Kaedah dan teknik pengajaran masa kini adalah mengarah kepada memindahkan pelbagai kemahiran kepada murid yang melebihi literasi dasar eM, iaitu membaca secara kritis, menulis secara persuasif, berfikir dan memberi pendapat secara logik serta dapat mengatasi masalah yang kompleks. Guru juga dituntut memindahkan ilmu mengurus maklumat, mencari, menilai dan mengamalkan pengetahuan secara luwes.
1.Flipped Classroom
Flipped Classroom bermaksud kelas terbalik atau pengajaran terbalik. Idea ini datang daripada Jonathan Bergman dan Aaron Sams (2007), guru yang mengajar di Woodland Park High School, Woordland Park, Coloradoyang menghasilkan perisian untuk merakambahan pengajarannya dalam bentuk persembahan power point. Mereka kemudiannya memuatnaik rakaman video kuliah dalam talian internet supaya murid yang ketinggalan dalam kuliah dapat mengikuti kuliah pada bila-bila masa. Teknik kuliah secara dalam talian tersebut kemudiannya tersebar di seluruh negara. Oleh sebab itu mereka dipanggil untuk memberi taklimat tentang kaedah tersebut kepada guru-guru lain. Kaedah ini terus berkembang dan ramai di kalangan guru-guru menggunakan video podcasts dan video atas talian untuk menyampaikan pengajarannya di luar waktu. pengajaran dan pembelajaran dan di luar bilik darjah. Semasa interaksi bersemuka di dalam bilik darjah, guru membimbing murid melakukan aktiviti kolaboratif dan membuat latihan berkonsepkan masteri.
Kaedah pengajaran flip ialah satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak memanfaatkan teknologi. Murid mula mengkaji topik di rumah menggunakan pengajaran video yang disediakan oleh guru. Kemudian di dalam kelas, murid diberikan aktiviti menyelesaikan masalah atau membuat kerja-kerja amali berhubung dengan isi pelajaran yang telah mereka pelajari di rumah. Dengan lain perkataan, murid belajar di rumah dan membuat “homework” di sekolah. Peranan guru sebagai tutor yang membantu murid apabila menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan, mega simulasi maklumat, dan mencipta idea-idea baharu. Guru tidak perlu menyampaikan pelajawan awal seperti pembelajaran tradisional. Senario ini membolehkan guru mempunyai banyak masadi dalam kelas yang dapat dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti pengukukuhan dan pengayaan dalam pembelajaran berasaskan projek di samping dapat memberikan tumpuan kepada keperluan murid secara individu.
P&P Tradisional | P&P Flipped Classroom | |
1 | Guru menyajikan pelajaran, menguruskan perbincangan, kelompok, danmembuat rumusan. | Guru bersama murid membahaskan kesalahan konsep, menyelesaikan tugasan, membuat amali dan ujian . |
2 | Semawa waktu pengajaran dan pembelajaran, guru berada di hadapan kelas dan mengajar secara langsung. | Guru melaksanakan aktiviti bimbingan dan pengukukuhan. |
3 | Guru membekalkan latihan dan tugasanuntuk murid sesesaikan di rumah serta latihan akan dibincangkan semasa sesi P&P berikutnya. | Guru membekalkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam talian. |
4 | Murid membuat latihan di luar waktu P&P. | Murid menonton video dan mencatatkan fakta penting dan mengemukakan soalan. |
5 | Di rumah, guru dan murid tiada interaksi. | Guru dan murid berinteraksi secara individu dalam talian. |
Alat yang boleh digunakan untuk melaksanakan Flipped Classroom
Youtube
https;//www.youtube.com
|
|
Webquest
https://www.zunal.com/webquest
|
|
Edmodo https://www.edomodo.com |
|
Creately
https://creately.com/ |
|
Model Flipped Classroom
Tiada model khusus untuk [engajaran kaedah Flipped Classroom. Struktur pembelajaran menunjukkan bahawa murid mengikuti kuliah melalui alat perakan di luar waktu P&P dan disusuli dengan aktiviti latihan dan dengukukuhan. Perkara yang biasa dilakukan oleh guru di dalam bilik darjah adalah seperti menyampaikan isis pelajaran, latar belakang pengetahuan, dan pengalaman hidup sebenar telah diterima oleh murid di rumah melalui podcast, video Youtube, dan pelbagai sumber dalam talian. Biasanya “kerja rumah” akan dibuat dalam bilik darjah dengan bantuan guru.
Oleh hal yang demikian, Flipped Classroom bukan sekadar pembelajar menggunakan video dalam talianmenggantikan guru. Murid juga dapat belajar tanpa struktur yang rigid dan mereka banyak menghabiskan masa untuk mengikut pelajaran di atas talian. Murid mungkin diminta melihat beberapa rakaman kuliah selama lia hingga tujuh minit untuk setiap satu rakaman. Setiap satu rakaman diikuti dengan satu kuiz atas talian untuk menguji kefahaman mereka tentang apa-apa yang telah dipelajari secar interaktif.Murid dapat mengtulang tayang segemen yang kurang difahami untuk kefahaman yang lebih jelas bagi mengelakkan kekeliruaan. Di dalam bilik darjah, guru membincangkan topik yang telah dipelajari dan membuat pengukukuhan dengan menggalakkan murid bekerjasama membina dapatan baharu di samping memantau kemahiran murid.
Ciri-ciri Flipped Classroom
- Waktu interaksi guru dan murid dalam bilik darjah seperti biasa.
- Ditambah lagi dengan interaksi secara atas talian di luar jadual waktu kerja.
- Pesekitaran pembelajaran lebih luas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh murid lebih banyak.
- Kaedah pembelajaran langsung dan pembelajaran konstruktivisme boleh digabungkan.
- Murid yang tidak hadir kesekolah juga dapat mengikuti pengajaran guru.
- Wujud sebuah kelas yang dapat menghubungkan semua murid dalam pembelajaran.
Kelebihan Flipped Classroom
- Kesan penggunaan teknologi dalam kaedah Flipped Classroom dapat mengawal interaksi murid ke arah yang lebih positif.Mereka terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan mamahamibahan kuliah, memberi maklum balas kepada guru dan berbincang bersama rakan sekelasnya. Murid juga perlu membuat cacatan sendiri dan menyediakan soalan-soalan untuk dibincangkan pada waktu interaksi ketika bersemuka bersama guru dan rakan dalam bilik darjah pada keesokkannya.
- Guru terdorong untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti dalam bentuk video yang mesra pengguna.
- Waktu interaksi bersemuka antara guru dan murid adalah mengadakan pembelajaran hands-on, amali dan demontrasi guru serta melakukan aktiviti berbentuk projek yang kreatif secara individu dan berkumpulan bagi menerapkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif.
Pengajaran Flipped Classroom telah terbukti dapat mengurangkan kadar keciciran di kalangan murid dan meningkatkan kualiti belajar murid. Namun, ramai orang berpendapat bahawa pengajaran flipped Classroom mengorbankan murid yang tidak mempunyai akses kepada internet di luar sekolah. Dalam hal ini, guru-guru dapat mengatasi dengan membekalkan CD atau tumb-drive yang dimuatkan dengan video bahan pengajaran guru.
Rumusannya, Flipped Classroom menyediakan ruang dan peluang untuk membolehkan berlakunya sesi pembelajaran melalui pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru dengan menggunakan alat berteknologi bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan.
2. Blended Learning
Blended Learning bermaksud kaedah pengajaranguru dan pembelajaran murid yang menggabungkan amalan tradisional seperti pembelajaran bersemuka dalam bilik darjah dengan penggunaan teknologi sebagai pengantara seperti komputer dan rangkaian internet serta media digital. Dengan lain perkataan, Blended Learning bermaksud guru menggunakan lebih daripada satu kaedah penyampaian dalam bilik darjah. Jika guru ingin mengajar dengan menggunakan kaedah bersemuka dalam bilik darjah sahaja, maka guru tidak akan mencapai kriteria pedagogi masa kini. Hal demikian kerana pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah banyak diadaptasi dalam pengurusan pendidikan lebih-lebih lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada tahun 2005, Micheal Nelsen, Sean Fitzgerald, dan Liegh Blackall telah menghasilkan satu kaedah ini untuk membantu latihan guru di Western Sydney Institute of TAFE dan Sydney Institute of TAFE. Mereka mempromosikan alat percuma dan mudah untuk pengajaran dan pembelajarandalam talian. Idea mereka mendapat sambutan dan mereka mengadakan bengkal latihan untuk menyebarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan sumber-sumber pembelajaran.
Kaedah pembelajaran Blended Learning ini disesuaikan dalam pendidikan formal iaitu murid akan belajar dalam bilik darjahdan guru menyampaikan isi pelajaran secara interaksi bersemuka menggunakan papan tulis dan digabungkan dengan penyampaian bahan sokongan menggunakan komputer, media digital dan talian internet. Selepas waktu P&P, masa pembelajaran murid dan interaksi dengan guru tiada had kerana pembelajaran boleh berlaku menggunakan media atas talian.Aplikasi ini sangat nmemudahkan guru untuk mengumpul data dan membuat penyesuaian pengajaran dan penilaian tehadap murid dalam pengajarannya.Pihak sekolah boleh disaran dengan mengadakan aktiviti untuk muridnya dengan memilih sumber dan menyalurkan semula sumber-sumbe pembelajaran yang sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah untuk meningkatkan hasil pembelajaran murid. Guru sentiasa mengawal dan membimbing aktiviti murid dari semasa ke semasa.
Model Blended Learning mengwujudkan lima pola interaksi iaitu
- Interaksi murid dengan murid
- Interaksi murid dengan guru
- Interaksi murid dengan komuniti
- Interaksi murid dengan bahan pembelajaran
- Interaksi murid dengan teknologi
Rajah di atas menunjukkan pola interaksi Blended Learning. Sesi pembelajaran berlaku dalam dua dimensi iaitu dalam bilik darjah secara bersemuka dan di atas talian iaitu secara maya.
Apabila pembelajaran bergabung ini dapat dilaksanakan sepenuhnya, semua murid sibuk menyempurnakan tugasanuntuk menghasilkanm produktiviti yang bermutu kerana produk mereka akan dikongsi dan dinilai pada peringkat pesekitaran global secara terbuka.
3. Project Based Learning
Pembelajaran berasaskan projek (project based learning-PBL) adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang telah diperkenalkan di Malaysia. Teknik ini merupakan satu teknik pembelajaran abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam komponen-komponen 4C (Communation, Collaboration, Critical Thinking, Creativity). Teknik pembelajaran ini adalah berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai (mutiple intellehent). Perkara yang lebih ketara di sini adalah ciri-ciri PBL yang memerlukan murid berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar. Teknik ini memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk memahami sesuatu perkara secara mendalam (mastery learning). Melalui PBL, murid menjelajah pengetahuan-pengetahuanbaru, membuat pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperolehi secara bermakna (teori konstruktivisme dan teknik inkuiri). Mengikut artikel Futureworks: Trends and Challenges for Works in the 21st. Centry.
“We are living in new economy-powered by technology, fueled by information, and driven by khowledge”
Menurut Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) pula terdapat enam kemahiran yang diperlukan oleh murid untuk menghadapi abad ke-21 iaitu:
- Tanggungjawab personal dan sosial
- Kemahiran perancangan, berfikir kritikal, penaakulan dan kreativiti
- Kemmahiran komunikasi yang kuat sama ada bagi interpersonal dan keperluan pembentangan
- Kefahaman antara budaya
- Kemahiran pemahaman visual dan pembuat keputusan
- Mengetahui bila dan bagaimana menggunakan teknologi dan tahu mengenal pasti teknologi yang sesuai untuk sesuatu tugasan
Langkah-Langkah Pelaksanaan PBL
PBL dilaksanakan dengan berpandukan kepada langkah-langkah berikut:
- Mendapatkan topik penyiasatan/topik kajian: Topika ini hendaklah mengambil kira daripadan Kurikulum (Huraian Sukatan Pelajaran). Top[ik yang dipilih pula mestilah berkisar dengan kehidupan sebenar dan sesuai dengan tahap murid.
- Membuat perancangan aktiviti: Pada tahap ini murid melakukan sumbang saran secara berkumpulantentang aktiviti yang akan dibuat bagi menyokong proses inkuiri. Projek dan pelaksanaannya dibina oleh murid sendiri dengan pengawasan guru sebagai fasilitator.
- Membuat takwin aktiviti: Bagi melaksanakan projek, murid harus membuat takwim bagi pelaksanaan keseluruhan projek serta had masa untuk setiap aktiviti.
- Pemerhatian dan pemantauan: Guru sebagai fasilitator berperanan aktif sebagai fasilitator. Guru perlu membimbing murid dalam semua aspek yang memerlukan kemahiran sebelum murid melakukan sebarang aktiviti.
- Membuat penilaian: Penilaian berlaku sepanjang proses. Malah setiap aktiviti yang dilakukan oleh setiap pelajar harus dinilai melalui penggunaan rubrik. Rubrik boleh dibina dengan merujuk kepada http://rubistar.4teachers.org.
- Penilaian keseluruhan: Penilaian keseluruhan dibuat setelah projek selesai. Refleksi boleh dibuat secara individu ataupun berkumpulan. Perbincangan secara terbuka dalam kumpulan amat berkesan bagi membuat penilaian projek, membaiki mana-mana bahagian yang kurang lengkap serta membuat perkongsian pengalaman yang dilalui.
Guru harus boleh mengadakan sesi Presentation of Learning (POL) untuk membentangkan hasil kerja murid bagi melengkapkan kemahiran pembelajaran abad ke-21.
Kebaikan dan Kelebihan PBL
Memenuhi kemahiran 4C
- Menguasai kandungan pelajaran
- Semangat kolaborasi
- Pemikiran kritikan dan inovatif
- Kemahiran komunikasi oral dan bertulis
- Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
- Pemahaman budaya, bangsa dan etika
- Persediaan kerjaya
- Menyokong gaya pembelajaran abad ke-21
- Kesemua bahan TMK di sekolah digunakan sepenuhnya
4. Probelum Based Learning
( Rujuk kepada menu Problem Based Learning )
4. Inquiry Based Education
Inquiri Based Education atau pendekatan berasaskan inquiri merupakan satu pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Satu daripada pendekatan pedagogi abad ke-21 adalah menekankan pendekatan inkuiri penemuan yang menuntut pembelajaran berpusatkan murid, manakala guru bertindak sebagai fasilitator.
Inkuiri bermaksud mencari maklumat dengan menyoal dan menyiasat sesuaru fenomena yang berlaku . Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Murid melakukan aktiviti seperti membuat eksperimen untuk menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid dan guru membimbing murid untuk memahami konsep melalui hasil inkuiri penemuan tersebut.
Terdapat dua jenis strategi inkuiri , iaitu
Inkuiri terbimbing
- Guru perlukan murid untuk membimbing murid-murid menjalankan semua proses kajian.
- Inkuiri terbimbing sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah rendah.
Inkuiri terbuka
- Murid tidak diberi sebarang bimbingan. Semua proses kajian dilakukan oleh murid itu sendiri.
- Inkuiri terbuka sesuai digunakan pada peringkat menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi.
Kemahiran inkuiri sangat sesuai diterapkan dalam mata pelajaran Sains. Rajah di atas menunjukkan model inkuiri Sains oleh John Dewey yang berlandaskan kepada lima langkah . Model ini digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur Sains bagi menyelesaikan masalah.
Prinsip-Prinsip Inquiry Based Education
- Memilih topik kajian mengikutobjektif pelajaran dan kebolehan murid
- Menyediakan peralatan untuk menjalankan kajian
- Memberi taklimat kepada murid mengenai tujuan kajian
- Memastikan murid telah memahami langkah-langkah melaksanakan kajian Guru membimbing murid membuat kajian pada setiap peringkat
- Guru ditegah memaklumkan kjawapanatau kesimpulan kajian kepada murid
- Memantau aktiviti murid
- Membincangkan hasil dapatan kajian murid dalam kelas
Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan ini.