Pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang akan diberikan oleh pensuarah kepada pelajar. Permasalahan yang akan diberi kepada pelajar akan dirangka dan dirancang terlebih dahulu agar setiap strategi yang diambil oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut akan dapat meliputi keseluruhan kurikulum yang ada. Pembelajaran berasaskan masalah adalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efaktif. Pembelajaran berasaskan masalah adalah merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan peggunaan akal dan fikiran yang kritikal dan sepenuhnya, kemahiran meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran yang kendiri, gerak kerja berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.
Problem Based Learning (PBL)
Seperti yang diketahui umum, sistem pendidikan di Malaysia adalah berorentasikan peperiksaan iaitu pelajar wajib menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lazimnya digunakan ialah kaedah kuliah iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Hasil dari pembelajaran kaedah pengajaran secara kuliah didapati masih terdapat kelemahan dalam melahirkan graduan yang menguasai kemahiran generik walaupun pencapaian akademik yang terbaik (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan akhbar, menyatakan bahawa beliau mahu melihat perubahan dalam corak pendidikan agar melahirkan pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan berpengetahuan (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).
Oleh hal yang demikian, para pendidik perlu mengorak langkah bagi membaiki dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya ianya seiring dengan teknologi terkini dan perkembangan semasa. Menjadi tanggungjawab pendidik untuk menggunakan dan mempelbagaikan kaedah P&P bagi melahirkan pelajar yang berkualiti. Antara kaedah P&P yang digunapakai ialah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) yang merupakan salah satu contoh yang baik untuk proses pembelajaran secara pengalaman dan pendekatan berpusatkan pelajar. Di mana dalam kaedah PBL, pelajar akan berusaha untuk mencari maklumat dan menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri. Proses tersebut akan menggalakan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif (KUiTTHO, 2005).
Diperkukuhkan lagi apabila Lynda Wee (2004) menyatakan bahawa PBL adalah satu pendekatan pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif, bekerjasama, maklum balas yang cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap subjek dan merujuk kesesuaian pembelajaran pelajar melalui pembelajaran kendiri.
Sejarah Problem Based Learning (PBL)
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mula diperkenalkan dalam pembelajaran tradisional sekitar tahun 1960-an di McMaster University, Canada (Barrow & Tamblyn, 1980). Merujuk kepada buletin KUiTTHO (2005), kaedah ini diperkenalkan oleh Professor Howard Barrow. Pada mulanya, kaedah ini ditolak oleh semua orang. Namun begitu, beliau menggunakan kaedah ini kepada pelajar perubatan di bawah seliaannya dan mendapat reaksi yang positif di kalangan pelajar tersebut. Pendekatan ini telah membuka mata dan menarik minat para pendidik yang lain untuk menggunakannya. Kesannya, pendekatan ini telah digunapakai dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bilang kejuruteraan. Kini, Professor Barrow menjadi role model bagi PBL dan Universiti McMaster menjadi perintis kepada PBL. Selain itu, Don Wood merupakan bapa kepada PBL dalam bidang kimia. Beliau juga dari Universiti McMaster.
Objektif Problem Based Learning (PBL)
Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah:
a) Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
b) Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
c) Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.
d) Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
e) Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif
(Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005)
Ciri-ciri Problem Based Learning(PBL)
Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti:
a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah,
b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian,
c) Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri,
d) Pensyarah sebagai pembimbing,
e) Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah ilmu perubatan.
Perlaksanaan Problem Based Learning (PBL)
Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:
a) Pembahagian Kumpulan
Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.
b) Mengenalpasti Masalah
Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.
c) Menjana Idea
Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.
d) Isu Pelajaran
Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
e) Pembelajaran Kendiri
Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan dan logik dengan masalah yang diberikan.
f) Sintesis dan Aplikasi
Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.
g) Refleksi dan Tindak Balas
Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing.
Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran menyelesaikan masalah. Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna Masrom (2006) telah membuat kajian yang bertajuk “Problem Solving Skill in ICT and Multimedia Application” mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap.
Proses Menyelesaikan Masalah
Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu:
a) Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya;
b) Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian;
c) Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah demi langkah; dan
d) Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian dengan apa yang hendak diselesaikan.
(Widad Othman, et al, 2003)
Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:
a) Mengenalpasti Masalah
Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat rumusan berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang perlu digunakan untuk memperolehi maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih alternatif penyelesaian masalah yang tepat.
b) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data
Pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect), carta pareto, carta pai, carta aliran dan lain-lain.
Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu berlaku. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah, pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah, perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003).
Pada peringkat ini, pelajar boleh mengsahkan kesahihan maklumat yang diperolehi dan mampu mengenalpasti penyarah yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar mampu mencari punca utama masalah tersebut. Pelajar juga perlu berbincang dan berkongsi maklumat dangan ahli kumpulan yang lain serta perlu mamastikan sama ada maklumat yang dikumpulkan mencukupi ataupun tidak.
c) Membuat Keputusan
Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil. Pemilihan penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan.
d) Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik
Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan kepada jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif. Oleh itu, pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang dipilih mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu, pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih merupakan alternatif yang terbaik.
e) Melaksanakan Keputusan
Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.
Kelebihan Problem Based Learning
Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).
Prof Madya Dr Khairiyah Mohd Yusof di dalam Berita Harian 25 Jan 2007, menyatakan keinginan menyelesaikan masalah mendorong pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dan pengajaran antara rakan sebaya (peer teaching) dalam kumpulan dan antara kumpulan. Pelajar yang melalui PBL dapat membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Tse dan Chan, (2003) menyatakan bahawa kaedah PBL sangat berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan pengetahuan teknikal pelajar. Melalui kaedah ini, setiap pelajar diberi banyak peluang untuk mempraktikan teknik pembelajaran kendiri yang merupakan elemen penting dalam menentukan kerjaya masa depan mereka. Selain itu, kebolehupayaan pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan melalui kerjasama dalam kumpulan yang diamalkan untuk subjek kejuruteraan.
Secara amnya, jelas membuktikan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mampu untuk melahirkan dan mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk terus belajar, membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Oleh hal demikian, pelajar dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu matapelajaran dengan mudah dan mendalam. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar tersebut. Penyataan ini disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Ward dan Lee (2004) menyatakan bahawa pelajar yang mengikuti kaedah PBL dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam bagi matapelajaran Teknologi Makanan dan Nutrisi.
Banyak kajian yang membuktikan bahawa kaedah PBL mampu meningkatkan kemahiran generik para pelajar terutamanya dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Kenyataan ini disokong oleh Hasyamuddin dan Rahifa (2005) bertajuk “Kemahiran Generik Dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) mendapati bahawa PBL membantu pelajar dalam memperolehi kemahiran generik dan penglibatan aktif dalam kelas berbanding pelajar yang menggunakan kaedah kuliah.
Rumusan
Kesimpulannya, kaedah PBL banyak menekankan dan menitikberatkan cara pelajar menganalisis masalah dan menyelesaikannya. Kemahiran ini adalah penting bagi melahirkan dan mendidik bakal-bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan adil. Secara amnya, kaedah PBL boleh dijadikan salah satu pendekatan dan latihan yang berkesan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi, mengamalkan cara komunikasi yang betul, dan berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tepat. Ciri-ciri tersebut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang pemimpin yang disenangi dan disukai oleh pengikut-pengikutnya. Oleh hal yang demikian, orang-orang yang dipimpin akan lebih menghormati dan berasa selamat di bawah jagaannya.
Rujukan
Ainon Mohd. (2003). ” Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja”. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd: Pahang.
Baden, M.S & Major, C.H. (2004).”Foundation of Problem-Based Learning”. USA: Mc Graw Hill Education.
Berita Harian 25 Jan 2007. “Pembelajaran Berpasukan Bentuk Kemahiran Insan”. Oleh Muhammad Amir.
Borrows, H.S., (1996). “Problem Based Learning in Medician and Beyond: A Brief Overview dalam Wilkerson, L.A and Gijselaers W.H. Bringing Problem Based Learning to Higher Education: Theory and Practice”. San Francisco: Jossey Bass Publishers. 3-12
De Janasz, Suzanne, C. et al (2002). “ Interpersonal Skill in Organization”. USA: Mc Graw Hill.
Edward, L., Monika, L. (1995). “Creative Problem Solving: Thinking Skill for A
Changing Wold”. USA: Mc Graw Hill
Hasyamudin Othman dan Rahifa Mustafa. (2005). Kertas Kerja Perbentangan “Kemahiran Generik dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan-Masalah (PBL) di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein ONN (KUiTTHO)”.
Kirby, Gary, R. & Goodpaster, Jeffery, R. (2002). “Thinking”. USA: Prentice Hall.
Koonts dan O’Donnel. (1976).”Management: A system and
Kaedah dan teknik pengajaran masa kini adalah mengarah kepada memindahkan pelbagai kemahiran kepada murid yang melebihi literasi dasar eM, iaitu membaca secara kritis, menulis secara persuasif, berfikir dan memberi pendapat secara logik serta dapat mengatasi masalah yang kompleks. Guru juga dituntut memindahkan ilmu mengurus maklumat, mencari, menilai dan mengamalkan pengetahuan secara luwes.
1.Flipped Classroom
Flipped Classroom bermaksud kelas terbalik atau pengajaran terbalik. Idea ini datang daripada Jonathan Bergman dan Aaron Sams (2007), guru yang mengajar di Woodland Park High School, Woordland Park, Coloradoyang menghasilkan perisian untuk merakambahan pengajarannya dalam bentuk persembahan power point. Mereka kemudiannya memuatnaik rakaman video kuliah dalam talian internet supaya murid yang ketinggalan dalam kuliah dapat mengikuti kuliah pada bila-bila masa. Teknik kuliah secara dalam talian tersebut kemudiannya tersebar di seluruh negara. Oleh sebab itu mereka dipanggil untuk memberi taklimat tentang kaedah tersebut kepada guru-guru lain. Kaedah ini terus berkembang dan ramai di kalangan guru-guru menggunakan video podcasts dan video atas talian untuk menyampaikan pengajarannya di luar waktu. pengajaran dan pembelajaran dan di luar bilik darjah. Semasa interaksi bersemuka di dalam bilik darjah, guru membimbing murid melakukan aktiviti kolaboratif dan membuat latihan berkonsepkan masteri.
Kaedah pengajaran flip ialah satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak memanfaatkan teknologi. Murid mula mengkaji topik di rumah menggunakan pengajaran video yang disediakan oleh guru. Kemudian di dalam kelas, murid diberikan aktiviti menyelesaikan masalah atau membuat kerja-kerja amali berhubung dengan isi pelajaran yang telah mereka pelajari di rumah. Dengan lain perkataan, murid belajar di rumah dan membuat “homework” di sekolah. Peranan guru sebagai tutor yang membantu murid apabila menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan, mega simulasi maklumat, dan mencipta idea-idea baharu. Guru tidak perlu menyampaikan pelajawan awal seperti pembelajaran tradisional. Senario ini membolehkan guru mempunyai banyak masadi dalam kelas yang dapat dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti pengukukuhan dan pengayaan dalam pembelajaran berasaskan projek di samping dapat memberikan tumpuan kepada keperluan murid secara individu.
P&P Tradisional | P&P Flipped Classroom | |
1 | Guru menyajikan pelajaran, menguruskan perbincangan, kelompok, danmembuat rumusan. | Guru bersama murid membahaskan kesalahan konsep, menyelesaikan tugasan, membuat amali dan ujian . |
2 | Semawa waktu pengajaran dan pembelajaran, guru berada di hadapan kelas dan mengajar secara langsung. | Guru melaksanakan aktiviti bimbingan dan pengukukuhan. |
3 | Guru membekalkan latihan dan tugasanuntuk murid sesesaikan di rumah serta latihan akan dibincangkan semasa sesi P&P berikutnya. | Guru membekalkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam talian. |
4 | Murid membuat latihan di luar waktu P&P. | Murid menonton video dan mencatatkan fakta penting dan mengemukakan soalan. |
5 | Di rumah, guru dan murid tiada interaksi. | Guru dan murid berinteraksi secara individu dalam talian. |
Alat yang boleh digunakan untuk melaksanakan Flipped Classroom
Youtube
https;//www.youtube.com
|
|
Webquest
https://www.zunal.com/webquest
|
|
Edmodo https://www.edomodo.com |
|
Creately
https://creately.com/ |
|
Model Flipped Classroom
Tiada model khusus untuk [engajaran kaedah Flipped Classroom. Struktur pembelajaran menunjukkan bahawa murid mengikuti kuliah melalui alat perakan di luar waktu P&P dan disusuli dengan aktiviti latihan dan dengukukuhan. Perkara yang biasa dilakukan oleh guru di dalam bilik darjah adalah seperti menyampaikan isis pelajaran, latar belakang pengetahuan, dan pengalaman hidup sebenar telah diterima oleh murid di rumah melalui podcast, video Youtube, dan pelbagai sumber dalam talian. Biasanya “kerja rumah” akan dibuat dalam bilik darjah dengan bantuan guru.
Oleh hal yang demikian, Flipped Classroom bukan sekadar pembelajar menggunakan video dalam talianmenggantikan guru. Murid juga dapat belajar tanpa struktur yang rigid dan mereka banyak menghabiskan masa untuk mengikut pelajaran di atas talian. Murid mungkin diminta melihat beberapa rakaman kuliah selama lia hingga tujuh minit untuk setiap satu rakaman. Setiap satu rakaman diikuti dengan satu kuiz atas talian untuk menguji kefahaman mereka tentang apa-apa yang telah dipelajari secar interaktif.Murid dapat mengtulang tayang segemen yang kurang difahami untuk kefahaman yang lebih jelas bagi mengelakkan kekeliruaan. Di dalam bilik darjah, guru membincangkan topik yang telah dipelajari dan membuat pengukukuhan dengan menggalakkan murid bekerjasama membina dapatan baharu di samping memantau kemahiran murid.
Ciri-ciri Flipped Classroom
Kelebihan Flipped Classroom
Pengajaran Flipped Classroom telah terbukti dapat mengurangkan kadar keciciran di kalangan murid dan meningkatkan kualiti belajar murid. Namun, ramai orang berpendapat bahawa pengajaran flipped Classroom mengorbankan murid yang tidak mempunyai akses kepada internet di luar sekolah. Dalam hal ini, guru-guru dapat mengatasi dengan membekalkan CD atau tumb-drive yang dimuatkan dengan video bahan pengajaran guru.
Rumusannya, Flipped Classroom menyediakan ruang dan peluang untuk membolehkan berlakunya sesi pembelajaran melalui pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru dengan menggunakan alat berteknologi bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan.
2. Blended Learning
Blended Learning bermaksud kaedah pengajaranguru dan pembelajaran murid yang menggabungkan amalan tradisional seperti pembelajaran bersemuka dalam bilik darjah dengan penggunaan teknologi sebagai pengantara seperti komputer dan rangkaian internet serta media digital. Dengan lain perkataan, Blended Learning bermaksud guru menggunakan lebih daripada satu kaedah penyampaian dalam bilik darjah. Jika guru ingin mengajar dengan menggunakan kaedah bersemuka dalam bilik darjah sahaja, maka guru tidak akan mencapai kriteria pedagogi masa kini. Hal demikian kerana pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah banyak diadaptasi dalam pengurusan pendidikan lebih-lebih lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada tahun 2005, Micheal Nelsen, Sean Fitzgerald, dan Liegh Blackall telah menghasilkan satu kaedah ini untuk membantu latihan guru di Western Sydney Institute of TAFE dan Sydney Institute of TAFE. Mereka mempromosikan alat percuma dan mudah untuk pengajaran dan pembelajarandalam talian. Idea mereka mendapat sambutan dan mereka mengadakan bengkal latihan untuk menyebarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan sumber-sumber pembelajaran.
Kaedah pembelajaran Blended Learning ini disesuaikan dalam pendidikan formal iaitu murid akan belajar dalam bilik darjahdan guru menyampaikan isi pelajaran secara interaksi bersemuka menggunakan papan tulis dan digabungkan dengan penyampaian bahan sokongan menggunakan komputer, media digital dan talian internet. Selepas waktu P&P, masa pembelajaran murid dan interaksi dengan guru tiada had kerana pembelajaran boleh berlaku menggunakan media atas talian.Aplikasi ini sangat nmemudahkan guru untuk mengumpul data dan membuat penyesuaian pengajaran dan penilaian tehadap murid dalam pengajarannya.Pihak sekolah boleh disaran dengan mengadakan aktiviti untuk muridnya dengan memilih sumber dan menyalurkan semula sumber-sumbe pembelajaran yang sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah untuk meningkatkan hasil pembelajaran murid. Guru sentiasa mengawal dan membimbing aktiviti murid dari semasa ke semasa.
Model Blended Learning mengwujudkan lima pola interaksi iaitu
Rajah di atas menunjukkan pola interaksi Blended Learning. Sesi pembelajaran berlaku dalam dua dimensi iaitu dalam bilik darjah secara bersemuka dan di atas talian iaitu secara maya.
Apabila pembelajaran bergabung ini dapat dilaksanakan sepenuhnya, semua murid sibuk menyempurnakan tugasanuntuk menghasilkanm produktiviti yang bermutu kerana produk mereka akan dikongsi dan dinilai pada peringkat pesekitaran global secara terbuka.
3. Project Based Learning
Pembelajaran berasaskan projek (project based learning-PBL) adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang telah diperkenalkan di Malaysia. Teknik ini merupakan satu teknik pembelajaran abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam komponen-komponen 4C (Communation, Collaboration, Critical Thinking, Creativity). Teknik pembelajaran ini adalah berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai (mutiple intellehent). Perkara yang lebih ketara di sini adalah ciri-ciri PBL yang memerlukan murid berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar. Teknik ini memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk memahami sesuatu perkara secara mendalam (mastery learning). Melalui PBL, murid menjelajah pengetahuan-pengetahuanbaru, membuat pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperolehi secara bermakna (teori konstruktivisme dan teknik inkuiri). Mengikut artikel Futureworks: Trends and Challenges for Works in the 21st. Centry.
“We are living in new economy-powered by technology, fueled by information, and driven by khowledge”
Menurut Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) pula terdapat enam kemahiran yang diperlukan oleh murid untuk menghadapi abad ke-21 iaitu:
Langkah-Langkah Pelaksanaan PBL
PBL dilaksanakan dengan berpandukan kepada langkah-langkah berikut:
Guru harus boleh mengadakan sesi Presentation of Learning (POL) untuk membentangkan hasil kerja murid bagi melengkapkan kemahiran pembelajaran abad ke-21.
Kebaikan dan Kelebihan PBL
Memenuhi kemahiran 4C
4. Probelum Based Learning
( Rujuk kepada menu Problem Based Learning )
4. Inquiry Based Education
Inquiri Based Education atau pendekatan berasaskan inquiri merupakan satu pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Satu daripada pendekatan pedagogi abad ke-21 adalah menekankan pendekatan inkuiri penemuan yang menuntut pembelajaran berpusatkan murid, manakala guru bertindak sebagai fasilitator.
Inkuiri bermaksud mencari maklumat dengan menyoal dan menyiasat sesuaru fenomena yang berlaku . Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Murid melakukan aktiviti seperti membuat eksperimen untuk menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid dan guru membimbing murid untuk memahami konsep melalui hasil inkuiri penemuan tersebut.
Terdapat dua jenis strategi inkuiri , iaitu
Inkuiri terbimbing
Inkuiri terbuka
Kemahiran inkuiri sangat sesuai diterapkan dalam mata pelajaran Sains. Rajah di atas menunjukkan model inkuiri Sains oleh John Dewey yang berlandaskan kepada lima langkah . Model ini digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur Sains bagi menyelesaikan masalah.
Prinsip-Prinsip Inquiry Based Education
Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan ini.
Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21
Introduction to Project Based Learning
Project Based Learning
KESEDIAAN BELAJAR, PERSEPSI DAN PENANGGAPAN
Pengenalan
Pengajaran adalah suatu aktiviti yang dapat mengubah tingkah laku, sikap, atau kepercayaan murid-murid terhadap sesuatu perkara yang dipelajarinya. Hal ini berlaku apabila berlakunya proses pembelajaran maka terhasilnya pengajaran dalam diri seseorang itu. Oleh yang demikian tanpa pembelajaran, pengajaran tidak akan dapat diwujudkan dan segala pengajaran haruslah tertumpu kepada kepada pembelajaran murid-murid.Terdapat banyak faktor yang telah dikenalpasti yang dapat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan efektif. Antara faktor-faktor utama ialah kesediaan belajar, pengamatan atau persepsi dan penanggapan. Oleh yang demikian, faktor-faktor tersebut dapat menentukan kejayaan atau kegagalan murid-murid dalam mengalami proses pembelajaran kerana proses pembelajaran adalah suatu proses yang sistematik dan tersusun.
Kesediaan Belajar
Menurut kamus Dewan, istilah ‘kesediaan’ bermaksud kesanggupan atau kerelaan manakala istilah ‘belajar’ bermaksud menuntut ilmu pengetahuan. Oleh itu, dapatlah ditakrifkan ‘kesediaan belajar’ sebagai keadaan status diri individu yang sudi menerima maklumat atau ilmu pengetahuan dari persekitaran dengan berfikiran terbuka. Kesediaan belajar merupakan faktor yang sangat penting untuk memastikan setiap isi kandungan pelajaran difahami oleh murid-murid. Menurut Bruner (1966), kesediaan belajar adalah merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada mana-mana peringkat perkembangan. Hal ini adalah kerana, kesediaan belajar dapat diwujudkan melalui perkembangan individu dari segi emosi, intelek, psikomotor dan kematangan murid. Contoh, kanak-kanak berfikir secara konkrit pada peringkat perkembangan mereka dan pemikiran konkrit ini digunakan sebagai persediaan untuk mempelajari cara pembelajaran abstrak. Oleh yang demikian, persediaan ini dapat membantu pelajar untuk memahami pelajaran yang baru berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.
Jenis-Jenis Kesediaan Belajar
Kesediaan pelajar ini merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang berbeza antara setiap murid. Kesediaan belajar dari aspek kognitif bermaksud kesediaan mental seseorang untuk memahami, memikir dan menaakul dalam keadaan pembelajaran yang baru. Kognitif adalah satu proses mental mengubah input sensori kepada bentuk yang lebih bermakna dengan merekod, menyimpan dan menggunakan semula maklumat yang sedia ada. Hal ini jelas kita lihat apabila seseorang individu menggunakan maklumat yang sedia ada dalam persekitarannya dan mengaplikasikan ingatannya dalam membuat keputusan. Contohnya, murid-murid sekolah rendah bersedia untuk belajar operasi konkrit apabila mereka masuk ke sekolah menengah dan bersedia untuk belajar operasi yang kompleks. Maksudnya, seseorang pelajar telah bersedia dari segi kognitifnya apabila pencapaian ilmiahnya setimpal dengan usaha dan latihan yang diperlukannya.
Kesediaan afektif pula adalah dari segi keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran. Hal ini dapat ditunjukkan melalui perlakuan iaitu sikap kesedaran, minat, prihatin dan bertanggungjawab murid tersebut dalam kesungguhannya melaksanakan aktiviti pembelajaran yang diberi oleh guru. Contohnya, Nazri meminati subjek Sains kerana menyukai aktiviti eksperimen. Oleh itu, melalui kesediaan afektif ini, murid-murid dapat meningkatkan pembelajaran, minat, dan juga persaingan yang sihat dalam kalangan mereka sekali gus dapat memotivasikan murid-murid dengan menganggap pembelajaran adalah suatu bidang yang menyeronokkan dan memberikan suatu kepuasan kepada diri mereka. Mengikut hukum Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan tindakan, maka tindakan itu dapat memberikan kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan jika dia terpaksa melakukannya maka pembelajaran yang terhasil menjadi tidak sempurna. Oleh yang demikian, kesediaan belajar merupakan persiapan-persiapan yang perlu ada sebelum individu itu bertindak iaitu belajar.
Kesediaan psikomotor pula ialah merangkumi penggunaan keperluan kemahiran dan penyelarasan tulang dan otot aktiviti fizikal. Kesediaan psikomotor pula bermaksud kesediaan seseorang yang mempunyai potensi dan bersedia untuk melakukan tindakan fizikal dalam suatu proses pembelajaran yang baru. Namun demikian, harus diambil kira bahawa kesediaan psikomotor ini adalah berbeza dalam kalangan murid-murid walaupun mempunyai umur yang sama. Hal ini adalah kerana, kesediaan psikomotor ini adalah berkait rapat dengan latihan yang memerlukan kemahiran yang betul dan latihan yang berterusan. Contoh, subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik dalam permainan alat muzik piano. Oleh yang demikian, murid-murid dapat memperbaiki psikomotor mereka dengan latihan yang berterusan sebagai persediaan psikomotor mereka.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar iaitu baka. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dari segi kebolehan, minat dan kawalan emosi. Contoh, jika ibu bapa seseorang anak itu pandai maka, anak-anaknya akan mengikut kebolehan yang dimiliki oleh kedua ibu bapanya. Disamping itu, faktor persekitaran, contohnya jika persekitaran murid itu terdiri dari masyarakat yang suka membaca, murid tersebut akan terikut-ikut untuk membaca buku. Kedua-dua faktor ini mempunyai kecenderungan dalam perkembangan murid dalam proses mempelajari sesuatu yang baru. Selanjutnya, kedua-dua faktor tersebut menentukan kematangan dan pengalaman murid-murid. Oleh yang demikian, kesediaan pelajar adalah hasil daripada sejauh mana matangnya seorang murid itu dan berapa berapa banyak pengalaman yang ada dapat membantunya bersedia dalam pengajaran dan pembelajarannya semasa di dalam bilik darjah.
Seterusnya, kematangan juga adalah merupakan salah satu faktor dalam kesediaan belajar dan ianya dibahagikan kepada tiga iaitu kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial dan kematangan emosi. Ketiga-tiga jenis kematangan ini sebenarnya memang sudah sedia ada dalam diri setiap murid.
Setiap manusia yang normal akan menjalani corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam lima peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Pada peringkat bayi, perkembangan fizikal adalah cepat dan ianya sama dengan peringkat remaja. Perubahan otot, ketinggian dan saiz murid akan menjalani perubahan untuk menunjukkan kematangan fizikal pelajar. Pada peringkat dewasa pula, kematangan begitu bermakna kerana seseorang itu boleh melakukan apa sahaja kebolehan dan kekuatan yang telah diperolehinya pada peringkat perkembangan yang lebih awal. Namun, apabila mencapai peringkat tua, kekuatan tenaga mula beransur-ansur hilang. Natijahnya, pada usia ini seseorang itu akan mudah cepat letih, kurang tenaga dan kesihatan akan sentiasa terganggu. Kematangan fizikal akan berakhir dengan sempurna apabila mencapai umur 18 tahun dan pada ketika dan selepas itu individu masih boleh tetap membesar dengan pertambahan berat badan. Hubungan antara kematangan fizikal dalam menentukan kesediaan belajar untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran adalah sangat penting bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran guru. Contohnya, murid tahun 1 tidak boleh memegang raket tenis dengan betul kerana otot-otot mereka belum berkembang dan tidak mampu memegang raket yang berat disebabkan belum mencapai kematangan fizikal lagi.
Kematangan intelek pula ialah perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur seseorang telah meningkat. Oleh itu, kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih abstrak boleh diterima kerana otak telah bersedia untuk menerimanya. Namun, guru harus mempertimbangkan tahap perkembangan intelek murid-murid adalah tidak sama dan guru perlu bijak menyediakan strategi pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran yang lebih sukar atau mengaturkan aktiviti-aktiviti pengayaan yang sukar kerana murid-murid bersedia menerima tahap pembelajaran yang lebih sukar. Contohnya, dalam subjek Matematik guru memberikan aktiviti pengayaan topik pecahan aras tinggi pada murid tahun 6A kerana otak mereka telah bersedia menjawab soalan yang sukar.
Kematangan emosi ialah darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat, keinginan dan kepuasan dan gangguan dalaman terhadap pelajaran. Sehubungan itu, sesuatu rangsangan yang selaras dengan minat dan keinginan dapat membangkitkan emosi positif yang mendorong seseorang murid itu belajar. Misalnya, murid-murid mendapat ransangan emosi ababila guru menggunakan kaedah nyanyian melodi ria dalam menghafal huruf ABC dalam kalangan murid prasekolah. Walaubagaimanapun, guru harus sedar kerana emosi setiap pelajar adalah berbeza dan guru perlu bijak merancang pembelajarannya selaras dengan kesediaan belajar dan keperluan murid-murid.
Kematangan sosial pula ialah kematangan murid-murid untuk berinteraksi antara satu sama lain dan guru memainkan peranan penting untuk memangkin mereka dalam pelajaran. Dalam sebuah bilik darjah sikap dan tingkahlaku murid-murid adalah berbeza kerana ada yang pendiam, periang, aktif, lemah, sederhana dan pandai. Oleh itu bagi menghasilkan kesediaan pembelajaran, guru haruslah memperkembangkan kematangan sosial murid-murid secara positif untuk menggalakkan pembelajaran harmoni. Umpamanya, melaksanakan dalam aktiviti berkumpulan dengan menggabungkan murid yang pendiam dengan murid yang riang dan murid yang lemah digabungkan dengan murid yang pandai. Oleh yang demikian, mereka dapat saling berinteraksi, membuat tugasan dan keputusan secara koperatif dan kolaboratif sekali gus dapat mewujudkan, membantu dan meningkatkan kesediaan belajar kerana wujudnya interaksi yang dapat mematangkan hubungan sosial mereka antara satu sama lain.
Selanjutnya, pengalaman sedia ada yang disusun rapi dapat membantu murid-murid untuk mempunyai kesediaan belajar yang teratur dalam mata pelajaran tertentu. Terdapat setengah ahli teori pembelajaran yang mengatakan bahawa sekiranya bahan pembelajaran disusun dengan sempurna mengikut kesusahan dan perkaitannya, maka semua kanak-kanak dapat mempelajari apa-apa jua idea tentang urutan pembelajaran dan prasyarat tertentu adalah berdasarkan andaian bahawa kemahiran yang asas diperlukan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang tinggi dan lebih kompleks. Contohnya, pelajar tingkatan tiga yang hendak memasuki kelas Sains mesti memenuhi prasyarat keputusan sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Sains dan Matematik. Jika tidak, mereka akan mengalami kesukaran meneruskan pembelajaran yang lebih kompleks kerana mempunyai asas yang sangat lemah.
Selain daripada itu, pengalaman kanak-kanak juga sangat bergantung kepada latar belakang keluarga, kebudayaaan masyarakat dan alam sekelilingnya. Mengikut kajian Rosen (1958), keluarga yang berasal daripada kelas menengah ialah keluarga yang banyak memberikan sumbangan dalm kesediaan belajar anak-anak mereka. Contohnya mereka telah diasuh, diajar dan diberi peneguhan supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Mengikut prinsip Pavlov kanak-kanak menjadikan peneguhan daripada ibu bapa seperti berbentuk ganjaran untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Peranan Guru Dalam Mewujudkan Kesediaan Belajar
Guru memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid-murid. Terdapat beberapa inisiatif untuk membantu kesediaan belajar ialah guru haruslah kreatif mempelbagaikan kaedah pengajaran misalnya kerja secara berkumpulan, berpasangan dan individu supaya berlaku bimbingan rakan sebaya yang mana murid-murid yang kurang bersedia akan dibantu oleh murid yang bersedia. Selain itu guru haruslah mengggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kesediaan murid-murid untuk belajar menurut Reiser dan Gagne (1983) supaya ia merangsang minat murid-murid dalam mata pelajaran tertentu. Contohnya menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk audio dan visual interaktif. Disamping itu strategi pengajaran guru, contohnya penerangan, demonstrasi, sumbang saran dan sebagainya hendaklah bersesuaian dengan tahap kognitif, emosi dan fizikal murid-murid.
Selain itu, membuat pemeringkatan isi kandungan pelajaran. Mengikut pembelajaran Gagne, mesti ada pembelajaran prasyarat sebelum pembelajaran yang seterusnya. Justeru, pengajaran kemahiran asas adalah perlu disampaikan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang lebih tinggi dan lebih kompleks untuk menangani masalah kesediaan murid-murid yang pelbagai. Contohnya mengukuhkan asas murid-murid tahun satu dengan membaca, mengeja dan membunyikan perkataan sebelum diminta membuat ayat mudah.
Aktiviti pemulihan dan pengayaan juga adalah satu cara yang boleh dilakukan oleh guru. Contohnya, mengasingkan pelajar yang cerdik dan kurang cerdik untuk meningkatkan kesediaan belajar mereka. Murid yang cerdik diberi penekanan akademik yang lebih banyak supaya peluang mereka untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi banyak manakala murid yang kurang cerdik diberi galakan untuk melengkapkan sesuatu tugasan mengikut kesedian belajar dan kesediaan emosi mereka.
PENGAMATAN
Istilah ‘pengamatan’ menurut kamus Dewan ialah ‘penelitian’. Secara spesifiknya maksudnya adalah sama dengan persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, pandangan atau tanggapan. Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah ataupun kulit. Ransangan yang dikesan akan menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui sistem saraf. Kemudian, otak akan berusaha mentafsir maklumat yang diterima berdasarkan kepada pengalaman yang berkaitan, mengintrepretasi dan membentuk gambaran, bayangan, makna atau konsep rangsangan tersebut. Contoh, melalui deria mata, ransangan kilat dari awan tebal masuk ke mata seseorang dan membentuk imej di retina yang terletak di belakang otak dan impuls dihasilkan dan dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak kemudian mentafsir dan menterjemahkan maklumat yang diterima dan kemudian barulah konsep kilat dapat dibentuk. Maka, pengamatan dapat dirumuskan sebagai proses mental atau kognitif di mana otak menerima maklumat daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ deria dan membentuk konsep rangsangan tersebut.
Oleh yang demikian, ahli-ahli psikologi kognitif iaitu Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Pengamatan adalah kompenen yang sangat penting dalam proses pembinaan pengetahuan baru dalam struktur kognitif seseorang. Menurut teori Gestalt, manusia mengamati dengan menerima maklumat melalui deria dan kemudian menyusun semula maklumat tersebut dalam ingatannya mengikut kefahaman mereka sendiri. Contoh, murid diminta oleh guru untuk mengamati objek panjang, licin dan bergerak. Sifat-sifat tersebut diamati melalui deria mata dan dipadankan dengan sifat tersebut iaitu ular.
Oleh yang demikian, walaupun setiap individu mempunyai organ deria yang sama, penerimaan rangsangan mungkin berbeza justeru pengamatan juga turut akan berbeza. Jika seseorang itu kurang sihat maka pengamatannnya akan turut terjejas. Menurut Krech (2002) pengamatan merupakan proses memberikan erti terhadap lingkungan persekitaran individu.
Faktor-Faktor Pengamatan
Terdapat beberapa faktor-faktor pengamatan iaitu peranan guru untuk memastikan murid-murid terlibat dengan sepenuhnya dan mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini boleh dilakukan dengan menggunakan strategi-strategi dan pendekatan yang berbeza seperti kuiz, perbincangan, inkuiri penemuan, eksperimen dan banyak lagi yang menumpukan kepada pengamatan supaya mereka dapat meningkatkan kefahaman murid-murid dalam pelajaran.
Selain itu, kebolehan pengamatan juga adalah bergantung kepada minat, kebolehan kognitif dan pengalaman murid-murid itu sendiri ke atas sesuatu objek atau subjek. Contohnya, pengamatan seorang murid apabila melihat gambar seorang budak perempuan dengan lelaki tua dan beruban. Murid itu mengamati dan mentafsirkan bahawa lelaki tua dan beruban itu merupakan datuk kepada budak perempuan itu. Oleh yang demikian, pengamatan dan pentafsiran itu adalah dipengaruhi oleh pengalaman yang lampau.
Selain itu, keadaan sasaran pada objek yang diamati yang contohnya pergerakan, bunyi, saiz, latar belakang dan kedekatan atau kejauhan objek tersebut akan menentukan ketepatan mengamati seseorang murid.
Contohnya, hubungan latar hadapan dengan hubungan latar belakang yang wujud secara bersama di dalam sebuah gambar ataru carta juga akan mempengaruhi pengamatan murid-murid. Hal ini kerana, perhubungan latar belakang dan hadapan adalah asas kepada semua bentuk persepsi. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan-perbezaan dalam hubungan latar hadapan dengan hubungan latar belakang ialah pula adalah disebabkan oleh warna, saiz dan kekuatan sesuatu rangsangan.
Susunan objek dan benda-benda maujud dalam persekitaran mereka juga akan mempengaruhi pengamatan murid-murid. Contohnya pengamatan murid-murid terhadap gambarajah, tulisan atau lukisan.
3.2 Kepentingan Pengamatan dalam Pembelajaran
1. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasikan pengalaman.
2. Pengamatan merupakan satu proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisis bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan.
3. Kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan dalam konsep nombor agar dapat memastikan nombor tersebut betul
4. Kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.
5. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
6. Ruth Strang – “ Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- kanak.
7. Janet W. Learner (1971) – Children With Learning Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.
PENANGGAPAN
Istilah ‘penanggapan’ dalam kamus dewan bermaksud ‘pencerapan’. Ianya didefinisikan sebagai tanggapan mental sesuatu objek, konsep atau ciri-ciri melalui deria, kesedaran dan kefahaman. Mengikut Solso (2001), konsep merupakan bayangan mental, idea dan proses, manakala pembentukan konsep pula adalah terhasil daripada ketajaman fikiran individu dalam mengklasifikasikan objek-objek atau idea-idea. Dalam proses pembelajaran pembentukan konsep atau penanggapan adalah sangat penting. Ianya memudahkan konsep itu diingat dengan mudah, menganalisis, menghubung dengan situasi yang lain dan mengumpulkan maklumat yang berguna dan dapat menyelesaikan masalah untuk tujuan tertentu. Mengikut Bruner (1967), konsep adalah kategori-kategori mental yang membantu dalam proses mengklasifikasikan objek, peristiwa atau idea-idea berasaskan ciri-ciri khasnya. Ianya melibatkan murid-murid membanding beza dan mengkategorikan ciri-ciri untuk sesuatu konsep. Contohnya, murid dapat mengklasifikasikan sifat-sifat khusus haiwan bertulang belakang dan yang tidak bertulang belakang.
Faktor-Faktor Penanggapan
Terdapat beberapa faktor yang membentuk penanggapan iaitu pengalaman akan membantu seseorang murid itu membentuk konsep. Satu rangsangan atau pengalaman yang dialami akan dikodkan dengan lebih mudah. Umpamanya, seorang anak nelayan dapan mengkategorikan ciri-ciri ikan tempatan dengan mudah.
Selain itu, melalui imaginasi yang merupakan kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu walaupun objek yang tidak berada di depan mata namun oleh kerana daya imaginasi yang tinggi akan memudahkan seseorang murid dapat memahami dan mentafsirkan konsep yang abstrak. Contohnya, murid menonton dokumentari kemajuan yang dicapai oleh manusia abad ke-20, mereka dapat membayangkan kemajuan yang bakal dicapai oleh manusia pada abad ke-21.
Disamping itu, penguasaan bahasa juga adalah sangat penting kerana dalam pembentukan konsep perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat, penggunaan ayat dan struktur ayat yang baik sahaja yang dapat menggambarkan sesuatu konsep dengan tepat. Mengikut Teori Pelbagai Kecerdasan, Gardener (1983) berpendapat bahawa orang yang mempunyai kecerdasan ini menggunakan bahasa secara berkesan sama ada lisan ataupun tulisan dalam mentafsirkan konsep. Kemudian, konsep itu haruslah disertai dengan kejelasan fakta yang sahih supaya pengajaran dan pembelajaran seorang guru itu berkesan contohnya bunga mempunyai warna yang pelbagai dan tangkai yang terletak dihujungnya. Kemudian, disertai dengan contoh-contoh yang mudah supaya murid dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru.
Selain itu kecerdasan mental menurut Piaget (1950) yang merujuk kepada mental untuk mengubah persekitarannya supaya memenuhi kehendaknya. Ia melibatkan pemikiran yang peringkat tinggi seperti menganalisis, mensintesis pengalaman baru dan lama, membuat penilaian dan sebagainya. Oleh itu, kecerdasan murid-murid memudahkan penanggapan sesuatu konsep contohnya, murid tahun 1 menganalisis perbezaan bentuk yang terdapat antara burung dan ayam.
Oleh yang demikian, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengamatan dan penanggapan merupakan dua perkara yang mempunyai hubung kait yang dapat meningkatkan tahap kognitif murid-murid. Tanpa kedua-dua perkara tersebut, murid begitu sukar untuk memahami konsep dan isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Cara-cara Meningkatkan Pengamatan dan Penagggapan
Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan pengamatan dan penanggapan iaitu guru haruslah memulakan pengajaran yang konkrit kepada abstrak iaitu dalam erti kata lain yang mudah kepada susah supaya murid dapat menerima pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Contohnya, murid tahun 1 diminta oleh guru dalam akitiviti pelajaran untuk melihat objek air dan guru meminta mereka untuk menyenaraikan kegunaan air dalam kehidupan seharian.
Selain itu, menerangkan suatu konsep dengan jelas dan tidak mengelirukan murid-murid. Sebagaimana yang diketahui konsep besar tidak sama nilai yang sebenarnya. Contoh, duit syiling lima puluh sen lebih besar dan berat daripada duit kertas satu ringgit namun wang kertas satu ringgit itu lebih bernilai daripada wang syiling tersebut. Oleh yang demikian, konsep ini perlu diperjelaskan kepada kanak-kanak yang berusia 4 tahun.
Selanjutnya, guru perlu menerangkan sesuatu maklumat dengan betul. Demikian juga maklumat yang diterima atau yang dikemukakan oleh pelajar. Maklumat tersebut perlu ditapis dan dianalisis terlebih dahulu agar ia tidak menjadi kenyataan yang kabur dan hasil pengajaran dan pembelajaran oleh murid adalah tidak terpesong daripada kebenarannya. Contohnya, guru menjelaskan haiwan amfibia mempunyai kulit yang lembab seperti katak.
Selain itu, guru perlu menjelaskan sesuatu perkataan dengan tepat. Contohnya dalam bahasa melayu terdapat beberapa perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi berbeza bunyi dan maksudnya. Contohnya perkataan ‘rendang’ iaitu sejenis makanan dan perkataan ‘rendang’ menunjukkan sifat pokok. Hal ini penting supaya murid mengetahui istilah yang sama namun mempunyai maksud dan bunyi yang berbeza.
Peranan ibu bapa dan guru seboleh-bolehnya mempelbagaikan kaedah mengajar, mendidik dan membimbing anak-anak supaya mereka dapat memahami sesuatu tajuk yang dipelajari dengan mudah. Contohnya, dalam subjek Matematik, terdapat pelbagai cara atau langkah untuk mendapatkan jawapan yang sama dan betul bergantung kepada tahap kebolehan kognitif mereka.
Rumusan
Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid-murid iaitu kesediaan belajar, pengamatan dan penanggapan haruslah diambilkira oleh guru sebelum memperkenalkan topik pembelajaran yang baru. Setiap murid mempunyai latar belakang kesediaan pembelajaran, pengamatan dan penanggapan yang berlainan dan membawa pengalaman dan tahap kematangan yang unik ke dalam bilik darjah. Sekiranya apa yang diajar oleh guru tidak serasi dengan tahap kematangan dan pengalaman serta kesediaan murid-murid, proses pembelajaran akan terjejas dan terbantut.
Walaupun terdapat perbezaan antara pengamatan dan penanggapan namun ianya mempunyai hubungan dalam membentuk pemahaman kognitif dalam diri murid-murid. Hal ini kerana, proses penanggapan berlaku apabila berlakunya proses pengamatan untuk mendapat maklumat dan makna. Kemudian minda akan membentuk penanggapan konsep hasil daripada pengamatan yang merujuk kepada skema atau struktur kognitif yang sedia ada di dalam otak.
Oleh itu, peranan guru adalah sangat penting untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, pengamatan dan penanggapan murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat membina keyakinan murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Ingatan
Ingatan dalam penjelasan psikologi
Proses Ingatan (Teori Gagne)
3 Komponen Ingatan (Atkinson dan Shiffrin)
Atkinson dan Shiffrin (1971) mengklasifikasikan ingatan kepada tiga komponen utama, iaitu stor ingatan sensori, ingatan jangka pendek, dan ingatan jangka panjang. Mengikut mereka, ingatan sensori boleh menerima kuantiti maklumat yang banyak, tetapi hanya dapat disimpan dalam masa yang singkat. Sebahagian kecil maklumat yang diamati akan disalurkan kepada ingatan jangka pendek, yang dapat menyimpan maklumat secara automatik tanpa latihan mengingat dalam tempoh 20-30 saat sahaja. Untuk menyimpan maklumat ini, ingatan jangka pendek hendaklah dilatih berulang-ulang untuk mengingat, enkod dan memindahkannya kepada ingatan jangka panjang, yang mana dapat disimpan dalam tempoh yang lebih lama, kadang-kadang beberapa tahun atau sepanjang hayatnya bergantung kepada jenis atau nilai maklumat terhadap individu berkenaan.
4 jenis ingatan jangka panjang
Terdapat empat jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan sematik, ingatan episodik, ingatan prosedural dan ingatan perdana.
Faktor-faktor mempengaruhi ingatan
Faktor bahan pembelajaran. Kategori ini merangkumi empat aspek, iaitu panjang bahan, kesukaran bahan, kedudukan bahan dan bahan bermakna.
Manakala kategori yang kedua ialah kaedah pembelajaran. Ia merupakan cara pembelajaran yang digunakan semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan. Cara pembelajaran ini merangkumi dua aspek utama iaitu
Kategori yang ketiga ialah faktor peribadi. Antara faktor peribadi seperti umur, jantina, kebolehan, motif, emosi, kesihatan, personaliti dan sebagainya, juga mempengaruhi ingatan selepas pembelajaran.
Lupaan
Lupaan dalam Penjelasan Psikologi
Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala maklumat yang telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan. Menurut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.
7 Jenis Lupaan
Faktor yang Menyebabkan Lupaan
Cara untuk Mengelakkan Lupaan
Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru masa kini? Kebanyakan guru yang ditemui menyatakan bahawa ada cabaran yang datang daripada murid-murid dan bidang tugas guru dalam kerjaya pendidikan di sekolah. Masih ada murid-murid yang tidak menguasai 3M (membaca, menulis, dan mengira0, murid melanggar disiplin sekolah, benci sekolah dan benci pengetua dan peraturan sekolah.Murid tidak minat belajar dan tidak mahu berusaha untuk belajar, kurang jati diri, dan kurang keyakinan diri, murid lemah dan bersikap negatif kepada tugasan belajar.KPM menyedari masalah ini dan masih berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh hal yang demikian, transformasi pedagogimasa kini perlu dilakukan dalam menjurus kepada mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan meningkatkan keberhasilan melahirkan murid yang cemerlang secara holistik.
Objektif pendidikan abad ke-21 adalah untuk:
Transformasi dalam penyampaian pendidikan abad ini menuntut pengurusan sekolah dan guru-guru melakukan perubahan dalam empat bidang iaitu:
Setiap guru digesa untuk menguasai kemahirn pedagogi yang merangkumpi kemahiran pembelajaran dan inovasi (learning and innovation skills ) , kemahiran maklumat, media, dan teknologi (information, media dan technology skills) , dan kemahiran hidup dan kerjaya (life and career skills). Persediaan untuk mengubah landskap pendidikan ke arah mengutamakan penghasilan atau Outcome Based Education (OBE). Elemen tambahan yang perlu dikuasai oleg guru seperti berikut:
Kemahiran guru yang disenaraikan di atas boleh dikuasai dengan mudah jika guru-guru memiliki ciri-ciri yang memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ciri-ciri abad ini adalah seperti berikut:
Dengan menguasai teknologi terkini, guru lebih perihatinm kepada tugasdan keperluan murid sehingga dapat merancang dan melaksanakan pengajaran yang efektif dan berkesan.Menyediakan murid yang mampu menghadapi cabaran masa depan negara melalui pendidikan adalah menekankaninovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid dilibatkan secara maksimum dengan aktiviti disokong dengan teknologi serta melalui penilaian yang mengukur kemahiran berfikir aras tinggi. Pengalaman murid ini perlu untuk membekalkan sumber manusia yang berkualiti tinggi agar dapat menjayakan k-ekonomi dalam persaingan pasaran global. Ciri-ciri murid masa kini merangkumi:
Kesumpulan yang boleh dibuat adalah pedagogi masa kini diibaratkan mahaguru yang melatih para doktor dan jurutera dengan menekankan 90 % kepada penguasaan ilmu yang mendalam dan menguasai kemahiran bidangnya. Para guru mesti mempunyai persenoliti dan kualiti yang terbilang, berakauntabiliti kepada negara, dan mahir memindahkan pengalaman klinikal untuk membina sikap serta kepercayaan yang betul kepada generasi yang akan datang.
1. Komunikasi dan Kolaborasi
Komunikasi ialah perhubungan. Kolaborasi bermaksud bekerja bersama-sama. Komunikasi yang baik membolehkan jalinan kerjasama untuk menjayakan sesuatu projek atau tugasan bagi mencapai matlamat yang sama. Tujuan berkomunikasi adalah untuk menyampaikan berita, mesej dan maklumat kepada pendengar. Dalam konteks pendidikan, komunikasi diertikan sebagai satu proses penyampaian dan pertukaran maklumat antara individu kepada individu yang lain secara lisan atau bertulis atau bahasa badan. Komunikasi dalan P&P boleh berlaku secara bersemuka atau atas talian dengan menggunakan pelbagai media termasuk media digital yang membolehkan semua ahli berhubung tanpa had, masa dan lokasi. Kemahiran berkomunikasi melibatkan kemahiran pengucapan lisan, bertulis, dan mendengar serta menaakul.
Ciri-ciri komunikasi yang baik adalah menyampai dan menerima maklumat dengan jelas, padat, dan berfokus dan dapat menyesuaikan serta menyampaikan mesej kepada individu lain dengan sopan, mesra, dan hormat. Komunikasi yang berkesan dapat diukur apabila mesej yang disampaikan dapat difahami dengan mudah, tepat, dan jelas oleh penerima. Keupayaan guru yang dapat berkomunikasi dengan baik membantu mereka menyesuaikan diri dengan pelbagai pihak seperti pihak pengurusan atasan, rakan sejawat, murid, ibu bapa dan orang awam.Hal ini demikian kerana komunikasi memainkan peranan yang penting uintuk mengeratkan hubungan dengan pelanggan atau sasaran pendengar dan hal ini memberi impak yang positif.
Ciri-ciri pedagogi masa kini:
2. Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi bermaksud kebolehan membaca, menulis serta menggunakan TMK sebagai media untuk berinteraksi. Murid masa kini berada gelombang teknologi maklumat yang hebat, maka setiaop murid perlu celik komputer dan pelbagai media.komukikasi yang lain. Hal demikian kerana teknologi media maklumat telah menjadi alat standard dalam dunia pendidikan. Memandangkan aplikasi TMK terbukti berupaya meningkatklan mutu pembelajaran, maka kemahiran penggunaan TMK perlu dipindahkan kepada murid secara bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan dengan menggunakan TMK jika teknologi ini digunakan dengan berfaedah kerana jutaan ilmu dihimpunkan dalam talian.
Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningklatkan penguasaan murid dalam pembelajaran. Hal demikian kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan maklumat hampir 30 buah ensiklopedia yang telab dan mudah untuk murid mengakses maklumat sendiri. Hampir semua sekolah di Malaysia dapat dihubungkan melalu web menerusi aplikasi internet. Hal ini bermakna hamopir semua murid di Malaysia terlibat dengan global classroom yang memberi peluang kepada mereka untuk membina hubungan dan berkongsi tentang apa-apa sahaja dengan murid di sekilah lain.
Likma ciri terbaik apabila membina komunikasi secara interaktif melalui TMK adalah sifat mobilitinya seperti menggunakan telefon pintar, sifat penyambungan (connectivity) sseperti Wi-Fi, sifaty rangkaian sosial seperti Facebook dan Twwiter, engin pencarian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Youtube dan Wikipedia. Pendekatan pengajarann masa kini banyak berasaskan projek terutama mata pelajara Sains dan Sejarah. Murid digalakkan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber di luar bilik darjah secara bersemuka dan mendapatkan maklumat daripada media internet.
3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai, dan membuat penaakulan, dan membuat refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya mencipta sesuatu. Bagi mencapai hasrat ini, murid haruis berfikir pada aras pemprosesan kognitif yang lebih tinggi dalam proses P&P. Kualiti pembelajaran masa kini mahukan murid menguasai kemahiran berfikir seperti mana yang termaktub dalam aspirasi kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) .
Menjelang tahun 2016, struktur pentaksiran KBAT dalam sistem pendidikan di Malaysia akan membentuk:
4. Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran apabila guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid. Guru akan memberi arahan dan penjelasan tentang projek.yang agak komplek serta mencabar untuk dilaksanakan.Murid pula dikehendaki melaksanakan projeksecara hands-on dan minds-on serta melakukan aktiviti kajian. Pembelajaran berasaskan projek adalah berfokus kepada tugasan amali, serta sistematik dan terancang.
Pembelajaran melibatkan kutipan data dan analisis data serta menyediakan satu laporan yang betul. Aktiviti projek dapat dilaksanakan secara individu atau dalam kumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran formal. Murid dikenalpasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dipaparkan dalam bentuk laporan dan perlu dibentangkan.
Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek
Kepentingan pembelajaran berasaskan projek
Strategi pelaksanaan
Pembelajaran berasaskan projek membolehkan murid berfikir secara kritis dan kreatif terhadap penyelesaian masalah. Pendekatan ini menggalakkan murid untuk menyoal secara terperinci, peningkatan perasaan ingin tahu, membuat pilihan, memberi pandangan, melibatkan audiens secara terbuka, membina kemahiran membuat refleksi. Proses yang dilalui untuk menjayakan sesuatu projek membolehkan murid untuk menguasai isi dan kemahiran-kemahiran yang disaran dalam pedagogi masa kini.
5. Penyelesaian Masalah
Setiap manusia mempunyai masalah tersendiri dalam hidup. Kemahiran menyelesaikan maslah merupakan satu keperluan untuk menguruskan masalah yang timbul. Dalam kontek pendidikan masa kini, kaedah penyelesaian masalah merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan murid berfikir secara aktif. Murid dapat menjana idea yang kritis dan kreatif untuk membentuk beberapa penyelesaian masalah secara sistematik dan tersusun, praktikal dan berkesan.
Peringkat-peringkat penyelesaian masalah adalah seperti berikut:
Kaedah penyelesaian masalah melibatkan muridbergerak secara aktif dalamkumpulan-kumpulan kecil dan menyelesaikan masalahyang diberi secara berhati-hati (Glen & Wilkie, 2000). Semasa murid melalui proses ini, mereka dapat mengerakkan minda secara aktif dengan meransang pemikiran kritis. Kaedah ini dapat menyediakan peluang untuk murid mengaplikasikan konsep.prinsip, dan teori yang telah dipelajari walaupun dalam mod pembelajaran jarak jauhatau atas talian.
6. Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian murid dengan kehidupan sebenar dirancang mengikut konteks persekitaran murid. Aktiviti merancang dan menindahkan isi pelajaran kepada murid berdasarkan kurikulum semasa, iaitu KSSR dan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Para guru disaran berhati-hati dan kreatif serta memahami latar belakang muridnya semasa memilih aktiviti pembelajaran. Guru perlu cekap menggabungkan isi pelajaran berasaskan kurikulum stansard semasa dengan pengalaman hidup murid di dalam pesekitaran sekolah dan persekitaran kehidupan sebenar mereka. Pendekatan ini membantu murid memahami isi pelajaran dengan jelas dan mudah.
Ciri-ciri pembelajaran kontekstual:
Perbezaan komponen utama pembelajaran abad ke-20 dengan abad ke-21
Kaedah pembelajaran abad ke-21 dipimpin oleh guru yang memberikan arahan langsung kepada murid. Aras ilmu adalah pada tahap pengetahuan. Murid belajar untuk menguasai kandungan sukatan pelajaran dan sekardar menguasai kemahiran asas. Pembelajaran berasaskan teori mengikut kurikulum yang telah ditetapkan. Kaedah murid belajar secara individudalam peperiksaan bilik darjah.
Pentaksiran pula lebih berbentuk sumatif dan pembelajaran pula lebih kepada memenuhi keperluan sekolah. Rumusannya pembelajaran abad ke-20 dikatakan tiada keseimbangan untuk memperkembangkan emosi murid secara optimum. Pembelajaran abad ke-21 dirangka berdasarkan strategi pemusatan murid yang menekankan kaedah kolaboratif, belajar secara berkumpulan dalam persekitaran yang lebih luas, dan melibatkan pelbagai komuniti.Murid dilatih untuk menguasai pelbagai kemahiran secara praktikal melalui proses pemikiran aras tinggi. Kurikulummencakupi kemahiran untuk hidup secara personal dan bersosial. Konsep belajar adalah untuk kehidupan, maka sistem pentaksirannya lebih relevan berbentuk formatif yang dapat mengukur penguasaan ilmu dan kemahiran berhubung bidang-bidang yang diperlukan untuk kerjaya masa kini dan akan datang. Justera, pembelajaran abad ke-21 menuju ke arah melahirkan modal insan yang seimbang.
Rajah: Standard kemahiran abad ke-21
(Sumber: Kementerian Pendidikan)
Kurikulum pembelajaran abad ke-21 bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya relevan dan koheren dengan senserio pembangunan dan kemajuan teknologi agar modal insan yang dihasilkan dapat menangani cabaran globalisasi, lendakan ilmu dan maklumat yang sesuai dengan budaya serta nilai-nilai semasa. Justetu kurukulum yang direncanakan sesuai , menyeluruh dan mampu membekalkan modal insan dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.
Bernaung di bawah empat tema, kemahiran-kemahiran yang dikelasifikasikan kepada tiga kategori yang memperlihatkan bidang tumpuan seperti berikut:
Kategori | Bidang Tumpuan |
Kemahiran pembelajaran dan inovasi |
|
Kemahiran teknologi maklumat, komunikasi, dan media |
|
Kemahiran kehidupan dan kerjaya |
|
Dalam usaha melaksanakan pedagogi, para pendidik disaran untuk memastikan murid-muridnya tidak hanya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas sahajatetapi lebih berusaha agar mereka menguasai pelbagai kemahiran lain seperti berikut:
Kerangka kemahiran pedagogi masa kini berdasarkan empat tema iaitu:
Kemahiran pembelajaran dan inovasi
Pembelajaran adalah setu proses interaksi antara murid, guru dan sumber belaja dalam satu persekitaran belajar. Proses pembelajaran melibatkan beberapa fasa iaitu fasa opertama memperolehi ilmu pengetahuan. Contohnya melalui pembelajaran Sains, murid dapat mengetahui bahawa tumbuh-tumbuhan membina makanannya sendiri. Fasa kedua, proses pembelajaran melibatkan penguasaan kemahiran dan tabiat. Contohnya, seseorang masak sayuran hijaudengan berhati-hati untuk mengekalkan nutriennya dan menjadikan sayuran sebagai hidangan yang perlu ada dalam sajian kerana sayur membekalkan vitamin, kalsium dan meneral untuk tubuh. Fasa ketiga, proses pembelajaran membantuk sikap dan kepercayaan di kalangan murid.Contoh, murid terpaksa untuk memakan sayur kerana sayur-sayuran mampu untuk mencantikkan kulit, menghindar penyakit dan mengekalkan kesihatan tubuh. Oleh hal yang demikian pembelajaran ialah proses membantu murid agar dapatt bel;ajar dengan baik.
Dalam kentek pendidikan, pembelajaran berlaku apabila wujudnya interaksi guru yang mengajar murid untuk menguasai isi pelajaran sehingg amencapai sesuatu objektifyang ditentukan dari aspek kognitif, dapat mempengaruhi perubahan sikapdari aspek afektif dan berketerampilan dari aspek psikomotor. Pembelajaran yang bermakna sangat bergantung kepada minat dan motivasi murid yang tinggi terhadap pengajaran guru sebagai fasilitator yang kreatif. Hasil pembelajaran dapat diukur melalui proses belajar dengan mudah.
Kemahiran maklumat, media dan teknologi
Teknologi masa kini telah berkembang daripada automasi yang bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesuatu proses menuju ke arah fasilitation, iaitu melengkapkan guru dan murid dengan peralatan pembelajaran yang lebih baik dan berkesan. Evolusi teknologi ini menyumbang kepada transformasi cara guru mengajar dan cara murid belajar. Alat untuk bekerja pada abad ke-21 secara meluas menggunakan media digitalseperti jaringan sosial dan literasi Teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK). Kesedaran kepada teknologi dan aplikasi teknologi hampir keseluruhan aktiviti kehidupan dikenal pasti dapat mengupaya pembangunan daya intetek, sahsiah, dan hubungan sosial seseorang.
Persaingan pada peringkat global dalam perkembangan ilmu dan teknologi menjadi cabaran dalam pedagogi abad ke-21. Dalam kontek pendidikan, TMK merupakan peralatan teknologi komunikasi yang membentuk sistem rangkaian elektronik yang digunakan untuk mencari, mengumpul, dan menyimpan, memproses, menyalur, dan menyampaikan maklumat secara pantas serta tepat. Peranan guru sememangnya penting untuk membimbing murid dalam melayari internet, mencari maklumat melalui laman sesawang, memilih perisian yang sesuai, mengumpul dan mengurus maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kesedaran akan persaingan dan kehendak global.
Konsep pembelajaran di mana-mana institut pendidikan masa kini tidak terhad dalam persekitaran pembelajaran bilik darjah, malah manjangkau waktu dan lokasitanpa had dan fleksibel mengikut kesesuaian guru dan murid. Penggunaan internet sebagai media pembelajaran berasaskan sesawang dilaksanakan dengan menggunakan komputer dan pelbagai alat komunikasi digital kerana konsep pembelajaran ini terbukti sesuai dan memberi impak yang tinggi. Pembelajaran dal;am talian memudahkan pengguna berkongsi maklumat dalam bentuk audio, video, teks, frafik dan animasi. Teknologi ini dapat membina pengetahuan secara mudah dan pantas. Penggunaan e-pembelajaran web 1.o diperluaskan lagi dengan terciptanya aplikasi web 2.0 yang menyediakan perkhidmatan seperti blog, Facebook, Wikipedia, dan Youtube. Fasa perkembangan teknologi masa kini telah mendesak perubahan dalam pedagogi daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid berasaskan teknologi, media dan maklumat. Sudah pasti persekitaran dan suasana pembelajaran turut berubah daripada pembelajaran pasif kepada pembelajaran aktif.
Kemahiran komputer paling asas diperlukanoleh guru masa kini adalah dengan menggunakan perisian Micrisoft Office, rangkaian dan pangkalan data. Manakala kemahiran komputer secara spesifik ialah dowmload dan upload fail, aturcara web, reka bentuk dan pembinaan pangkalan data, install dan upgrade perisian, bina dan sunting pangkalan data serta pemprosesan maklumat. Oleh hal yang demikian, para guru perlu menguasai kemahiran menggunakan komputer kerana kebanyakan urusan pentadbiran sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran. pengurusan dan pentadbiran di jabatan-jabatan kerajaan mahupun sektor swasta telah menggunakan komputer dengan meluas.
Kemahiran hidup dan kerjaya
Ilmu dan memahiran merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Sesuatu bangsa yang dapat menguasai ilmu pengetahuandan kemahiran terbukti dapat mengurus kehidupan dengan baik.
Untuk menghasilkan modal insan yang seimbangdan menyeluruh dario aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, seseorang memerlukan penguasan kemahiran kehidupan yang holistik. Kemahairan-kemahiran tersebut seperti berikut:
Apakah kemahiran yang menjadi keutamaan dalam kerjaya masa kini?
Kemahiran pengalaman dalam kerjaya berkaitan
Lepasan sekolah dan lepasan pusat pengajian tinggi masa kini pada umumnya menguasai aspek pengetahuan teori tetapi masih berkurangan dalam pengalaman kerja yang berkaitan. Para majikan pula tidak mahu mengambil pekerja yang menjejaskan organisasi atau firma mereka. Majikan hanya akan menggagi pekerja yang mampu memahami arahan kerja yang lebih berkesan, produktif, dapat m,elaksanakan tugas dengan cekap dan amanat serta menjimatkan masa dan kos pembiayaan ketika bekerja.
Kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Kemahiran TMK menjadi perhatian para majikansejajar dengan perkembangan ekonomi global. Penggunaan TMK dapat meningkatkan kecekapan pengurusan seperti mengemas kini data dan membuat pelaporan syarikat atau organisasi , operasi dan peningkatan diri. Perubahan teknologi masa kini memerlukan pekerja yang mampu memperlajari dan memahami keperluan semasa dan akan datang. Matlamat majikan adalah untuk mendapat pekerja yang dinamik dan suka menambah ilmu, menggunakan pengetahuan dan kemahiran baru bertujuan memperbaiki proses pengeluaran serta meningkatkan daya saing untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam menyokong kemajuan organisasi pada masa depan.
Kemahiran pembelajaran secara berterusan
Kualiti peribadi seperti pengurusan diri, interaksi sosial, etika kerja, keyakinan diri, keupayaan bekerja secara sistematik, kerja berpasukan dan kualiti kepimpinan sering menjadi kriteria utama dalam proses pemilihan pekerja oleh para majikan. Majikan juga inginkan pekerja yang menguasai kemahiran mengelola kerja, kemahiran berfikir, mengurus masa, teliti dalam melaksanakan tanggun jawab, berdisiplin dan bersungguh-sungguh serta ikhlas. Majikan dapat mengesan kualiti peribadi oleh calon semasa proses temuduga atau sesi suai kenal bersama pekerja.
Kemahiraan penggunaan Bahasa Inggeris, dwi bahasa atau pelbagai bahasa
Kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan pelbagai bahasa telah diangkat sebagai aset kepada seseorang. Pengaruh globalisasi dalam perkembangan ekonomi, pendidikan dan kebanyakan urusan harianmemerlukan kemahiran dalam pelbagai bahasa terutama Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa perhubungan antarabangsa. Calon pekerja yang kurang fasih Bahasa Inggeris menghadapi kelemahan dalam komunikasi dan hal ini akan memberikan kesan negatif kepada perkembangan organisasi. Namun masih terdapat ramai murid dan calon pekerja yang tidak mahir dalam berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Kesannya, mereka sukar untuk melepasi temuduga dan sukar mendapat pekerjaan. Permintaan kepada pekerja yang mahir dalam bahasa lain seperti bahasa Cina, bahasa Jepun dan lain-lain menjadi bonus kepada seseorang individu kerana dapat menyokong majikan dan organisasi menjalin hubungan pada peringkat antarabangsa.
Apa itu pedagogi masa kini?
Konsep “masa kini” merujuk kepada abad ke-21. iaitu sepanjang tahun 2001 hingga 2100. Abad 21 dikenali sebagai knowledgw age atau –ekonomi yang menekankan kepentingan maklumat, kreativiti dan inovasi bagi memenuhi permintaan perkhidmatan baharu kepada masyarakat dalam negara dan global. Pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK), globalisasi, liberalisasi, dan persaingan hebat dengan negara lain telah mendesak Malaysia untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Negara-negara yang dapat menguasai TMK dan mempunyai kemudahan jaringan internet dianggap mempunyai kelebihan dan sebaliknya negara-negara yang mengabaikan penguasaan kemahiran dan aplikasi TMK akan ketinggalan dalam persaingan pada peringkat global.
Perubahan dan kemunculan bentuk ekonomi baru sangat berkait rapat secara langsung dengan perubahan sektor pendidikan yang bertanggungjawab untuk melahirkan masyarakat saintifik dan progresif, berpengetahuan tinggi, dan berpandangan jauh, berkemahiran dalam pelbagai bidangserta pengkhususan kepada hasil pengeluaran komoditi. Oleh hal yang demikian, pedagogi masa kini didapati lebih mencabarkerana para pendidik dan seluruh institut penmdidikan dituntut untuk melahirkan murid yang kreatif dan inovatif, dapat befikiran kritis, dan mampu menyelesaikan masalah. Cabarannya adalah untuk menyediakan modal insan yang memiliki kemahiran abad ke-21 supaya dapat melaksanakan tuntutan glonalisasi yang berkembang dengan pantas.Dalam masa yang sama,para pendidik bertanggungjawab mkelaksanakan dasar dan sistem pendidikan negara yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu melahirkan insan yang seimbang serta harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.
Peranan guru masa kini tidak setakat menjadi pendidik tetapi lebih kepada fasilitator dan pakar rujuk kepada pelanggannya. Negara sentias amemerlukan guru yang berkualiti, amanah, dan berintegriti dalam menyampaikan mesej kerajaan agar dapat memenuhi hasrat FPK. Oleh itu guru-guru masa kini sewajarnya bersedia memantapkan hala tuju masing-masing agar seiring dengan kehendak masyarakat dan negara serta pasaran global. Antara ciri-ciri kualiti diri yang perlu ada pada guru masa kini adalah seperti berikut:
Budaya kerja guru perlu ditransformasikan ke arah susasana bersasarkan empat ciri iaitu pembelajaran regulasi kendiri, pembanguna akademikberasaskan bukti,membangunkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menguasai kemahiran abad ke-21. Sehubungan itu, para pendidik perlu menguasai keempat-empat ciri tersebut dan berusaha mengaplikasikan nyadalam bentuk pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan berkesan. Keupayaan guru mengadaptasi elemen ini dijangka dapat membentuk kualiti tahu, sukakan ilmu, pantas berfikir secara kritis, dan kreatifbijak menyoal, dapat membuat hubung kait, cekap menjana idea, yakin berkomunikasi, dapat bekerja dengan orang lain, mendengar dan membuaty perubahan positif, berani mengambil risiko, fleksibel, tidak putus asa, patriotik dan berakhlak terpuji.
Apa itu kemahiran abad ke-21?
Kemahiran abad ke-21 pada peringkat antarabangsan merangkumi empat kategori utama iaitu
Sehubungan itu para guru dituntut untuk mengaplikasikan dan menghayati empat kategori utama kemahiran abad ke021 sebagai usaha mencapai ke arah pendidikan bertaraf dunia. Guru perlu mempunyai kaedah berfikir yang kreatif dan kritis, berupaya mengaplikasikan kemahiran aras tinggi , kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, dan penyesuaian dengan menekankan penggunaan otak kiri dan otak kanan dalam kebanyakan urusan. Cara guru yang dikehendaki ialah menitik beratkan aktiviti hand- on, dan bekerjasama, kemahiran sosial, komunikasi kompleks, kemahiran menyelesaikan masalah yang bukan rutin, pengurusan dan pengembangan diri serta pemikiran bersistem. Hal ini merupakan kemahiran asas yang diharapkan dapat menyumbang dan memudahkan pembangunan kendiri murid.