Contoh Isi Jawapan

1a. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Guru menilai keperluan-keperluan  pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan  strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti  yang sesuai untuk pelajar.Pengajaran juga sebagai proses  interaktif , melibatkan classroom talk yang berlaku antara guru dan murid semasa aktiviti dilaksanakan.

Manakala pembelajaran adalah merujuk kepada perubahan tingkah laku yang kekal, hasil daripada amalan  atau pelbagai jenis pengalaman. Hal ini bermaksud pembelajaran  sudah berlaku  apabila murid-murid  mampu melakukan  sesuatu yang baharu berbanding dengan sebekumnya.

Contoh Soalan

EDUP3033-Murid dan Pembelajaran

Bahagian A (60 markah)

Jawab semua soalan

1.    Pengajaran yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran yang bermakna.  Guru perlu memainkan peranan penting untuk membantu murid memperolehi pengetahuan.

a. Nyatakan pengertian pengajaran dan pembelajaran.

[ 5 markah ]

b. Tunjukkan cara guru mempertingkatkan persepsi murid dalam proses pembelajaran.

[ 10 markah ]

 

2. Setiap murid adalah unik dan berbeza.Perbezaan murid mempengaruhi gaya dan proses pembelajaran mereka.

a. Nyatakan empat langkah gaya pembelajaran Model Kolb (1984) dalam pembelajaran murid.

[ 5 markah ]

b. Kemukakan cara-cara bagaimana guru dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira pembelajaran murid.

[ 10 markah]

 

3. Teori pembelajaran Konstruktivis menyatakan  bahawa murid membina pengetahuan baharu berdasarkan pengalaman sebenar melalui interaksi dengan orang lain.

a. Huraikan konsep zon perkembangan proksimal

[ 5 markah ]

b. Princikan cara guru melaksanakan  strategi berpuisatkan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

[ 10 markah ]

4. Guru harus menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk merapatkan jurang pembelajaran dalam kalangan murid seperti pembelajaran secara berkumpulan atau pembelajaran secara individu.

a. Jelaskan prinsip-prinsip  pembelajaran koperatif.

[5 markah]

b. Huraikan kelebihan pembelajaran  masteri  sebagai strategi  pengajaran dan pembelajaran  yang berpusatkan murid.

[10 markah]

Bahagian B (40 markah)

Jawab dua soalan

 

1.   Anda mengajar mata pelajaran bahasa Melayu kelas Tahun 3. Murid kelas tersebut lemah dan hampir semua mata pelajaran.Empat orang murid kelas tersebut tidak dapat menguasai kemahiran asas , enam orang daripada mereka sentiasa ponteng sekolah. Kebanyakan murid kelihatan tidak berminat dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Mereka tidak memberi perhatian dan tumpuan semasa anda mengajar.

Berdasarkan seniario di atas, tunjukkan implikasi  Teori Pembelajaran Sosial  Albert Bandura  terhadap pengajaran dan pembelajaran  murid-murid kelas tersebut.

[20 markah ]

 

2. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan pendidikan masa lampau.Tujuan pengajaran abad ke-21 adalah untuk melahirkan murid yang mahir falam komunikasi, produktif, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan mahir penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Berdasarkan pernyataan di atas cadangkan bagaimana guru boleh melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi?

[ 20 markah ]

3. Seorang guru yang berkesan ialah guru yang dapat meransang minat, motivasi, potensi dan sikap positif terhadap pembelajaran di kalangan murid.

Beri pendapat anda, bagaimana guru boleh memotivasi murid-muridnya supaya dapat belajar dengan berkesan berdasarkan perspektif Humanistik?

[ 20 markah ]