Motivasi dan Pembelajaran

Apabila berhadapan dengan masalah, hidup bagaikan tiada indahnya. Oleh itu kita perlu menyelesaikan masalah. Untuk menyelesaikan maslah tersebut, kita perlu bangkit dan menyelesaikannya.  Sudah pasti ada satu dorongan yang mendesak  dari luar dan dari dalam sendiri.  Robbin  and Judge (2007) mendefinisikan  motivasi  sebagai proses yang menjelaskan  intensiti, araha dan usaha yang tekun untuk mencapai  sesuatu tujuan. Oleh itu proses memotivasikan seseorang  seperti satu kuasa yang menggerakkan manusia untuk berjaya mencapai matlam,at tertentu dalam hidup. Motivasi menjadi penggerak untuk berfikir dan kemudian bertindak dengan cara yang sesuai. Individu yang bermotivasi sentiasa positif, meransang,mengarah dan mengekekalkan  tingkah laku sehingga matlamatnya tercapai.

 

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran , motivasi dianggap sebagai suatu unsur penting untuk membolehkan murid melibatkan diri secara aktif di samping menjadikan proses pembelajaran dapat berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamaruddin Hj. Hussin, 1993).  Jika ada murid yang gagal menyiapkan tugasan kerana bosan untuk belajar, maka murid perlui diberi motivasi dengan kaedah tertentu supaya tingkah laku dapat kembali positif untuk bnelajar. Motivasi dan pembelajaran dalam bilik darjah sentiasa seiring bagi memastikan proses PnP  yang dirancang dilaksanakan dirancang dilaksanakan dengan jayanya.

 

Jenis-Jenis Motivasi

Secara amnya terdapat dua jenis motivasi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu teknik motivasi intrinsik dan teknik motivasi ekstrinsik.

 

Motivasi Intrinsik

Motivasi intrinsik ialah  dorongan dan minat yang terdapat  dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira  ganjarannya. Teknik motivasi intrinsik  berkait rapat dengan sifat semula jadi seseorang murid dengan unsur sedia ada  dalam pembelajaran.  Murid yang belajar tanpa diarah atai dikerah untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti pembelajaran dikatakan mempunyaio motivasi intrinsik yang kuat.  Mereka lazimnya dapat menyiapkan aktiviti pembelajaran tanpa bergantung  pada faktor luaran atau persekitaran . Sebaliknya mereka akan menggunakan semua elemen  yang ada dipersekitaran untuk menyokong aktiviti pembelajan sehingga berjaya mencapai kehendak tugasan yang ditetapkan. Hasil kajian lalu membuktikan bahawa murid yang bermotibasi intrinsik lebih barjaya  berbanding murid yang bermotivasi  ekstrinsik. Olej itu, motivasi intrinsik merupakan ganjaran semulajadi yang berasal daripada gerakan  dalaman individu itu sendiri.

Cara yang sesuai untuk memotivasikan murid  secara intrinsik adalah seperti berikut:

  1. Rangsangkan murid untuk mencari pengetahuan.
  2. Gunakan strategi-strategi seperti kejutan, keraguan, kekeliruan, dan konflik untuk mengekekalkan  naluri ingin tahun.
  3. Gunakan pelbagai medium persembahan seperti persembahan TMK, domontrasi dan main peranan.
  4. Minta murid menentukan matlamat sendiri.
  5. Teknik permainan dan simulasi.

Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik tercipta daripada faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Punca motivasi wujud daripada persekitaran (Woolfolk,2006). Motivasi ekstrinsik ditakrifkan sebagai penggerak dari luar yang mendoorong seseorang untuk melakukan sesuatu kerana ingin ganjaran nyata yang disediakan. Pernakah anda membeli sesuatu barang yang sebenarnya anda tidak memerlukan barang tersebut, namun anda membelinya  kerana teruja untuk mendapatkan ganjaran  sampingan yang ditawarkan?

Dalam konteks pembelajaran, motivasi ekstrinsik merupakan galakan atau tarikan  yang diwujudkan daripada persekitaran luar pembelajaran. Situasi ini membawa maksud motivasi ekstrinsik  berkait dengan unsur luaran yang tidak semula jadi dengan pembelajaran. Ganjaran seperti pujian, hadiah, markah, gred, wang dan penghargaan  diberikan kepada mereka yang berjaya melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti dengan cemerlang di samping pencapaian prestasi yang membrangsangkan.

Dalam keadaan tertentu, motivasi ekstrinsik merupakan bentuk motivasi yang paling sesuai untuk pencapaian akademik atau tingkah laku yang produktif. Contohnya dalam mengalihkan murid ke arah kejayaan pembelajaran dan tingkah laku positif di dalam bilik darjah.  Namun begitu, motivasi ekstrinsik mengetepikan kebolehan murid untuk menyelesaikan tugas yang diberi berdasarkan  kesanggupan dan kerelaan masing-masing. Manakala ganjaran dan dendaan pula diogunakan seolah-olaj untuk mengawal motivasi murid untuk belajarn.

 

 

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *