|
TUGASAN KERJA KURSUS – PROJEK
TAHUN AKADEMIK : 2017
|
Program: |
Nama Pelajar: |
Kod: EDUP3033 |
Semester 2 Tahun 1
Ambilan : Jun 2016
Kumpulan : BC, BM, PAKK,PJ, PI, RBT1, RBT2, RBT3
|
Nama Kursus: |
Murid dan Pembelajaran |
Tugasan |
Tarikh Mula |
Tarikh Hantar |
1. Penulisan Laporan PBS (10%) |
26/02/2017 |
26/03/2017 |
2. Penulisan Akademik( 25%) |
26/02/2017 |
26/03/2017 |
3. Pembentangan (15%) |
26/02/2017 |
26/03/2017 |
Hasil Pembelajaran Kursus
- Menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran; dan proses pembelajaran dalam pendidikan. ((C2,LO1)
- Menghuraikan kepentingan perbezaan individu dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajran dalam bilik darjah berdasarkan sumber yang relevan. (C4,LO3, LO6, LL1, CTPS3)
- Menganalisis teori-teori pembelajaran dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (C4,LO3, CTPS3)
- Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan, strategi, dan kaedah pengajaran masa kini dan membuat pembentangan. (C6,LO3, LO4, CS3, CTPS3)
- Mencadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar. (C6,LO3, CTPS3)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.
Objektif Kerja Kursus
- Menjelas dan menghuraikan konsep pengajaran dan pembelajaran dan proses pembelajaran
- Menjelaskan kepentingan perbezaan individu dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berdasarkan sumber rujukan yang relevan.
- Mengenalpasti, menganalisis teori-teori pembelajaran dan menghuraikan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
- Membuat perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran masa kini dan membuat pembentangan.
- Mengenalpasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar.
TUGASAN 1 : PENULISAN LAPORAN PBS (10 %)
Setiap individu adalah unik dan berbeza. Perbezaan individu dalam aspek fizikal, kognitif, emosi dan latar belakang murid secara tidak langsung mempengaruhi Gaya Pembelajaran.
1. Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ,pilih dua orang murid dan buatkan satu jadual yang menunjukkan perbezaan individu murid tersebut melalui Profail Pelajar
2. Berdasarkan profail dua orang murid yang dipilih, jelaskan kepentingan dan implikasi gaya pembelajaran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih efektif dan efisien.
TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK (25 %)
Aminah ialah murid Tahun 5. Dia sering kali mengganggu murid-murid lain di dalam kelas.Ini menyebabkan murid-murid lain tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.
Anda dikehendaki memilih teori-teori pembelajaran yang sesuai dan analisis sejauh manakah teori tersebut dapat membantu guru untuk menyelesaikan masalah tersebut serta huraikan implikasi teori yang dipilih terhadap pengajaran dan pembelajaran.
.
TUGASAN 3 : PEMBENTANGAN (15 %)
Mengikut Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner, potensi manusia boleh dianalisis dan dikategorikan kepada lapan jenis kecerdasan. Teori ini juga menerangkan perbezaan individu dari aspek gaya berfikir.
Jelaskan bagaimana anda dapat merancang aktiviti menggunakan pendekatan, strategi dan kadedah melalui Teori Pelbagai Kecerdasan bagi menghasilkan satu kaedah pengajaran masa kini.
ARAHAN PELAKSANAAN TUGASAN
Tugasan 1
- Tugasan ini adalah tugasan individu.
- Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
2.1 Fon Arial
2.2 Saiz huruf –11
2.3 Langkau 1.5 baris
2.4 Rujukan mengikut format APA (American Psychology Association)
- Jadual Profail Pelajar tidak melebihi 1 muka surat dan esei untuk Tugasan 1 ini tidak melebihi 500 patah perkataan.
- Jumlah muka surat ialah 2-3 mukasurat (tidak termasuk lampiran).
- Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
- Amalan plagiat adalah dilarang sama sekali.
Tugasan 2
- Tugasan ini adalah tugasan individu.
- Panjang penulisan akademik tidak melebihi 800 patah perkataan.
- Tugasan perlu bertaip.
- Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
4.1 Fon Arial
4.2 Saiz huruf – 11
4.3 Langkau 1.5 baris
4.4 Rujukan mengikut format APA (American Psychology Association)
- Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
- Penulisan akademk harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.
Tugasan 3
- Tugasan ini adalah tugasan individu.
- Setiap individu dikehendaki membentang hasil Tugasan 3, dengan menggunakan Microsoft Power Point.
- Masa pembentangan tidak melebihi 30 minit.
- Pembentangan dinilai mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
- Hasil pembentangan perlu dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan..
Prosedur
- Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.
- Rujukan mengikut format American Psychological Association (APA) yang terkini.
- Muka keseluruhan tugasan merangkumi
- Nama Pelajar
- Angka Giliran.
- Kad Pengenalan
- Kumpulan/Unit
- Kod dan Nama Kursus
- Tajuk tugasan
- Nama Pensyarah Akademik
- Tarikh hantar
Klikdi bawah untuk Soalan Tugasan
Soalan Tugasan EDUP3033