Kumpulan 1
TOPIK PEMBELAJARAN: KATA KERJA TRANSITIF DAN TAK TRANSITIF
TAJUK PROJEK: MEMBUAT BUKU CERITA
SASARAN: MURID TAHUN 6
TEMPOH: 2 MINGGU
AHLI KUMPULAN 1: NIK NAJWANI BINTI NIK MOHAMED
: ANIZAH BINTI SAIDIN
: NOOR SYAFIKAH BINTI ABD RAHMAN
MEMULAKAN PROJEK:
- Guru menjelaskan berkenaan konsep kata kerja transitif dan tak transitif kepada murid.
- Guru membimbing murid untuk memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber. Sebagai contoh:
- Majalah : Dewan Pelajar terbitan DBP
- Internet: http://tunasbahasamelayu.blogspot.my/2011/04/kata-kerja.html
- Surat khabar
- Dan lain-lain
MEMBANGUNKAN PROJEK:
- Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid.
- Guru menunjukkan contoh buku cerita kepada murid.
- Guru menetapkan tema buku cerita yang akan dihasilkan oleh murid iaitu Alam Sekitar.
- Guru membimbing murid mengenal pasti dan menggunakan kata kerja yang sesuai untuk menghasilkan buku cerita tersebut.
- Murid dikehendaki menyiapkan buku cerita tersebut dalam masa seminggu.
MENAMATKAN PROJEK:
- Guru menganjurkan Pertandingan Bercerita berdasarkan buku cerita yang telah dihasilkan oleh murid.
- Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil bagi menyertai Pertandingan Bercerita.
- Guru akan memilih pemenang bagi pertandingan tersebut.
DOKUMENTASI PROJEK:
- Buku cerita yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan akan digabungkan dalam bentuk folio.
- Rakaman akan dibuat oleh murid semasa Pertandingan Bercerita berlangsung dan akan didokumentasikan dalam bentuk VCD.
Kumpulan 2
MATAPELAJARAN : SEJARAH
TOPIK PEMBELAJARAN : TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH
TAJUK PROJEK : JOM KENALI TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI MELAKA
SASARAN : MURID TAHUN 4 (30 ORANG)
FASA 1 : PERMULAAN PROJEK
- Guru membimbing murid-murid mengenali tempat-tempat bersejarah di Melaka.
- Maklumat diperoleh daripada :
- Sumber internet
(http://www.melakacom.net/malay/tempat_menarik/Historical_Places.htm)
- Perpustakaan
- Sumber manusia (guru/ibu bapa/rakan)
- Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan berikut :
Kumpulan 1 : menghasilkan 3 buah buku skrap.
Kumpulan 2 : menghasilkan 5 buah sajak.
Kumpulan 3 : mengumpul gambar-gambar sepanjang proses lawatan.
FASA 2 : PEMBANGUNAN PROJEK
- Guru membawa murid melawat ke tempat-tempat bersejarah di Melaka.
- Murid-murid perlu mengumpulkan maklumat dengan menggunakan alat atau cara yang bersesuaian untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.
FASA 3 : MENAMATKAN PROJEK
- Murid mengadakan karnival mini tentang tempat-tempat bersejarah di Melaka.
- Setiap kumpulan perlu mempamerkan hasil tugasan pada pameran tersebut.
Kumpulan 1 : membentangkan 3 buah buku skrap.
Kumpulan 2 : mendeklamasikan 5 buah sajak.
Kumpulan 3 : membentangkan gambar-gambar ketika proses lawatan.
FASA 4 : DOKUMENTASI PROJEK
- Pembukuan hasil karya murid yang telah dihasilkan ke dalam bentuk folio dan juga fail.
Disediakan oleh :
- NURHIDAYATI BINTI MOHAMED NOR
- WAN NUR AFIFAH BINTI WAN AHMAD AZUAN
- SITI NORFHATIHAH BT MOHD SOBRI
Kumpulan 3
Project Based Learning – Bahasa Melayu (SK)
Projek ‘Gaya Hidup Sihat’
Mata pelajaran : Pendidikan Kesihatan (gaya hidup sihat)
Tajuk : Amalkan Gaya Hidup Sihat
Sasaran : Semua warga sekolah
Kumpulan 3 : Ellsie Vieann Alphonsos
: Nadiana binti Jairin
: Noramira binti Amir
Pelaksanaan Projek Gaya Hidup Sihat:
Fasa 1 – Memulakan Projek
- Guru membimbing murid membuat kaji selidik tentang kepentingan gaya hidup sihat serta cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat.
- Maklumat dikumpul melalui pelbagai sumber seperti internet, perpustakaan dan orang sumber.
Fasa 2 – Membangunkan Projek
- Guru membawa murid ke gymnasium yang terdekat untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berzumba, yoga dan senamrobik.
- Guru mengadakan ceramah di sekolah tentang pemilihan makanan yang sihat dengan menjemput pegawai kesihatan daerah yang berkenaan.
Fasa 3 – Menamatkan Projek
- Murid membuat pertandingan zumba atau senamrobik dengan memberikan tema lagu yang bersesuaian.
- Murid melaksanakan karrnival “Gaya Hidup Sihat” terbuka yang mengandungi pameran, jualan makanan dan pertandingan-pertandingan seperti memasak dan sebagainya.
- Mengadakan hari “Jom Sihat” yang menawarkan pemeriksaan percuma kepada seluruh warga sekolah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.
Fasa 4 – Dokumentasi Projek
- Guru membimbing murid mengumpul maklumat dan bahan bukti bergambar tentang projek yang telah dilaksanakan.
- Hasil pelaksanaan projek telah dibukukan dalam bentuk folio dan buku skrap serta dalam bentuk media iaitu melalui video
Rujukan Internet:
Mahasiswa UUM. (2010). http://kesihatansemua.blogspot.my/2010/09/gaya-hidup-sihat-gaya-hidup-sihat.html [26 April 2017].
Kumpulan 4
NAMA PROJEK : MENGENALI DAN MENCINTAI MALAYSIA
SASARAN : MURID TAHUN 4
TEMPOH : 4 MINGGU
NAMA AHLI KUMPULAN :
- MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN MOHD IDRIS
- MUHAMMAD BUQHARI BIN FAUZI
FASA SATU, PERMULAAN PROJEK (minggu pertama) :
- Guru membimbing murid-murid untuk mengetahui sejarah kemerdekaan Negara Malaysia.
- Guru menyatakan kepada murid tentang kepentingan semangat patriotisma kepada murid-murid.
- Maklumat dikumpul daripada pelbagai sumber daripada buku dan internet. Contohnya:
http://1011h6p1.blogspot.my/2010/08/sejarah-ringkas-kemerdekaan.html
FASA DUA, MEMBANGUNKAN PROJEK ( minggu kedua):
- Guru membawa lawatan sambil belajar bersama murid ke tempat-tempat bersejarah.
- Tempat yang dilawati:
-Muzium Negara
-Tugu Negara
-Arkib Negara
-Stadium Merdeka
- Murid diminta mencatat sejarah kronologi kemerdekaan Negara dan tempat bersejarah bagi kemerdekaan Negara.
- Murid diminta menyatakan perasaan pejuang kemerdekaan yang sanggup berkorban demi kebebasan Negara.
- Murid mencari kepentingan semangat patriotisma melalui lawatan ke Muzium Negara dan Arkib Negara.
FASA TIGA, MENAMATKAN PROJEK (minggu ketiga):
- Guru menganjurkan ‘Hari Patriotik’ di sekolah untuk menilai tahap pemahaman murid tentang sejarah kemerdekaan Negara dan kepentingan semangat patriotisma dalam diri.
- Murid perlu menyertai pertandingan ‘sketsa kemerdekaan’ yang dijalankan sempena ‘Hari Patriotik’ di sekolah.
FASA EMPAT, DOKUMENTASI PROJEK (minggu keempat):
- Murid mengumpulkan maklumat dan bahan bukti bergambar untuk menghasilkan folio atau buku skrap yang menarik.
Kumpulan 5
Topik pembelajaran : Budaya kaum di Malaysia
Tajuk projek : Jom kenali kuih tradisional mengikut kaum di Malaysia.
Sasaran : Murid tahun 6
LANGKAH – LANGKAH PELAKSANAAN
MEMULAKAN PROJEK
- Guru membimbing murid membuat kaji selidik tentang jenis kuih mengikut kaum di Malaysia, cara pembuatan dan simbolik pembuatan kuih.
- Maklumat dikumpul melalui pelbagai sumber seperti internet, bacaan buku dan sumber manusia.
MEMBANGUNKAN PROJEK
- Guru membimbing murid membuat lawatan ke kilang membuat kuih, membuat temuramah dengan orang sumber dan mengumpul maklumat melalui paparan video hasil carian di internet.
- Murid membuat catatan, rakaman dan video tentang kuih tradisional mengikut kaum di Malaysia. Bahan ini menjadi bukti pembelajaran di dalam kelas.
MENAMATKAN PROJEK
- Guru membimbing murid menguruskan maklumat yang diperolehi dalam pelbagai dimensi mengikut kreativiti masing-masing.
- Murid dilatih menghasilkan karya kreatif seperti resepi masakan dan penulisan.
- Kemuncak daripada itu ialah mengadakan karnival “Jom kenali kuih tradisional mengikut kaum di Malaysia” berbentuk pasar ria, pameran, dan pertandingan menghasilkan kuih tradisional mengikut kaum di Malaysia.
DOKUMENTASI PROJEK
- Fasa ini melibatkan urusan mengumpul maklumat dan bahan bukti bergambar, berjadual dan sebagainya.
- Disusun mengikut sub tema membentuk folio dan buku skrap.
Kumpulan 6
Tajuk : Susur Budaya Kuih Tradisional Melayu
Projek : Dapur Panas
Sasaran : Murid Tahap 2
Tempoh : 2 Minggu
Fasa :
Memulakan Projek
- Guru membimbing murid mencari maklumat tentang kuih tradisional iaitu bahan yang digunakan, cara pembuatan dan harga di pasaran.
- Maklumat dikumpul melalui internet, buku, majalah dan sumber manusia.
Membangunkan Projek
- Guru dan murid membuat lawatan ke tempat perusahaan kuih tradisional Melayu.
- Guru menganjurkan karnival susur budaya kuih tradisional Melayu di sekolah :
– pameran
– sajak
– pertandingan membuat kuih tradisional Melayu
– forum
Menamatkan Projek
- Guru membimbing murid menguruskan maklumat yang diperolehi mengikut kreativiti masing-masing.
- Murid dihasilkan karya kreatif bersumberkan maklumat dan bahan daripada kuih tradisional seperti resepi baharu, lukisan kraf tangan, sajak dan sebagainya.
Dokumentasi Projek
- Mengumpul maklumat dan bukti bergambar, berjadual dan sebagainya.
- Disusun mengikut sub tema membentuk folio dan buku skrap.