1a. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Guru menilai keperluan-keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar.Pengajaran juga sebagai proses interaktif , melibatkan classroom talk yang berlaku antara guru dan murid semasa aktiviti dilaksanakan.
Manakala pembelajaran adalah merujuk kepada perubahan tingkah laku yang kekal, hasil daripada amalan atau pelbagai jenis pengalaman. Hal ini bermaksud pembelajaran sudah berlaku apabila murid-murid mampu melakukan sesuatu yang baharu berbanding dengan sebekumnya.