Motivasi Pembelajaran Dalam Pelbagai Perspektif

Perspektif Behavior

Dari segi perspektif Behavior, motivasi mendorong perubahan tingkah laku akibatinteraksi pengalaman seseorang dengan persekitaran. Prionsip yang diamalkan adalah memberi motivasi  kepada murid dalam bentuk  ganjaraan atau dendaan luaran. Menurut Skinner, motivasi ekstrinsik  dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

  1. Ganjaran: satu objek atau peristiwa yang diberi  kepada murid hasil  daripada manifestasi  sesuatu tinfgkah laku yang diingini. Contoh:  Guru memberi token ekonomi berbentuk bintang kepada murid-murid yang berjaya menyelesaikan masalah pembelajaran  dengan betul dalam masa yang diperuntukan. Murid akan mengumpulkan bintang  atau mata ganjaran  bagi meraih ganjaran yang lebih besar.
  2. Insentif; sesuatu objek atau peristiwa  yang menggalakkan tingkah laku  positif atau menghindarkan tingkah laku yang tidak diingini. Contoh: guru membgeri janji  atau jaminan kepada murid  yang berjaya mengumpulkan  sejumlah token  ekonomi yang ditetapkan.

Apabila motivasi berdasarkan pendekatan Behavior di dalam bilik darjah adalah mengamalkan  pemberian pengukukuhan secara konsisten dan sesuatu tingkah laku positif yang diperhatikan. Murid diberi ganjaran seperti perhatian, kasih sayang, kata-kata pujian, hak-hak istimewa atau wang sekiranya mereka memperolehi pencapaian cemerlang dalam aktiviti yang disertai. Pemberian ganjaran adalah berdasarkan pencapaian yang sebenar dan kerana berlakunya peningkatan kompentensi, nammun hal ini bukan sahaja untuk tujuan mengawal disiplin dalam bilik darjah sahaja. Contohnya murid yang membuat latihan dengan mendapat semua jawapan yang betulakan diberi bintang. Prinsip memberi ganjaran dan peneguhan  dapat mengekalkan  tingkah laku yang dikehendaki berbanduing mendenda murid  yang bertingkah laku negatif.

Beberapa kaedah lain yang bolegh memotivasikan murid dari perspektif Behavioris adalah seperti berikut:

  1. Guru mengiktiraf fan memberi peneguhan kepada kejayaan murid serta membantu murid menimbang nilai dan manfaat peribadi terhadap pembelajaran.
  2. Insentif positif dalam pembelajaran diberikan dalam bentuk menghadiahi bintang, memberi skor dan gred yang baik berdasarkan hasil kerja murid yang memuaskan.
  3. Mempamer hasil kerja murid pada papan buletin.
  4. Menganugerahkan sijil pencapaian
  5. Memberi peluang kepada murid untuk mel;akukan aktiviti yang digemari seperti membenarklan  murid bermain game yang diminati.
  6. Memberi peluang kepada murid untuk mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah secara percuima.

Apabila guru ingin menggunakan peneguhan ekstrinsik dalam mengawal tingkah lakumurid-muridnya, maka guru harus memastikan bahawa peneguhan tersebut sememangnya perlu dan sesuai , iaitu apabila tel;ah dikenalpasti bahawa murid berkenaan tidak mempunyai keinginan intrinsik untuk menguasai kemahiran akademik atau tiingkah laku yang baik. Peneguhan ekstrinsik yang berterusan akan meningkatkan kemahiran dan kompentensi murid  bertambah baik sehingga murid mula beranggapan  bahawa aktiviti tersebut memang sesuai untuk mereka. Oleh hal yang demikian, guru harus konsisten memberi ganjaran kepada sesuatu tingkah laku  yang diharapkan kerana secara tidak langsung usaha ini akan membentuk kebiasaan dalam diri murid untuk bertindak dengan cara yang diharapkan.

 

Perspektif Kognitif

Ahli teori Kognitif seperti MaxWertheimer (1880-19430 Johd Piaget melihat pembelajaran sebagai satu fenomena mental dalaman dan bukan perubahan tingkah laku luaran. Hal ini bermakna, apa-apa yang dipelajari berkemungkinan dapat ditunjukkan melalui perubahan tingkah laku .

Andaian mereka tentang cara manusi belajar adalah seperti berikut:

  1. Pembelajaran adalah satu proses dalamanseseorang yang mungkin menghasilkan perubahan tingkah laku atau sebaliknya.
  2. Proses-proses kognitif akan mempengaruhi hasil terhadap sesuatu yang dipelajari.
  3. Seseorang dapat membuat andaian dan kesimpulan tentang proses kognitif seseorang dengan memperhatikan cara manusia bertindak balas.
  4. Manusia boleh memilih tentang apa-apa yang merekaakan proses dan pelajari.
  5. Proses pembelajaran adalah rumitdan unik kepada sesetengah manusia.

Implementasi motivasi dari perspektif Kognitif dengan penekanan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh dara manusia berfikir tentang diri mereka dan persekitaran. Bentuk tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang diterangkan berdasarkan empat pengaruh  yang berikut iaitu:

  1. Keperluan untuk membina sesuatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten.
  2. Harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan jayanya.
  3. Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan seseorang sama ada menghasilkan kejayaan atau kegagalan.
  4. Kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.

Dari perspektif Kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahusecara intrinsik, bermotivasi, dan suka meneroka untuk menyelesaikan masalah serta membantuk tingkah laku bagi menyesuaikan diri. Justeru kaedah untuk memotivasikan murid dalam konteks  PnP ialah guru harus meransang naluri ingin tahu murid dan menyokong kebolehan murid untuk berjaya.

Terdapat dua jenis teori Kognitif iaitu

2. Teori Atribusi Weiner

Teori Atribusi Weiner merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi motivasi akademi, Weiner m,enegaskan bahawa murid aikan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Penekanan tertumpu  kepada persepsi murid yang mempengaruhi  cara mereka mentafsirkan kejayaan atau kegagalan hasil usaha sendiri dan turut mempengaruhi kecenderungan murid untuk mengulangi tingkah laku yang sama.

Menurut Weiner, atribut atau kualiti karakter  seseorang wujud  dalam tiga dimensi iaitu:

  1. Lokus; Lokasi sesuatu penyebab berada.
  2. Satbiliti : penyebab boleh berubnah atau tidak berubah.
  3. Kawalan : Sejauhmana murid bertanggung jawab atas kejayaan atau kegagalan mereka dalam mengawal situasi pembelajaran yang dilalui.

Terdapat empat faktor yang mempengaruhi motivasi dalam pendidiklan  berasaskan perspektif  kognitif iaitu:

  1. Kebolehan
  2. Usaha dengan lokusnyaada dalam diri murid
  3. Nasib
  4. Aras kesukaran sesuatu tugansnan dengan lokusnya di luar kawalan murid

Dalam peroses PnP, peranan guru diperlukan untuk meningkatkan motivasi murid.

Antaranya:

  1. Guru perlu membantu murid untuk percaya bahawa mereka ialah kompenten. Kegagalan hanya berlaku sekai sekala atau mungkin disebabkan oleh nasib dan usaha yang tidak mencukupi.Justeru perkara ini tidak akan berlaku  pada masa hadapan.
  2. Guru menggalakkan murid untuk berusaha  dan melipatgandakan usaha jika berjaya.
  3. Guru memastikan murid berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Guru perlu melakukan sesuatu agar murid tidak gagal beruilang kali supaya murid berasa tidak kompenten.
  4. Guru membantu murid untuk memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa kepada kejayaan atau kegagalan.
  5. Guru meransang konsep kendiri murid dan memfokus usaha sebagai faktor kejayaan.

 

2. Teori Ekspektasi x Nilai

Menurut Victor  H, Vroom, ” kita biasanya dimotivasi untuk melaklukan sesuatu berdasarkan apa-apa yang kita anggap sebagai impak ke aatas tindakan kita. Kita akan mengkaji ganjaran yang timbul hasil daripada tindakan yang kita ambil. Seterusnya kita bertindak mengikut cara yang akan membawa kejayaan dan pemberian  ganjaran yang paling besar ”

Teori Ekspektasi x Nilai menjelaskan bahawa motivasi adalah gabungan antara dua elemen penting , iaitu nilai dan ekspetasi. Dengan perkataan lain, motivasi merupakan fungsi ekspetasi seseorang untuk mencapai matlamat dan nilai yang diletakkan pada matlamat tersebut. Motivasi adalah hasil harapan dan nilai. Jika keduia-dua elemen ini sifar, maka tidak akan wujud motivasi ke arah pencapaian matlamat. Oleh itu guru perlu memastikah bahawa tugasan yang diberikan kepada murid mampu dikuasai dan dikembang sehingga membolehkan murid mencapai kejayaan.

Dua konsep penting dalam teori motivasi oleh Victor adalah seperti berikut:

  1. Nilai tugasan yang dipersepsikan atau dipersoalkan. Nilai ini berdasarkan kepercayaan kognitif peribadi setiap individu termasuk matlamat, nilai, dan minat.
  2. Ekspektasi , iaitu kepercayaan tentang kompetensi  peribadi dan kebolehan individu terhadap tugasan.

Berdasarkan teori Ekspektasi x Nilai , seseorang guru perlu

  • Meransang murid untuk menghargai nilaipendidikan sebagai satu cara untuk meningkatkan taraaf hidup murid.
  • Memberi semangat berkenaan nilai pendidikan dengan membawa model yang telah berjaya untuk dikongsi kejayaan.
  • Memberi penekanan kepada murid bahawa model yang berjaya kini ialah murid yang tidak cemerlang pada masa dahulu.
  • Memastikan tugasan penguasaan dan perkembangan yang membolehkan murid memperolehi kejayaan.

 

Perspektif  Humanistik

Perspektif Humanistik menekankan bahawa manusia menginginkan kebebasan peribadi dalam membuat pilihan dan memiliki kegigihan kendiri yang mendorong untuk melakukan tingkah laku tertentu ke arah penyempurnaan kendiri. Pada dasarnya perspektif Humanistik menyakini9 bahawa manusia dilahirkan dengan kecenderungan semulajadi dan ada keperluan untuk berusaha mencapai potensi yang optimum.Kesedaran ini menunjukkan bahawa semua manusia mempunyai keinginan dalaman untuk mencapai segala yang mereka inginkan.

Manusia dimotovasi untuk memuaskan diri dalam mencapai keperluan-keperluan daripada keperluan asas sehingga krhierki  keperluan kesempurnaan  diri. Abraham Maslow (1908-1970) merupakan salah seorang pelopor yang membuat kajian mengenai peranan keperluan dalam menentukan motivasi. Menurut Hierarki Keperluan Maslow, keperluan merupakan desakan  yang memotivasikan seseorang untuk bertindak terhadap sesuatu matlamat sama ada untuk memenuhi  keperluan fisiologi, psikologi, emosi atau intelek. Perspektif Humanistik juga meninjau tentang ciri-ciri peribadi seseorang seperti kompetensi kendiri, harga diri, kegigihan  kendiri, penmcapaian kendiri, dan autonomi serta memberi penekanan terhadap individu yang mengawal secara dalaman tentang proses hidup.

Dalam konteks pembelajaran, matlamat pendekatan Humanistik adalah untuk meransang pengalaman murid supaya mereka dapat bertindak lebih terbuka terhadap pembelajaran berbanding persekitaran. Justeru murid dapat mengawal diri sendiri dan tidak dipengaruhi oleh desakan luaran. Strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan motivasi secara pendekatan Humanistik  Humanistik dalam bilik darjah adalah seperti berikut:

  1. Mengamalkan penerimaan positif nurid tanpa syarat seperti mengasingkan tingkah laku murid daripada kebolehan dan bakat mereka.
  2. Mewujudkan bilik darjah yamh selamat dan tersusun supaya murid-murid-murid percaya bahawa mereka dapat belajar.
  3. Memberi pertimbangan kepada pengalaman pengajaran dan pembelajaran daripada perspektif murid-murid.
  4. Membantu murid mencapai kejayaan  terutama dalam tugasan yang mencabar.
  5. Memberi murid makenisme konkrit supaya mereka dapat melihat kemajuan masing-masing dari masa ke semasa.
  6. Mengurangkan persaingan dan mengelakkan wujudnya situasi-situasi murid dinai secara kurang adil dalam kalangan rakan sebaya.
  7. Menggalakkan murid mencari makna dalam pembelajaran secara aktif.
  8. Menggalakkan murid menentukan matlamatnya sendiri.

Ahli-ahli teori Humanistik menyatakan bahawa akrab antara guru dan ibu bapa dengan murid bpenting kerana keadaan ini akan mewujudkan motivasi instrinsik yang tinggi . Pengeliatan dan sokongan yang tinggi dari persekitaran akan meningkatkan kompentensi , tanggungjawab dan pencapaian murid. Secara tidak langsung, murid bermotivasi untuk melaksanakan tugas atau aktiviti yang diberi sehingga mencapai kepuasan. Keperluan untuk menguasai kompentensi telah mendorong murid untuk melibatkan diri dan meneroka  satu bidang secara efektif supaya berjaya menguasai pelbagai aspek kehidupan  dengan berkesan.