Implikasi Motivasi terhadap PnP

Keberkesanan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran dari perspektif  Behavioris, Kognitif, dan Humanistik banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh guru dan suasana dalam bilik darjah.

Peranan Guru

Pencapaian murid dalam pendidikan banyak bergantung kepada motivasi di dalam diri murid dan usaha guru untuk memudahkan penerimaan ilmu semasa proses PnP . Guru yang bermotivasi tinggi sentiasa mengharapkan muridnya berjaya . Guru menjadi pembantu murid dalam memperbaiki diri dan menyelesaikan tugasan murid melalui bimbingan dan kriotikan. Suasana begini memberi peluang kepada murid memperbaiki konsep kendiri dan mempertingkatkan tahap aspirasi serta motivasi dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Guru perlu lebih memberikan perhatian kepada murid yang bermasalah dan berprestasi rendah dengan memberi peluang dan masa untuk mereka menjawab soalan di samping mencari ruang untuk memuji mereka walaupun pada pencapaian yang minima.

Guru sebagai pemimpin dalam bilik darjahperlu menggunbakan lebihan masa untuk memahami keperluan murid dengan mendalami bidang psikologi kanak-kanak dan remaja. Hal ini bagi memberikan bimbingan peribadi dan penilaiansecara telus kepada murid. Guru juga dituntut untuk mempertingkatkan kemahiran potensi diri seperti menguasai pedagogi yang menyeronokkan dengan menerapkan elemen-elemen seni muzik, seni visual, pegerakan kreatif, menyedia dan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik serta bermakna. Hal ini akan memberi inspirasi kepada murid untuk menjadi insan yang berjaya dan berguna pada masa hadaapan.

Guru jyga dituntut agar bersifat penyayang antara semua ahli untuk memenuhi  keperluan kasih sayang . Guru perlu memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid dan memberi motivasi serta peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam proses pembelajaran.  Di samping itu, guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan murid dengan tujuan meningkatkan keupayaan mereka , meningkatkan peluang dalam memenuhi keperluanpenyuburan diri murid iaitu memperolehi ilmu pengetahuan, menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi , dan menikmati kepuasa pencapaian diri dari aspek fisiologi, psikol;ogi, emosi dan intelek.

Suasana dalam bilik darjah

Bilik darjah yang kondusif dari perspektif fizikal, sosial dan psikologi secara tidakl langsung dapat memotivasikan murid untuk rajin datang ke sekolah, menyayangi guru dan menyayangi rakan sekelas serta meransang minat untuk terus belajar. Keberkesanan aktiviti dalam bilik darjah juga sangat bergantung kepada heraki keperluan manusia yang dapat dipenuhi dan keperluan asasa murid yang telah dipenuhi.

Suasana bilik darjah yang kondusif adalah dengan mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, gembeira, harmonis dan selamat serta semua murid berpeluang melibatkan diri secara aktif . Justeru penyediaan bilik darjah abad ke-21yang dicadangkan oleh pihak kementerian seperti susun atur kerusi dan meja secara berkelompok, menyediakan ruang parking lot untuk menyatakan persoalan, memberikan respons secara terus kepada pengajaran guru dengan menggunakan  kad traffict light , dengan kelengkapan pelbagai media berteknologi seperti smart board, sebenarnya memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi diri dan memotivasi diri dalam pembelajaran.

Kesediaan guru mentransformasikan  kaedah pengajarannya dapat mengembangkan lima kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid bagi memantapkan diri mereka menghadapi cabaran pada masa kini dan pada masa hadapan. Murid akan termotivasi untuk menguasai ilmu kemahiran peneguhan peribadi, iaitu kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif, berkebolehan bekerja  secara koperatif dan kolaboratif , berkomunikasi dengan jelas, menyerlahkan kreativiti  dalam hasil tugasan dan memperteguh amalan pelbagai budaya dalam hubungan interpersonal.

Justeru, motivasi dalam pembelajaran dianggap sebagai penggerak utama kepada murid dalam menjana tingkah laku positif terhadap tanggung jawab belajar, menstruktur pemikiran secara jelas, memahami emosi kendiri dan emosi orang lain , membentuk krangka hala tuju  dan meneroka minatserta kecenderungan murid untuk mencapai matlamat pembelajaran jangka pendek dan jangka panjang.

 

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *