Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru masa kini? Kebanyakan guru yang ditemui menyatakan bahawa ada cabaran yang datang daripada murid-murid dan bidang tugas guru dalam kerjaya pendidikan di sekolah. Masih ada murid-murid yang tidak menguasai 3M (membaca, menulis, dan mengira0, murid melanggar disiplin sekolah, benci sekolah dan benci pengetua dan peraturan sekolah.Murid tidak minat belajar dan tidak mahu berusaha untuk belajar, kurang jati diri, dan kurang keyakinan diri, murid lemah dan bersikap negatif kepada tugasan belajar.KPM menyedari masalah ini dan masih berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh hal yang demikian, transformasi pedagogimasa kini perlu dilakukan dalam menjurus kepada mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan meningkatkan keberhasilan melahirkan murid yang cemerlang secara holistik.
Objektif pendidikan abad ke-21 adalah untuk:
- Memberikan kesedaran kepada guru tentang kepentingan mindset yang positif.
- Menggalakkan perkembangan yang menyeluruh dalam diri individu dengan menyimbangkan aktiviti yang serasi dengan minda.
- Meningkatkan kreativiti guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran.
- Membolehkan guru mengaplikasikan idea pedagogi pengajaran dan pembelajaran secara kreatif.Merangka pelan tindakan bagi menerapkan idea pedagogi pengajaran dan pembelajaran secara kreatif.
Transformasi dalam penyampaian pendidikan abad ini menuntut pengurusan sekolah dan guru-guru melakukan perubahan dalam empat bidang iaitu:
- Persiapan kepimpinan
- Persiapan guru
- Persekitaran sekolah
- Persekitaran bilik darjah
Setiap guru digesa untuk menguasai kemahirn pedagogi yang merangkumpi kemahiran pembelajaran dan inovasi (learning and innovation skills ) , kemahiran maklumat, media, dan teknologi (information, media dan technology skills) , dan kemahiran hidup dan kerjaya (life and career skills). Persediaan untuk mengubah landskap pendidikan ke arah mengutamakan penghasilan atau Outcome Based Education (OBE). Elemen tambahan yang perlu dikuasai oleg guru seperti berikut:
- Kreativiti dan ionovasi
- Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
- Komunikasi dan kolaborasi
- Literasi maklumat
- Literasi media
- Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
- Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri
- Berinisiatif dan mempunyai haluan
- Kemahiran sosial dan antara budaya
- Produktiviti dan akauntabiliti
- Kepimpinan dan tanggungjawab
Kemahiran guru yang disenaraikan di atas boleh dikuasai dengan mudah jika guru-guru memiliki ciri-ciri yang memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ciri-ciri abad ini adalah seperti berikut:
- Menguasai subjek (kandungan kurikumum)
- Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)
- Memahami perkembangan murid-muriddan menyayangi mereka
- Memahami psikologi pembelajaran
- Menerapkan elemen seni dalam pendidikan
- Memiliki kemahiran kaunseling
- Menggunakan teknologi terkini
Dengan menguasai teknologi terkini, guru lebih perihatinm kepada tugasdan keperluan murid sehingga dapat merancang dan melaksanakan pengajaran yang efektif dan berkesan.Menyediakan murid yang mampu menghadapi cabaran masa depan negara melalui pendidikan adalah menekankaninovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid dilibatkan secara maksimum dengan aktiviti disokong dengan teknologi serta melalui penilaian yang mengukur kemahiran berfikir aras tinggi. Pengalaman murid ini perlu untuk membekalkan sumber manusia yang berkualiti tinggi agar dapat menjayakan k-ekonomi dalam persaingan pasaran global. Ciri-ciri murid masa kini merangkumi:
- Berupaya membuat hubungkait
- Yakin berkomunikasi
- Dahagakan ilmu
- Menjana idea
- Bijak menyoal
- mengambil risiko
- Ingin tahu
- Fleksibel
- Tidak putus asa
- Berfikiaran kritis
- Berani mencuba
- Membuat inisiatif
- Membuat perubahan
- Berkeperibadian tinggi
- Mendengar dan membuat fefeleksi
- Mampu berfikir sendiri
- Mampu bekerja dengan orang lain
- Berintegriti
- Berpegang teguh kepada ajaran agama
Kesumpulan yang boleh dibuat adalah pedagogi masa kini diibaratkan mahaguru yang melatih para doktor dan jurutera dengan menekankan 90 % kepada penguasaan ilmu yang mendalam dan menguasai kemahiran bidangnya. Para guru mesti mempunyai persenoliti dan kualiti yang terbilang, berakauntabiliti kepada negara, dan mahir memindahkan pengalaman klinikal untuk membina sikap serta kepercayaan yang betul kepada generasi yang akan datang.
1. Komunikasi dan Kolaborasi
Komunikasi ialah perhubungan. Kolaborasi bermaksud bekerja bersama-sama. Komunikasi yang baik membolehkan jalinan kerjasama untuk menjayakan sesuatu projek atau tugasan bagi mencapai matlamat yang sama. Tujuan berkomunikasi adalah untuk menyampaikan berita, mesej dan maklumat kepada pendengar. Dalam konteks pendidikan, komunikasi diertikan sebagai satu proses penyampaian dan pertukaran maklumat antara individu kepada individu yang lain secara lisan atau bertulis atau bahasa badan. Komunikasi dalan P&P boleh berlaku secara bersemuka atau atas talian dengan menggunakan pelbagai media termasuk media digital yang membolehkan semua ahli berhubung tanpa had, masa dan lokasi. Kemahiran berkomunikasi melibatkan kemahiran pengucapan lisan, bertulis, dan mendengar serta menaakul.
Ciri-ciri komunikasi yang baik adalah menyampai dan menerima maklumat dengan jelas, padat, dan berfokus dan dapat menyesuaikan serta menyampaikan mesej kepada individu lain dengan sopan, mesra, dan hormat. Komunikasi yang berkesan dapat diukur apabila mesej yang disampaikan dapat difahami dengan mudah, tepat, dan jelas oleh penerima. Keupayaan guru yang dapat berkomunikasi dengan baik membantu mereka menyesuaikan diri dengan pelbagai pihak seperti pihak pengurusan atasan, rakan sejawat, murid, ibu bapa dan orang awam.Hal ini demikian kerana komunikasi memainkan peranan yang penting uintuk mengeratkan hubungan dengan pelanggan atau sasaran pendengar dan hal ini memberi impak yang positif.
Ciri-ciri pedagogi masa kini:
- Kemahiran komunikasi dalam Bahasa Melayu dan Baha Inggeris dan lain-lain bahasa.
- Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas.
- Kebolehan membuat pembentangan secara lancar, yakin dan sesuai dengan tahap pendengar.
- Kebolehan berunding untuk mencapai persetujuan.
- Kebolehan berkomunikasi dengan peserta yang berlainan budaya.
- Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi individu lain.
- Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.
2. Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi bermaksud kebolehan membaca, menulis serta menggunakan TMK sebagai media untuk berinteraksi. Murid masa kini berada gelombang teknologi maklumat yang hebat, maka setiaop murid perlu celik komputer dan pelbagai media.komukikasi yang lain. Hal demikian kerana teknologi media maklumat telah menjadi alat standard dalam dunia pendidikan. Memandangkan aplikasi TMK terbukti berupaya meningkatklan mutu pembelajaran, maka kemahiran penggunaan TMK perlu dipindahkan kepada murid secara bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan dengan menggunakan TMK jika teknologi ini digunakan dengan berfaedah kerana jutaan ilmu dihimpunkan dalam talian.
Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningklatkan penguasaan murid dalam pembelajaran. Hal demikian kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan maklumat hampir 30 buah ensiklopedia yang telab dan mudah untuk murid mengakses maklumat sendiri. Hampir semua sekolah di Malaysia dapat dihubungkan melalu web menerusi aplikasi internet. Hal ini bermakna hamopir semua murid di Malaysia terlibat dengan global classroom yang memberi peluang kepada mereka untuk membina hubungan dan berkongsi tentang apa-apa sahaja dengan murid di sekilah lain.
Likma ciri terbaik apabila membina komunikasi secara interaktif melalui TMK adalah sifat mobilitinya seperti menggunakan telefon pintar, sifat penyambungan (connectivity) sseperti Wi-Fi, sifaty rangkaian sosial seperti Facebook dan Twwiter, engin pencarian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Youtube dan Wikipedia. Pendekatan pengajarann masa kini banyak berasaskan projek terutama mata pelajara Sains dan Sejarah. Murid digalakkan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber di luar bilik darjah secara bersemuka dan mendapatkan maklumat daripada media internet.
3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai, dan membuat penaakulan, dan membuat refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya mencipta sesuatu. Bagi mencapai hasrat ini, murid haruis berfikir pada aras pemprosesan kognitif yang lebih tinggi dalam proses P&P. Kualiti pembelajaran masa kini mahukan murid menguasai kemahiran berfikir seperti mana yang termaktub dalam aspirasi kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) .
Menjelang tahun 2016, struktur pentaksiran KBAT dalam sistem pendidikan di Malaysia akan membentuk:
- 80% daripada soalan UPSR
- 80% daripada soalan penilaian Tingkatan Tiga
- 75% daripada soalan peperiksaaan SPM
- 50% daripada soalan mata pelajaran elektif SPM
4. Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran apabila guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid. Guru akan memberi arahan dan penjelasan tentang projek.yang agak komplek serta mencabar untuk dilaksanakan.Murid pula dikehendaki melaksanakan projeksecara hands-on dan minds-on serta melakukan aktiviti kajian. Pembelajaran berasaskan projek adalah berfokus kepada tugasan amali, serta sistematik dan terancang.
Pembelajaran melibatkan kutipan data dan analisis data serta menyediakan satu laporan yang betul. Aktiviti projek dapat dilaksanakan secara individu atau dalam kumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran formal. Murid dikenalpasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dipaparkan dalam bentuk laporan dan perlu dibentangkan.
Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek
- Projek dijalankan secara individu.
- Penilaian dijalankan pada setiap proses sehingga pada tahap yang telah siap.
- Praktikalnya mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
- Interaksi guru dengan murid berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
- Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan secara lengkap.
- Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, pelapuran hasil dan refleksi kendiri.
- Projek harus sesuai dengan murid dan juga kurikulum.
- Projek dipilih berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman, dan kebolehan murid.
Kepentingan pembelajaran berasaskan projek
- Mengwujudkan komunikasi positif di kalangan pelajar.
- Menarik minat dan memotivasikan murid yang kurang menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Membantu murid dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
- Membantu murid dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
- Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema, dan isu-isu komuniti.
- Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matylamat.
- Memenuhi keperluan murid yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.
Strategi pelaksanaan
- Memberi tugasan berdasarkan kurikulum.
- Tugasan mengambil kira kemampuan dan keupayaan murid.
- Melibatkan semua murid.
- Menyediakan jadual kerja.
- Memastikan jumlah ahli dalam kumpulan kecil supaya mudah dikendal;ikan.
- Penilaian projek perlu diadakan. Penilaian ini perlu mengambil kira daya usaha setiap murid dalam kumpulan.
- Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang projek dilaksanakan.
- Pelaksanaan projek seharusnya dilaksanakan secara berperingkat.
- Penentuan Jadual Penentu Tugasan dan panduan memberi markah.
- Pembentangan, penyelerasan dan pemurnian projek.
- Murid dikehendaki membuat refleksi sepanjang pelaksanaan projek.
Pembelajaran berasaskan projek membolehkan murid berfikir secara kritis dan kreatif terhadap penyelesaian masalah. Pendekatan ini menggalakkan murid untuk menyoal secara terperinci, peningkatan perasaan ingin tahu, membuat pilihan, memberi pandangan, melibatkan audiens secara terbuka, membina kemahiran membuat refleksi. Proses yang dilalui untuk menjayakan sesuatu projek membolehkan murid untuk menguasai isi dan kemahiran-kemahiran yang disaran dalam pedagogi masa kini.
5. Penyelesaian Masalah
Setiap manusia mempunyai masalah tersendiri dalam hidup. Kemahiran menyelesaikan maslah merupakan satu keperluan untuk menguruskan masalah yang timbul. Dalam kontek pendidikan masa kini, kaedah penyelesaian masalah merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan murid berfikir secara aktif. Murid dapat menjana idea yang kritis dan kreatif untuk membentuk beberapa penyelesaian masalah secara sistematik dan tersusun, praktikal dan berkesan.
Peringkat-peringkat penyelesaian masalah adalah seperti berikut:
- Mengenal pasti masalah
- Mencarai maklumat dengan masalah yang diberi
- Membuat hipotesis atau ramalan
- Menguji hipotesis
- Membuat penilaian
- Membuat rumusan berdasarkan masalah yang telah diselesaikan
Kaedah penyelesaian masalah melibatkan muridbergerak secara aktif dalamkumpulan-kumpulan kecil dan menyelesaikan masalahyang diberi secara berhati-hati (Glen & Wilkie, 2000). Semasa murid melalui proses ini, mereka dapat mengerakkan minda secara aktif dengan meransang pemikiran kritis. Kaedah ini dapat menyediakan peluang untuk murid mengaplikasikan konsep.prinsip, dan teori yang telah dipelajari walaupun dalam mod pembelajaran jarak jauhatau atas talian.
6. Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian murid dengan kehidupan sebenar dirancang mengikut konteks persekitaran murid. Aktiviti merancang dan menindahkan isi pelajaran kepada murid berdasarkan kurikulum semasa, iaitu KSSR dan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Para guru disaran berhati-hati dan kreatif serta memahami latar belakang muridnya semasa memilih aktiviti pembelajaran. Guru perlu cekap menggabungkan isi pelajaran berasaskan kurikulum stansard semasa dengan pengalaman hidup murid di dalam pesekitaran sekolah dan persekitaran kehidupan sebenar mereka. Pendekatan ini membantu murid memahami isi pelajaran dengan jelas dan mudah.
Ciri-ciri pembelajaran kontekstual:
- Pembelajaran dilaksanakan secara konkrit iaitu secara praktik yang melibatkan aktiviti hand-on dan minds-on.
- Pelbagai kemudahan pembelajaran perlu disediakan seperti persekitaran bilik darjah yang selesa, makmalyang lengkap dan teratur serta alat bantu belajar yang sesuan dengan pengalaman sedia ada murid.
- Aktiviti pembelajaran banyak mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial serta budaya murid.