut langkah-langkah yang akan disampaikan.
  2. Proses tersebut termasuk set induksiseperti menerangkan cara dan tujuan penggunaan bahan pengajaran.Aktiviti menilai keberkesanan penggunaan bahan-bahan pengajaran hendaklah diadakan.
  3. Aktiviti mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian.
  4. Aktiviti juga bertujuan  mengukukuhkan pelajaran yang baharu disampaikan dan membolehkan guru mengenal pasti kebaikan dan kelemahan penggunaan bahan pengajaran.Bahan-bahan hendaklah dipilih  berdasarkan oljektifyang ditentukan terlebih dahulu.
  5. Kandungan hendaklah mengandungi  fakta yang tepat dan sesuai digunakan mengikut kebolehan pelajar.
  6. Sekiranya buku teks digunakan sebagai bahan pelajaran, kandungan hendaklah dibaca oleh guru terlebih dahulusupaya kelemahan dalam kandungannya dapat dikenal pasti, kemudian mengubahsuai mengikut objektif dan topik pelajaran yang diajar.