Pendekatan
Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas(cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif jangk apanjang). Terdapat beberapa pendekatan seperti pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.
Kaedah pengajaran
Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran, dan alat bantu mengajar bagi mencapai objektif pengajaran.
Teknik pengajaran
Teknik pengajaran ialah kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada murid melalui langkah-langkah dalam aktiviti.
Strategi pengajaran
Kamus Dewan (1998) mentafsirkan strategi sebagai rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Dalam pendidikan, strategi diertikan sebagai kebijaksanaan memilih pendekatan dan kecekapan merancang teknik dan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
DEFINI, JENIS DAN PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN
1.Pendekatan Induktif
Pendkatan Induktif melibatakan aktiviti mengunpul dan mentafsir maklumat-maklumat serta membuat generalisasi dan kesimpulan. Mengikut B.Seaton. murid mengalami satu proses mentai ialtu mereka akan memerhati sesuatu peristiwa tertentu untuk memperolehi satu generalisasi.Guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Murid dibimbing untuk berfikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi atau kesimpulan. Matematik, bahasa dan sain banyak menggunakan pengajaran induktif.
Kaedah inkuiri merupakan penemuan diamalkan apabila mengajar subjek Sains. Hal ini dapat dilihat seperti berikut:
Contoh khusus; ikan emas, udang, sotong berudu.
Memerhati dan mengkaji: bernafas melalui insang
Mentafsir dan membuat generalisasi: haiwan yang hidup di dalam air mempunyai insnag untuk bernafas.
Dalam pendakatan ini, pada akhirnya murid dikehendaki untuk membuat rumusan dalam satu ayat tentang pemerhatian mereka. Dengan bimbingan guru murid akan membuat rumusan bahawa haiwan yang hidup di dalam air mempunyai insang untuk bernafas. Guru dapat mengakhiri pengajaran dengan mengambarkan generalisasi n dalam bentuk pengurusan grafik atau gambar visual/ Sekiranya murid belum menguasai apa-apa yang diajar, guru seharusnya meminta murid menyatakan peraturan konsep dan perkaitan -perkaitan yang diperolehi sepanjang tempuh pembelajaran sehingga mereka berjaya menguasainya.
Peringkat Pelaksanaan | Cara Pelaksanaan |
Peringkat 1:
Perancangan |
|
Peringkat 2:
Pendedahan |
|
Peringkat 3
Pembentukan konsep mentafsir diri-ciri |
|
Peringkat 4:
Pembentukan kesimpulan |
|
Peringkat 5:
Penutup |
|
Kebaikan pendekatan induktif
- Pelajaran diterima dengan cara yang lebih konkrit kerana disertai dengan contoh-contoh yang munasabah.
- Murid-murid mempelajari melalui lisan, bacaan, dan karangan yang tidak disampaikan sebagai tajuk pelajaran yang berasingan.
- Bahan diterima secara tidak langsung dan dapat digunakan secara praktik.
- Murid-murid mempelajara benda-benda yang berguna dan biasa ditemui dalam bacaan dan karangan.
- Guru mudah menyusun pelajaran mengikut prinsip-prinsip kaedah kanak-kanak belajar, iaitu daripada yang senang kepada kebih susah.
- Murid-murid tidak perlu menghafal kerana contoh-contoh yang diberi adalah jelas.
- Sesuai dengan kehendak ilmu pengajaran dan pendidikan iaitu beberapa amatan menjadi satu tanggapan.
2.Pendekatan Deduktif
Stratagi deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid-murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam dan mencukupi serta berupaya memilih rumus , hukum, teorem , dan peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi kepada contoh-contoh khusus. Pendekatan ini selaras dengan teori Pembelajaran Gestalt. Pengajaran dijalankan dengan guru mengemukakan generalisasi diikuti dengan contoh-contoh. Jenis-jenis pendekatan deduktif bertujuan seperti berikut:
Menyelesaikan masalah: Contoh setelah murid mempelajari imbuhan beR- mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan beR-
Membuat generalisasi baru: Contohnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tapat, mereka dibimbing menggunakan rumus tersebut untuk mendapatkan rumus luas segi tiga bersudut tegak.
Membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari: Contohnya , setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahanatas garis lurus, mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segi tiga.
Peringkat Pelaksanaan | Cara Pelaksanaan |
Peringkat 1:
Pendedahan |
Guru memulakan pelajaran dengan menyediakan murid terlebih dahulu , kemudian memperkenalkan tajuk, tujuan pengajaran dan isi pelajaran. |
Peringkat 2:
Mengemukakan generalisasi |
Guru menernagkan peraturan, rumus tata bahasa, menerangkan pengertian dan hukum yang tertentu. |
Peringkat 3:
Menganalisis konsep |
|
Peringkat 4:
Mencuba generalisasi |
|
Peringkat 5:
Penutup |
|
Kelebihan Pendekatan Deduktif
Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.
Menjimatkan masa dan tenaga serta tidak perlu membuat banyak p[ersediaan
Pendekatan ini sesuai digunakan kerana secara tradisinya , guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.
3. Pendekatan Eklektik
Eklektik bermaksud bercampur. Pendakatan hasil gabungan kedua-dua pendakatan induktif dan deduktif digunakan dalam proses pengajaran Sains dan Matematik. Pendekatan ini menggunakan stratgei berpuisatkan guru , berpusatkan murid, berpusatkan bahan atau berpusatkan tugasan. Lazimnya digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan. Tujuan pendekatan Eklektik adalah untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang. Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), ciri-ciri pendekatan eklektik adalah seperti berikut:
- Menggunakan pelbagai kaedah.
- Menggalakkan daya usaha dan kretaviti guru.
- Banyak menggunakan latihan dalam pengajaran.
- Menekankan penglibatan murid secara aktif.
- Menekankan kemahiran kognitif.
Kelebihan pendekatan eklektik
- Memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberi banyak contoh dan penerangan sekali gus meningkatkan pemahaman murid.
- Murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah dan meyakinkan.
- Secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan tersebut.
- Sesuai digunakan untuk kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.
- Pengajaran disampaiakn dengan menggabungkan semua /sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baharu.;
4, Pendekatan Tematik
Pendekatan tematik lazimnya digunakan dalam kebanyakan program pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan ini digunakan dengan merujuk kepada tema yang terkandung dalam kurikulum mengikut minggu berkenaan.Tema akan disusun mengikut perkara atau isu yang biasa.
Pendekatan bertema merujuk kepada tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, latar belakang dan tahap perkembangan murid. Ini meliputi penggunaan satu tema umum merentasi bidang pembelajaran.Pemilihan tema berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa.Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang diperolehi secara tersusun dan sistematik.
Contoh dalam pengajaran prasekolah,. tema akan disusun mengikut perkara atau isu biasa seperti keluarga saya kepada yang kurang biasa seperti adat resam kaum di Malaysia.Pengajaran menggunakan tema disampaikan melalui konsep yang lebih besar.Satu-satu tema dipecahkan kepada beberapa komponen kecil. Tema dipecahkan kep[ada sub topik untuk perbincangan sama ada dalam kumpulan pelbagai kebolehan atau kumpulan sama kebolehan.
Pendekatan secara bertema ini membolehkan murid menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasikan pengetahuan. Penggabungan pelbagai idea yang berkaitan dengan satu konsep yang lebih meluas atau tema membolehkan murid menyatukan pelbagai fakta.
Prinsip pengajaran secara tematik
- Tema dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman murid.
- Tema harus berkait rapat dengan kehidupan harian murid.
- Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai bidang.
- Sekuen sesuatu tema amat penting agar murid dapat mengikuti perkembangan topik dengan lancar.
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema harus merangkumi pelbagai bidang kurikulum. Pengabungan jalinan bertujuan menyumbang kepada aspek JERIS.
- Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan pencetusan idea yang banyak dan pelbagai.
Peringkat Pelaksanaan | Cara Pelaksanaan |
Pilih satu tema |
|
Bina jaringan perancangan |
|
Pilih bahan |
|
Rancang aktiviti |
|
Kebaikan pendekatan tematik
- Meningkatkan kecekapan taraf pemikiran murid.
- Motivasi murid dapat ditingkatkan dan diperbaiki.
- Seluruh kegiatan lebih bermakna bagi murid sehingga hasil pembelajaran dapat bertahan lebih lama.
5. Pendekatan Integratif
Pendakatan integratif bertujuan mewujudkan persekitaran pengajaran yang meransang murid-murid untuk menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplinakademik yang berbeza-besa, menghargai unsur kepelbagaian, dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu matlamat yang sama. Pendakatan ini membolehkan guru memberi fokus kepada kandungan dan kemahiran berfikir. Langkah pengajaran dan pembelajaran integratif berdasarkan langkah Hilda Taba (1962).
Jika guru menggunakan pendekatan integrafif yang mengabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik, murid-murid akan l;ebih mudah memahami perkara yang disampaikan. Guru juga akan sentiasa berusaha mengintegrasi idea-idea baharu dalam unit-unit pengajaran sedia ada supaya pembelajaran murid-murid bertambah menjadi lebih berkesan dan berupaya mengaplikasikan perkara yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Berbanding dengan kaedah pengajaran langsung seperti kuliah iaitu murid dikehendaki untuk duduk dan dengar, pendakatan integratif memerlukan murid untuk berfikir, mensintesis, dan memberi gerak balas terhadap perkara yang diajar.
Prinsip-prinsip pendekatan integratif
- Tumpuan diberi kepada strategi pemudatan murid.
- Penggunaan pembelajaran aktif.
- Peranan guru sebagai fasilitator.
- Keutamman diberi kepada kemahiran asas.
- Peluang untuk kerja berpasukan.
- Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugasan/projek.
Fasa | Cara Pelaksanaan |
Fasa 1: Menghurai |
|
Fasa 2: Membandingkan |
|
Fasa 3: Menerangkan |
|
Fasa 4: Hipotesis |
|
Fasa 5 : Membuat generalisasi |
|